Perasan Dia Anak Bangsawan # Bab 01 – 03

*** Untuk men CARI  lain-lain PenCERAHan sila KLIK pada bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN, kemudian SKROL.

(Pengguna smartphone (SP) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda)

Perasan Dia Anak Bangsawan

Bab 01 – Percutian Yang Terganggu

Percutian Pak Jat dan Makcik On di Kota Kinabalu kali ini agak berbeza dari sebelumnya. Kali ini Makcik On asyik mendapat panggilan telefon saja dari seorang *AL*  (anak lelaki)  mereka yang bermasalah. Makin kerap mendengar rintihan *AL* tersebut melalui telefon, semakin sedih pula Makcik On dibuatnya. Tapi Pak Jat macam buat-buat tak berminat saja untuk campur tangan dalam urusan Makcik On dengan *AL* mereka itu.

*AL* Pak Jat dan Makcik On itu macam dah tak tahan sangat menghadapi kerenah isterinya yang semakin menjadi-jadi itu. Sejak mereka berkahwin lebih sepuluh tahun dahulu, tak pernah sekali pun *AL* mereka itu mengadu apa-apa yang negatif tentang isterinya. Hanya akhir-akhir ini saja baru terdengar keluhan hatinya tentang isterinya itu. Yang menjadi tempat luahan isi hatinya adalah Makcik On seorang.

Apa yang membimbangkan Makcik On dan juga Pak Jat ialah implikasi dari tindakan *MP* (menantu perempuan) mereka itu. Nampaknya *MP* itu sangat cemburu terhadap abang kandung *AL* mereka. *MP* mereka itu macam sedang berusaha bersungguh-sungguh supaya suaminya itu berpatah arang dengan abang kandungnya sendiri.

Apa salah abang kepada *AL* Pak Jat dan Makcik On itu terhadap *MP* mereka itu, hanya *MP* itu sendiri saja yang tahu. Tapi nampak sangat kebencian *MP* mereka itu kepada abang iparnya.   Seboleh-bolehnya nak dipecatnya abang iparnya itu dari syarikat yang (kononnya) dimilikinya itu, walaupun tanpa ada apa-apa sebab yang munasabah.

Itu yang membuat *AL* Pak Jat dan Makcik On itu berada dalam dilemma. Bak kata pepatah, “ditelan mati emak, diluah mati bapa”. Yang seorang abang kandung yang dihormati, manakala yang seorang lagi isteri tersayang. Kerana baginya, abang kandungnya itulah yang merupakan pemain penting dalam usaha mendapatkan projek untuk syarikat mereka.

Abang kandungnya itu mempunyai ramai kenalan yang merupakan orang-orang penting dalam berbagai sektor. Samada dalam sektor kerajaan mahu pun swasta. Sedangkan isterinya itu masih “ibarat katak di bawah tempurung” dalam dunia perniagaan. Beliau hanya baru berjinak-jinak sahaja dengan lautan perniagaan yang begitu luas dan bergelora itu.

Syarikat yang didakwa sebagai miliknya itu pun sebenarnya bukanlah miliknya yang mutlak. Beliau hanya sekadar menumpang ehsan dari pemilik sebenar syarikat tersebut yang sudi menamakan beliau sebagai pemilik utama. Khabarnya, tidak ada satu sen modal pun yang dilaburkan oleh *MP* Pak Jat dan Makcik On itu ke dalam syarikat “milik”nya itu.

Pemilik sebenar syarikat tersebut ialah seorang jutawan yang sangat dikagumi lagi dihormati oleh Pak Jat sekeluarga. Beliau pernah menjadi boss kepada *AL* mereka ketika kedua-duanya sama-sama berkhidmat di sebuah GLC suatu ketika dahulu. Masa itulah agaknya beliau dapat mengenalpasti potensi besar yang dimiliki oleh *AL* Pak Jat dan Makcik On itu, untuk menjadi seorang Bumiputera contoh dalam dunia koperat.

Kini Jutawan tersebut sedang melatih dan memupuk *AL* Pak Jat dan Makcik On itu untuk menjadikannya seorang anak bangsa yang berjaya dalam dunia koperat saperti beliau sendiri. Untuk itulah maka beliau meletakkan *AL* Pak Jat dan Makcik On sebagai CEO syarikat “milik” isterinya itu. Mulia sungguh hati jutawan tersebut dan besar sungguh jasanya terhadap *AL* Pak Jat dan Makcik On. Pak Jat dan Makcik On sentiasa berdoa agar usaha mulia beliau itu tidak musnah akibat unsur-unsur khianat oleh mana-mana pendengki.

 

Bab 02 – Tak Pernah Sebok Urusan Anak Menantu

Pak Jat memang tak pernah ambil tahu tentang masalah rumah tangga anak menantunya. Begitu juga dengan Makcik On. Mereka suami isteri menaruh tanggapan yang tersangat positif terhadap anak menantunya. Prinsip mereka ialah seperti kata Orang Putih, “no news means good news”. Ya, jika tiada apa-apa berita maknanya baiklah semuanya.

Namun sejak akhir-akhir ni lain pula jadinya. Kata orang, “air yang tenang itu jangan sangka tak ada buaya”. Rumah tangga anak menantu Pak Jat dan Makcik On yang kelihatan begitu harmoni sejak didirikan lebih sepuluh tahun yang lalu itu, rupa-rupa sekadar indah khabar dari rupa. Ianya tidaklah seindah yang dipersepsikan. Malah hubungan anak menantunya itu sebagai suami isteri, adalah ibarat retak menanti belah.

Khabarnya, isteri kepada anak lelaki (*AL*) Pak Jat dan Makcik On itu dah beberapa kali menuntut cerai dari suaminya. Namun selama ini *AL* Pak Jat dan Makcik On hanya buat-buat tak faham saja. Tetapi kini berita tuntutan cerai tersebut telah bolos dan sampai ke pengetahuan Pak Jat dan Makcik On. Seboleh-bolehnya *MP* Pak Jat dan Makcik On itu tak mahu langsung berita itu bocor. Lebih-lebih lagi kepada mertua dan saudara-saudara iparnya. Namun, ……..

Kata orang, “kalau tak ada angin bertiup masakan pokok bergoyang”. Kalau tidak ada kebenaran bahawa berita tuntutan cerai itu telah tercetus, mustahil beritu itu boleh sampai ke telinga Pak Jat dan Makcik On. Rasa terusik sungguh hati pasangan suami isteri yang telah mencecah umur enam puluhan itu. Kerana ia mungkin manifestasi kegagalan mereka mendidik *AL* mereka itu hingga bini sendiri pun meluat kepadanya.

Selama ni Pak Jat dan Makcik On anggap pergeselan antara *AL* dan *MP* mereka itu adalah perkara biasa sahaja. Seperti kata biduan tersohor P.Ramli, “sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri”. Pak Jat dan Makcik On pun apa kurangnya dari segi pergeselan antara mereka berdua selaku suami isteri.

Kalau nak dibilang berapa kali Pak Jat dan Makcik On bergaduh sejak ijab kabul hingga menjadi datuk empat belas kali, rasa-rasanya ruang sepuluh muka surat bersaiz A4 pun tak cukup untuk mencatitkan semuanya. Namun seingat Pak Jat, tak pernah pula Makcik On menuntut cerai darinya. Padahal Pak Jat adalah jauh lebih garang dari *AL* nya itu.

Agaknya itulah hasil kebaikan prinsip Islam yang dipegang oleh Makcik On sebagai seorang isteri Muslim. Tapi pada persepsi Pak Jat, *MP* mereka itu agak jauh kurang ilmu dan amalan agamanya berbanding dengan Makcik On. Itu sebabnya beliau berani menuntut cerai bila-bila suka. Entahlah, tahu ke tidak *MP* mereka itu tentang dosanya jika seorang isteri `menuntut cerai tanpa sebab-sebab yang syarie.

Mujur juga *AL* Pak Jat dan Makcik On tu seorang yang agak mantap kefahaman Islamnya. Beliau bukan saja mantap menjaga solat fardu lima waktunya, malah layak juga menjadi imam solat. Apa tidaknya, ketika masih menuntut di sekolah asrama penuh dahulu beliaulah yang sering mengimami solat fardu secara berjemaah di surau asramanya.

Berdasarkan keyakinan Pak Jat dan Makcik On terhadap ilmu agama dan keimanan *AL* mereka itulah maka mereka berdua tak bimbang sangat terhadapnya. Siapa yang dipilih oleh *AL*nya itu untuk menjadi pasangan hidupnya, mereka restui saja. Jika bakal *MP* itu seorang yang kuat pegangan agamanya, alhamdulillah. Jika sebaliknya pun mereka tak berapa bimbang. Insya Allah anak lelakinya itu akan mampu membimbing isterinya itu hingga menjadi wanita yang solehah.

Tapi nampaknya tanggapan Pak Jat dan Makcik On terhadap kemampuan *AL* mereka itu mulai meleset. Walaupun mereka telah memberi masa yang begitu lama untuk *AL* mereka itu membuat perubahan positif terhadap isterinya, malangnya hasilnya agak mengeciwkan. Nampaknya makin lama makin terserlah pula kesombongan isterinya itu. Reaksi buruk si isterinya itu terhadap apa-apa yang kurang disenanginya kini tidak lagi berselindung macam dahulu.

Bab 03 – Bersama Bapa Sakit Pun Salah

Suatu hari, *AL* Pak Jat dan Makcik On itu baru balik bercuti dari luar negara bersama keluarganya. Dalam perjalanan pulang, singgah pula mereka di sebuah pusat peranginan di dalam negara. Di sana mereka disertai oleh ipar duai *AL* Pak Jat dan Makcik On, iaitu kakak dan adik-adik isterinya itu.

Dalam perjalanan pulang ke kondo mereka maka singgahlah sekejap *AL* Pak Jat dan Makcik On itu, di bilik wad sebuah hospital. Tujuanya adalah semata-mata untuk menziarahi Pak Jat yang sedang mendapat rawatan di hospital tersebut sejak beberapa hari yang lepas. Namun *MP* Pak Jat dan Makcik On tu, menjengok pun tidak.

Esoknya barulah muncul *MP* tersebut ke bilik wad Pak Jat bersama *AL* nya.   Wajah yang dipamirkannya kepada Pak Jat dan Makcik On sudah cukup membuat mereka mensyaki sesuatu yang tak kena dengan beliau. Tapi takpa lah. Supaya ianya tidak menjadi ketara sangat, maka *AL* Pak Jat dan Makcik On itu pun segera mengajak isterinya itu pulang walaupun baru sekejap berada di bilik wad tersebut.

Pada agak lewat malam kemudian, *AL* Pak Jat dan Makcik On itu muncul semula ke bilik wad berkenaan. Beliau telah menyuruh isterinya serta anak-anaknya pulang dulu ke rumah mereka selepas meninggalkan bilik wad tadi. Katanya, beliau ada temujanji dengan seorang pelanggan penting bisnesnya. Beliau datang semula ke bilik wad Pak Jat sebaik selepas temujanji tersebut.

Tak sempat pun beberapa lama di dalam bilik wad tersebut bersama Pak Jat dan Makcik On, mulalah menerjah masuk bertalu-talu whatsapp ke telefon mudahalih *AL* mereka itu. Dari siapa lagi kalau bukan dari *MP* mereka. Pak Jat buat tak kisah saja, seperti kura-kura dalam perahu (pura-pura tak tahu).

Tapi Makcik On nampak sangat terusik dengan isi whatsapp tersebut yang ditunjukkan *AL*nya itu. Sebagai seorang bekas guru disiplin, Makcik On agak terkejut dengan bahasa yang digunakan oleh *MP* tersebut terhadap *AL* kesayangannya itu. Itu bukan bahasa dalam rumah tangga yang diterajui oleh Pak Jat sejak lebih tiga puluh tahun dahulu.

Bagi Pak Jat, apa yang beliau difahamkan ialah *MP*nya itu sedang mendesak agar anak lelakinya itu segera pulang ke rumah. Walaupun Pak Jat tak menunjukkan apa-apa reaksi negatif atas desakan itu, namun dalam hati kecil beliau tentulah tercetus bermacam-macam perasaan tidak selesa. Tak patut sangat jika menziarah ayah kandung yang sedang sakit pun nak dijadikan isu besar oleh *MP*nya itu.

Yang membuat Pak Jat sangat tersinggung ialah beberapa gambar whatsapp yang ditunjukkan anak lelaki mereka itu kepada Makcik On. Ada gambar yang menunjukkan tindakan gila *MP* itu mengenjah kain baju di rumah mereka. Dan yang paling menyakitkan hati Pak Jat ialah gambar tangki air tandas yang telah dijatuhkan ke lantai bilik air. “Sial sangatkah diriku ini hingga *MP* aku pun boleh jadi gila akibat bahana dari suaminya kerana menziarah aku ?”, bertanya Pak Jat dalam hati kecilnya

 

Bersambung di :     https://4uni2c.com/2015/09/29/perasan-dia-anak-bangsawan-bab-04-06/

 

d a u l a t    r a k y a t   !

Lain-lain PenCERAHan yang relevan :

 

Perasan Dia Anak Bangsawan # Index    https://4uni2c.com/2015/10/05/perasan-dia-anak-bangsawan-index/

Hudud # 02 – Manifestasi atau Penyebab ?  https://4uni2c.wordpress.com/2014/12/15/hudud-02-manifestasi-atau-penyebab/

Rupa Buruk, Cermin Dipersalahkan:   https://4uni2c.com/2014/09/23/4uni2c-14923-dont-blame-the-mirror-for-our-bad-image-terjemahan/

.

*** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK:   www.4uni2c.com

Latar belakang pemilik blog ini :   https://4uni2c.com/2015/07/12/2250/

@ OPajar (# 15927)

Advertisements

~ by OPajar on 2015/09/27.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: