Perasan Dia Anak Bangsawan # bab 07 – 09

*** Untuk men CARI  lain-lain PenCERAHan sila KLIK pada bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN, kemudian SKROL.

(Pengguna smartphone (SP) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda)

 

Sambungan dari :

https://4uni2c.com/2015/09/29/perasan-dia-anak-bangsawan-bab-04-06/

 

Bab 07 – Tergamak Buat Begitu

Bila mengenangkan kembali beberapa peristiwa yang pernah berlaku sejak anak lelaki (*AL*) mereka itu berkahwin dengan isterinya sekarang, rasa kecil hati sungguh Pak Jat dan Makcik On terhadap menantu perempuan (*MP*) mereka itu. Malah kadang-kadang rasa tertipu pula mereka oleh wanita yang kini menjadi *MP* mereka itu. Bak kata peribahasa kita, “madu yang diberi, tuba pula yang dibalasnya”.

Pada suatu hari, anak sulung Pak Jat dan Makcik On bersama isterinya datang untuk menumpang di rumah *AL* mereka itu. Bukan nak menumpang lama pun. Cuma untuk seketika, sementara anak sulungnya itu mencari rumah untuk disewa.

Tiba-tiba Pak Jat dan Makcik On dapat tahu bahawa anak sulungnya itu bersama isterinya telah dihantar oleh *AL* mereka itu balik ke rumah mertuanya, pada malam itu juga. Bukannya dekat jarak rumah mertua abangnya itu. Jauhnya lebih dari 350 km dari rumah *AL* mereka itu. Rupa-rupanya isteri si adik lelaki itu (i.e. *MP* Pak Jat dan Makcik On) telah lari pulang ke rumah ibu bapanya kerana protes terhadap kehadiran abang iparnya bersama isteri di rumahnya.

Kalau nak difikirkan, apa salahnya membenarkan abang kandung suaminya itu menumpang di apartmennya untuk sementara. Sedangkan apartmen itu ada tiga bilik tidur dan dua bilik air. Dua orang anak mereka pun masih kecil dan belum lagi bersekolah.

Yang lebih trajis hingga menyebabkan Makcik On menangis dengan tiba-tiba ialah suatu panggilan telefon dari *AL* mereka itu. Ini yang Makcik On ceritakan kepada Pak Jat ketika beliau sedang memandu di sebelahnya. Mengikut Makcik On, suatu malam anak perempuan mereka sedang dalam perjalanan menuju ke rumah abang kandungnya itu.

Tiba-tiba abang kandung tersebut menelefon Makcik On meminta tolong beritahu adik perempuan tersebut supaya tidak datang ke rumahnya pada malam itu. Alasannya ialah kerana bilik tidur yang kosong di rumahnya itu akan digunakan pada malam itu sebagai bilik bacaan. Kononnya abangnya itu akan menghadapi suatu peperiksaan penting pada keesokan hari.

Pak Jat dan Makcik On sama sekali tak sangka anak *AL* mereka itu boleh bertindak demikian. Pada hal, sebelum berkahwin dahulu, beliau merupakan seorang abang yang sangat prihatin dengan kebajikan adik-adiknya. Lebih-lebih lagi dengan adik-adik perempuannya. Namun kini tergamak beliau melayani adiknya itu begitu rupa. Macam tak “natural” pula tindakan beliau itu.

Masa *AL* nya itu nak membeli apartmen tiga bilik itu, wang cengkeram (deposit) 10 peratus dari harga apartmen tersebut Pak Jat yang tolong dahulukan. Kebetulan ketika itu Pak Jat baru menjual rumah teres miliknya yang satu-satunya tu. Bukanlah Pak Jat nak ungkit akan sumbangannya itu. Tapi jika *AL* dan *MP* itu kenang sedikit akan sumbangan Pak Jat itu mungkin mereka tak keberatan menerima anak beranak Pak Jat sebagai tetamu mereka.

Bab 08 – Kini Tinggal Di Kondo

Jika ketika masih tinggal di apartment kos sederhana pun dah berlagak begitu, apakan pula bila kini dah tinggal di sebuah kondo yang telah dibeli. Sebenarnya, sejak *AL* mereka itu berpindah ke kondo, Pak Jat dan Makcik On sangat jarang menziarahi mereka. Alasan yang mereka sering beri ialah kerana tak suka melalui kerenah kawalan keselamatan. Sedangkan jauh tersembunyi di lubuk hati mereka adalah alasan lain.

Bukan kerana tak sayangkan *AL* itu dan cucu-cucu mereka, tetapi kerana tak suka melihat *MP* mereka itu dalam dilemma. Kalau tak layan mertua nanti rasa bersalah pula. Tapi nak layan pun, banyak tugas-tugas peribadinya yang lebih layak diutamakan. Sebagai orang tua yang dah banyak makan garam, Pak Jat dan Makcik On seolah-olah dah boleh hidu isi hati *MP* mereka itu. Bak kata pujangga, “terkilas ikan di air, sudah kenal jantan betinanya”.

Kini ada pula ura-ura bahawa *MP* Pak Jat dan Makcik On tersebut sedang menuntut dari *AL* mereka untuk berpindah ke “landed house”. Di ibu kota ini tahu sajalah berapa harga sebuah “landed house”. Bagi Pak Jat dan Makcik On yang berasal dari keluarga susah itu, tuntutan tersebut adalah sesuatu yang sangat melampau.

Lebih-lebih lagi, kononnya kondo yang mereka duduki sekarang akan disimpan bagi menempatkan ibu *MP* mereka itu bersama dengan anak-anaknya yang lain. “Mulia sungguh hati *MP* kita tu !”, kata Pak Jat. Tapi apa kata sekiranya *AL* itu gagal memenuhi nafsu kebendaan si isterinya itu kerana benar-benar tak mampu ?

Bab 09 – Petua Orang Tua-Tua

Rupa-rupanya ada juga kebenaran petua orang tua-tua bahawa kalau nak memilih menantu biarlah dari keluarga yang sebulu. Sejajar pula dengan peribahasa Inggeris, “birds of the same feather always flock together”. Maksudnya, jika kita dari keluarga miskin biarlah menantu pun dari keluarga yang kurang berada juga. Jika kita bukan dari keturunan bangsawan, maka biarlah bakal menantu pun bukan dari keturunan bangsawan. Di sinilah agaknya punca awal kesilapan Pak Jat dan Makcik On yang mengakibatkan *AL* mereka kini hidup merana sejak sekian lama.

Sepatutnya sebelum memberi restu kepada *AL* mereka itu untuk berkahwin dengan isterinya sekarang, Pak Jat dan Makcik On kena menunaikan solat istiqorah dulu. Bukan boleh main setuju macam tu saja. Lebih-lebih lagi bila di pangkal nama bakal *MP* itu ada gelaran tertentu. Gelaran berkenaan menandakan bahwa beliau adalah dari keturunan bangsawan. Gelaran itu sebenarnya mempunyai banyak implikasi.

Terlalu “husnulzan” atau bersangkaan baik pun kadang-kadang tak berapa wajar juga. Contohnya bersangkaan baik kepada seorang yang bergelar “Datuk” ada riskonya juga. Siapa boleh jamin bahawa bila seseorang itu dah bergelar “Datuk” maka beliau dengan sendirinya tergolong ke dalam kumpulan manusia yang bermaruah tinggi yang memang layak dihormati dan dipercayai.

Berapa ramai sudah manusia yang bergelar “Datuk” telah pun disabitkan dengan pelbagai kesalahan di mahkamah. Lalu mereka telah dijatuhi dengan pelbagai hukuman termasuk di penjarakan. Itu yang memiliki status “Datuk” yang tulen. Bagaimana pula dengan yang tak layak memakai gelaran “Datuk”, tetapi memakai juga gelaran tersebut supaya lebih mudah menipu mangsa.

Bersambung  :  https://4uni2c.com/2016/04/21/perasan-dia-anak-bangsawan-10-12/

d a u l a t    r a k y a t   !

Lain-lain PenCERAHan yang relevan :

Perasan Dia Anak Bangsawan # Index    https://4uni2c.com/2015/10/05/perasan-dia-anak-bangsawan-index/

Rupa Buruk, Cermin Dipersalahkan:   https://4uni2c.com/2014/09/23/4uni2c-14923-dont-blame-the-mirror-for-our-bad-image-terjemahan/

*** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK:   www.4uni2c.com

Latar belakang pemilik blog ini :   https://4uni2c.com/2015/07/12/2250/

@ OPajar (# 15X05)

Advertisements

~ by OPajar on 2015/10/05.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: