Haji dan Tabung Haji #01

.

.

Haji adalah rukun Islam yang kelima dan terakhir. Haji difardukan ke atas setiap individu Islam yang telah memenuhi syarat-syarat tertentu. Antaranya ialah dalam aspek kemampuan harta (wang), fisikal (kesihatan) dan keselamatan.

.

Kalau di zaman datuk nenek kita dahulu, setiap Muslim yang memenuhi syarat tersebut sudah dikira wajib menunaikan fardu haji. Namun, pada masa sekarang ia belum boleh lagi dihukumkan sebagai wajib hingga datang seruan dari Tabung Haji. Seruan yang Acik maksudkan ialah giliran yang ditetapkan oleh pihak Tabung Haji.

.
Walaupun pada hakikatnya yang menentukan samada seseorang individu Muslim itu akan bergelar Haji atau Hajah adalah Allah, namun dari segi adatnya pula pihak Tabung Hajilah yang menjadi pelaksana ketetapan Allah tersebut. Maka tak bolehlah sesiapa pun nak salahkan Tabung Haji jika tidak atau belum mendapat peluang untuk menunaikan fardu haji.

.

Bagi musim haji tahun ini, agak ramai juga individu yang Acik kenali yang telah menerima seruan. Mereka ialah bekas rakan sekelas (class mate), bekas rakan sesekolah (school mates), bekas rakan sejawat, saudara mara, jiran-jiran dan lain-lain. Di antara mereka ada yang dah berumur pencen macam Acik dan ada juga yang masih bekerja. Bagi yang bekerja dengan kerajaan bertuahlah sebab mendapat curi percuma 40 hari (jika tak silap Acik).

.

Musim haji tahun ini mengingatkan Acik akan pengalaman menunaikan haji dalam tahun 2010 dahulu. Sebenarnya sebelum itu kami (Acik dan isteri) tak pernah tahu bila akan menerima seruan. Kami cuma berdoa dan berharap akan menerima seruan bila duit dalam simpanan dengan Tabung Haji dah mencukupi.

.

Dalam bulan Disember 2008 Acik kematian abang sulung akibat serangan jantung. Kakak dan adik-adik Acik harap Acik pulang tinggal di kampung sebagai pengganti kepada abang kami itu. Masa tu Acik tinggal di Cameron Highlands menemani isteri. Beliau sedang bertugas di SK Convent, Tanah Rata sebagai guru penolong kanan pentadbiran.

.

Jalan paling mudah bagi isteri Acik itu untuk turut sama pulang tinggal di kampung ialah dengan memohon persaraan awal. Sementara permohonan tersebut diluluskan, isteri Acik itu mengambil curi tanpa gaji.

.

Sebaik saja isteri Acik itu menerima gratuiti pesaraannya, kami pun pergi ke pejabat Tabung Haji. Tujuan kami ialah untuk menambahkan simpanan kami dalam akaun Tabung Haji. 

.

Ketika itu barulah kami maklum bahawa untuk dapat giliran pergi haji pencarum wajib berdaftar terlebih dahulu sebagai calon haji/hajah. Dengan pendaftaran itu barulah pencarum akan diberitahu tahun bila gilirannya untuk ke Makkah akan tiba.

.

Selama ini kami ingat giliran haji hanya akan ditetapkan apabila jumlah simpanan dalam akaun Tabung Haji sudah mencukupi. Rupa-rupa tidak. Pencarum cuma  perlu berdaftar sebagai calon haji/hajah dengan cagaran RM1300 saja. Maksudnya, pencarum berjanji tidak akan sentuh RM1300 itu sehinggalah gilirannya untuk ke Makkah sampai.

.

Gagal atau lewat mendaftar sebagai calon haji/hajah akan mengakibatkan giliran pencarum untuk buat haji juga akan turut menjadi lewat. Sebagai contoh, Katakanlah dalam tahun 2000 pencarum A baru ada RM1500 dalam akaun Tabung Hajinya. Sedangkan B dah ada RM15000. 

.

A pun mendaftar sebagai calon haji dalam tahun berkenaan. Sedangkan B baru mendaftar sebagai calon haji 5 tahun selepas A. 

.

Berpandukan dasar dan kaedah yang diterimapakai oleh Tahung Haji, maka A akan menerima seruan haji lebih awal dari B. Jika A belum cukup duit dalam akaun Tabung Hajinya, maka beliau akan diminta mencukupkan jumlah tersebut menjelang keberangkatannya ke Makkah.

.

Kelewatan mendaftar selama 5 tahun mungkin akan mengakibatkan kelewatan ke Makkah 10 tahun atau lebih berbanding dengan giliran mereka yang mendaftar 5 tahun lebih awal. Contohnya, seorang pupu Acik telah mendaftar sebagai calon haji pada tahun 2008 Beliau akan menunaikan haji pada tahun ini. Sedang isterinya yang mendaftar sebagai calon hajah dalam tahun 2014, giliran hajinya  ialah dalam tahun 2063.

.

Khabarnya pencarum yang baru mendaftar sebagai calon haji/hajah dalam tahun ini akan dijanjikan giliran haji mereka (oleh Tabung Haji) pada tahun 2118. Realistik kah janji tersebut ?

.

Bersambung.

Advertisements

~ by OPajar on 2017/07/26.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: