Gila tapi mulia

Assalamualaikum….
Subhanallah…
Menitis air mata membacanya…
Kita yg mempunyai kelebihan yg ALLAH beri pun tidak mampu melakukan seperti Husien lakukan…
ALLAHU AKBAR

👆🏻Kisah benar dari sebuah SURAU di Klang Selangor.
(Posting Panjang tetapi sangat bermotivasi)

JANGAN NILAI ORANG PADA KULITNYA

Quote :

_”Saat jenazah Husien sampai.. ketika di mandikan..3 orang tukang mandi jenazah bertukar2 kerana tak sanggup….. mengigil.. menangis.. sebak melihat jenazah Husein…”_

Patut lah dah lama tak nampak Husain, rupanya dia dah pergi meninggalkan dunia yg fana….

Dia di gelar Husein gila….. sebab dari zahirnya kita lihat dia tak seperti orang biasa/normal.. dia selalu ada di surau2.. kerja dia mengutip benda2 kotor di karpet surau di kawasan surau… masuk dalam poket nya.. pernah jemaah surau bagi dia penyapu, dia tak nak.. katanya…..rugilah kalau aku pakai penyapu…. kalau satu aku kutip guna tangan..10 ganda ALLAH SWT bagi aku.. jadi jemaah tak boleh nak kata apa…. kadang2 dia cuci bilik air surau.. dia brus lantai dinding2….kalau satu bilik air dia brus.. sampai 1 hari pun tak siap..sebab apa? Orang bagi brus..dia tak nak..dia nak gunakan brus gigi nya..bila di tanya.. katanya rugilah kalau pakai brus lantai.. sekjap dah siap..tak sampai sejam dah siap..kalau pakai brus gigi malam baru siap.. setiap kali aku brus waktu berlalu ALLAH SWT bagi aku hadiah nanti.. jadi dapat banyak… Astaghfirullah Al Azim….!!!

Orang bagi duit tak nak.. dia kata aku ada tangan, ada kaki boleh jalan2 cari makanan yg orang buang.. membazir berdosa.. aku tak perlukan duit… nak makan je.. aku makan untuk hidup nak bersihkan surau… kalau mintak rokok sebatang.. orang bagi sekotak dia marah.. kau tak paham ke aku nak sebatang je.. berdosa mintak2 orang banyak2.. sikit2 takpe lah..

Pelik perangai Husein ni…. kadang2 kutip2 nasi satukan semua.. letak kat lantai.. bila tanya.. semut pun makhluk ALLAH SWT.. kalau kucing boleh bagi .. kenapa semut tak boleh?

Akhirnya jemaah imam biarkan sahaja, apa dia buat.. orang solat dia tak solat…pernah jemaah tanya.. Husein marilah solat sama.. dia tempik nya jemaah tu.. kan ALLAH SWT kata orang gila tak payah solat.. tak boleh, haram..

SubhanALLAH… ..!!!
Siapa Husein ni sebenarnya? Kisah asal.. dia ni pelajar pondok… dulunya mak tirinya suka dera nya.. pukul.. bapak nya pun sama.. sampailah dia tekanan, merayau2 tak tentu arah… paling tekejut sekali… Husein bebel2.. mana muazin ni tak azan ke dah nak Maghrib ni…aku jelah Azan kan..jemaah tahan dia..tapi imam surau suruh biarkan sahaja…

SubhanALLAH… !!!
Saat dia Azan…menitik air mata imam jemaah mendengarnya.. lebih sempurna dari kita yang ada…kata imam surau tu…bila di tanya Husein.. pandai kau Azan ye? Memanglah pandai dah hari2 aku kat sini.. aku solat je tak boleh.. ALLAH SWT tak bagi.. korang pun tak suka aku.. semua duduk jauh.. ..lepas tu dia gelak….

Ketika jenazah Husien sampai.. ketika di mandikan..3 orang tukang mandi jenazah bertukar2 kerana tak sanggup….. mengigil.. menangis.. sebak melihat jenazah Husein… muka berseri2, dulu hitam berdaki.. gigi yg berkarat jadi putih bersinar.. bau busuk hilang begitu saja…. wangi nya jenazah Husein sehingga kalah bau haruman atar jemaah yg pakai…

ALLAHU AKHBAR…!!!
Kalian nak tahu..? Dari zahirnya kita nampak dia gila.. tapi hakikatnya dia bijak.. kita lihat dia berdaki kotor busuk.. zahirnya bila di mandikan kelihatan sifat asal sebenar arwah..

Seminggu Surau sunyi sepi.. Sebulan silih berganti imam bertukar2 sebab nak menDoakan Husein. jenazah imam pun tak smpai macamtu orang doakan… bayangkn 30 hari stiap kali lepas Solat, mesti mendoakan kesejahteraan Husein ..sampai menitis air mata imam dan jemaah rindukan Husein gila..

Kita ni terhijab zahir sehingga tak nampak dalamannya..

Semoga menjadi iktibar buat kita semua yg masih hidup dan mencari2 kesempurnaan di dunia persinggahan ini.

ALLAH SWT pandang Nawaitu kita, hati kita, ketulusan dan keikhlasan serta keImanan, keTaqwaan, keIslaman, keTaatan dan keSetiaan kita.. bukan pada rupa, warna kulit, status, harta, pangkat, darjat, kepuraan zahir batin.

Muhasabah diri sendiri dan utk saudara seIslamku utk sedar dari khayalan yg samar dan kembali

kepada Janji kita yg nyata kpd ALLAH SWT YANG HAQ.

( Tulisan sahabat FB )

والله اعلم..

Advertisements

~ by OPajar on 2017/09/22.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: