GURU : insan yang mulia

.

Salam semua pelawat blog Acik ini !

Adakah kebetulan anda kenal mana-mana insan mulia di dalam gambar di atas ?

πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡Ύ

GURU : insan yang mulia.

Malam tadi (2017.12.07) Acik turut hadir di sebuah majlis makan malam. Majlis itu bagi merayakan hari jadi rakan-rakan setingkatan dengan Acik di RMC dahulu. Iaitu bagi mereka yang lahir dalam bulan Oktober, November dan Disember. Majlis bagi yang lahir dalam bulan-bulan sebelumnya telah pun di adalah.

Yang istimewanya majlis malam tadi ialah kerana ia menyaksikan kehadiran beberapa orang bekas guru. Mereka ini pernah mengajar Acik dan kawan-kawan kira-kira 45 tahun dahulu (1969-72).

Kehadiran mereka sangat bermakna bagi Acik. Ia berjaya mencungkilkan ingatan tentang kehidupan Acik di RMC dulu. Ingat-ingatan itu telah terpendam dalam memori Acik sejak sekian lama.

Samada peristiwa yang tercungkil itu manis, mahu pun pahit, namun ianya tetap begitu bernilai sekali buat Acik. Yang baik jadi tauladan yang buruk jadi sempadan.

.
.
.

.

Di akhir majlis tersebut seorang bekas guru kami telah tampil di atas pentas untuk memberi ucapan. Beliau sebagai wakil kepada guru-guru yang hadir di majlis itu. Acik sangat kagum akan kehebatan Cikgu Ibrahim Saad ini. Beliaulah yang mengajar Acik subjek Bahasa Melayu dalam tingkatan 6 dahulu.

Dalam ucapan beliau, Cikgu Ibrahim menyatakan kebanggaan beliau dipanggil “Cikgu”. Padahal identiti terkini beliau ialah Tan Sri Dato Seri Dr. Ibrahim Saad. Kata peribahasa Melayu, “ular menyusur akar tak kan hilang bisanya”.

Apa yang amat menarik bagi Acik dari ucapan Cikgu Ibrahim ialah beliau menyatakan bahawa, sebagai guru, beliau ingin melihat muridnya lebih berjaya dari dirinya. Hanya dengan cara itu baru negara akan maju dan terus maju.

Bertuah kita sekiranya setiap guru kita mempunyai aspirasi seperti Cikgu Ibrahim. Iaitu ingin supaya kita lebih berjaya dari beliau sendiri. Acik boleh percaya akan kebenaran dakwaan Cikgu Ibrahim itu. Sebab, itulah juga aspirasi Acik ketika bercita- cita hendak menjadi seorang guru dahulu.

Dengan sikap tersebut maka amat layak Cikgu Ibrahim dimuliakan dengan jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia).

Guru bagi Acik, adalah satu profesyen yang sangat mulia. Guru bukan sekadar pemangkin kepada kemajuan dan pembangunan negara, bahkan sebagai pemain utama.

Bermula dengan pembangunan insan, guru memberi ilmu dan kemahiran kepada murid-muridnya. Dengan kedua-dua elemen inilah maka murid-murid menjadi insan yang berharga. Mereka akan mampu menyumbang ke arah kemajuan dan pembangunan masyarakat dan negara seterusnya.
.
Ketika Acik keluar dari universiti dahulu guru belum lagi menjadi kerjaya yang popular. Hanya mereka yang benar-benar berminat sahaja bermohon untuk menjadi guru. Atau mereka yang gagal untuk mendapat profesyen lain, maka jadilah beliau guru. Namun Acik mencari profesyen lain setelah gagal untuk menjadi guru.

Kata sebuah peribahasa Melayu, “bila terlepas dari mata kail, baru terasa bahawa ikan itu besar rupanya“. Begitulah juga dengan Acik. Bila dah tak berjaya menjadi guru, maka profesyen guru lebih berharga jadinya.

Walaubagaimana pun peribahasa juga ada berkata, “dalam setandan kelapa kadang-kadang ada juga yang tak berisi“. Begitulah juga dengan kumpulan insan yang bergelar guru. Tak semua 100% guru baik dan wajar ditauladani.

Kalau guru yang baik menjadi pemangkin kepada kemajuan dan pembangunan masyarakat, guru yang “jahat” adalah sebaliknya. Maka timbullah pula peribahasa, “kalau guru kencing berdiri, murid akan kencing berlari“.

Demi mengelakkan berlakunya situasi yang “counter produktive” tersebut, maka amatlah perlu wujud satu mekanisma yang efektif untuk mendisiplinkan setiap guru, setiap masa. Etika perguruan harus mampu memastikan setiap guru mempunyai ehsan yang tinggi.

Yang Acik maksudkan dengan ehsan ialah merasai bahawa dirinya diperhati dan dinilai setiap waktu. Sekiranya tiada mata manusia yang melihat, maka Allah sentiasa melihat.

.
.
Video mengenai Majlis tersebut :

.

C & P dari kumpulan WA UM 7376

Sebuah puisi karya Ustazah Aizah 2017 Dis 18

Untuk ibu bapa di luar sana…

BILA HATI SEORANG GURU MULA TERLUKA

Bila hati seorang guru mula terluka
ketahuilah bahawa
pintu berkat dan rahmat untuk anak-anakmu mulai hilang
Maka..
kau renung akan apa jadi
pd anakmu 5 tahun lagi.

Bila hati seorang guru mula terluka
Akan lahirlah generasi terbiar
Dibiarkan ibu bapa
Dibiarkan guru-gurunya
Dibiarkan masyarakatnya

Bila hati seorang guru mula terluka
Bait2 bicara kan hilang hikmahnya
Rajuk yang kecil menjadi barah
Melatari seluruh sistem taadib
Tarbiyah kan layu
Nilai kan runtuh dimamah masa

Bila hati seorang guru mula terluka
Masyarakat sedang sakit
Harapan tinggal harapan
Impian berkecai dek keegoan dan keras kepala
Ada pesalah ada pengalah
Yang hak dibatilkan, yang batil dihakkan

Bila hati seorang guru mula terluka
Lukanya dalam
Parutnya kekal berlekatan
Ibarat sang ibu yang kecewa
Sayang masih ada
Namun luka yang tidak berdarah
Adalah sesakit-sakit bahasa

Bila hati seorang guru mula terluka
Awan menjadi merah
Penghuni langit kan turut berduka
Kerana guru sejati adalah pewaris para nabi.

.

Wallahualam

.

Utk ke PenCERAHan terakhir :

http://www.4uni2c.com

.

.

Advertisements

~ by OPajar on 2017/12/07.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: