PRU14: Tun dah pohon maaf kan ❓

Tun DM dah memohon maaf kan ?

Klip video di atas amat memeranjatkan pelbagai pihak. Ia mencetuskan satu soalan penting di dalam fikiran Acik. Adakah ia lebih menyakinkan lagi semua rakyat bahawa Tun DM benar-benar telah insaf dan bertaubat atas segala kesalahan beliau, ketika beliau di puncak kuasa dahulu ❓ Ataupun sebaliknya ?

Soalan tersebut agak susah nak dijawab oleh kebanyakan kita. Lebih-lebih lagi setelah khabarnya Tun DM telah pun segera memohon maaf atas kenyataan beliau itu. Mungkin juga niat beliau hanya sekadar berseluruh atau bergurau saja. Maklumlah, seorang yang kaya dengan pengalaman, pengetahuan dan kebijaksanaan, biasanya “sense of humour”nya sangat tinggi.

Kononnya orang yang belajar ilmu tasauf berupaya memahami sesuatu ayat melebihi dari apa yang tersurat. Maksud Acik ialah apa yang tersirat di dalam ayat berkenaan. Yang tersurat bagi sesuatu ayat (samada lisan mahupun tulisan) adalah makna “literal”. Manakala yang tersirat adalah metafora atau maksud yang tersembunyi di dalam ayat berkenaan.
.
Yang menarik tentang ilmu tasauf ialah ia dapat membantu kita memahami punca tindakan atau tingkah laku orang lain. Ia berdasarkan “presumption” bahawa tindakan fisikal pelaku ada hubung kait yang erat dengan niat dan hasratnya.
.
Contohnya jika seseorang itu menengking anaknya, maka ia menunjukkan bahawa hati pelaku itu sedang marah kepada anaknya itu. Bila seorang itu rajin memberi sedekah atau menderma, maka tandanya individu itu seorang yang pemurah atau tidak kedekut.
.
Dalam sebuah hadith, Nabi s.a.w. memberitahu kita bahawa dalam jasad kita ada seketul daging. Jika baik daging itu maka baiklah tingkah laku individu berkenaan. Sebaliknya, jika buruk daging itu, maka buruklah tingkah laku atau perangai individu tersebut. Daging itu ialah hati.
.
Ilmuan agama telah mengenalpasti berbagai-bagai sifat hati yang dapat dikesan dari tingkah laku dan tindakan fisikal seseorang. Sifat-sifat itu dibahagi kepada dua kategori. Pertama diistilahkan sebagai “mahmudah” dan se lagi diistilah sebagai “mazmumah”.
.
Sifat mahmudah adalah segala sifat-sifat hati yang positif. Manakala sifat mazmumah adalah segala sifat hati yang negatif. Dalam kitab Ihya ‘Ulumiddin karya Imam al Ghazali diterangkan 10 sifat-sifat mahmudah. 10 lagi ialah sifat-sifah mazmumah iaitu yang berlawanan dengan sifat-sifat mahmudah.

Acik berpeluang mentelaah kitab karya imam besar tersebut semasa masih belajar di UM dahulu. Namun, bukanlah bermakna Acik sudah pakar dalam ilmu tasauf sebab telah lama mempelajarinya. Sebaliknya, mungkin banyak yang dah terlupa kerana tidak selalu mempraktikkannya. Mungkin juga apa yang Acik faham itu tidak atau kurang tepat. Maklumlah, Acik pelajar di fakuti ekonomi bukan di fakulti agama.
.

Walaubagaimanapun, bila dalam keadaan yang mendesak, apa yang ada pun sudah cukup berharga. Begitulah juga dengan ilmu yang ada, walaupun sedikit dan cetek.
.
Dengan jujur lagi berterus terang, Acik amat muskhil atau ragu-ragu terhadap sikap Tun DM. Lebih-lebih lagi setelah menonton klip video di atas. Bagi Acik “gurauan” Tun DM berkaitan trajidi Mamali itu adalah manifestasi bahawa beliau belum benar-benar insaf dan bertaubat atas kesalahan-kesalahannya yang lepas itu.

Kalau beliau benar-benar insaf, tak mungkin tercetus langsung ayat-ayat yang berbentuk penghinaan terhadap mangsa trajidi Mamali itu. Sedangkan trajidi tersebut adalah akibat kezaliman beliau sendiri. Sebaliknya beliau patut berasa sedih atas apa yang beliau telah lakukan itu. Beliau bukan sekadar memohon ampun kepada Allah sahaja. Bahkan yang lebih penting ialah memohon maaf kepada semua warith-warith mangsa berkenaan termasuk warith anggota-anggota polis yang turut terkorban.

Bagi Acik, sangat tidak memadai dengan hanya menyuruh orang lain menjadi wakil untuk memohon maaf secara pukal kepada warith-warith mangsa. Tun DM sendiri yang patut menziarahi kubur-kubur mangsa dan bertemu seramai mungkin warith-warith mereka.
.
Kalau Tun DM boleh menziarahi pusara arwah Ustaz Fadil Nor dan beriya-iya benar nak menziarahi pusara arwah TGNA kenapa tak sanggup menziarahi kubur-kubur mangsa kezaliman beliau itu. Jika Tun sudah melakukan demikian, mungkin juga keraguan Acik terhadap beliau dapat dihapuskan.
.
Acik cuba meletakkan diri Acik di dalam kasut warith-warith mangsa trajidi Mamali itu. Tak tahulah nak dilakarkan bagaimana kecewanya hati Acik terhadap mantan PM itu. Sepatutnya rakyat jelata mendapat perlindungan dari pasukan keselamatan. Malangnya, apa yang diperolehi mereka adalah sebaliknya. Harapkan pagar, pagar yang makan padi.
.
Mungkin bagi ramai rakyat, terutama anak-anak muda sekarang, tak berasa apa-apa pun setelah menonton klip video tersebut. Sebab, ramai dari mereka belum lahir lagi ketika trajidi itu tercetus. Bagi yang dah lahir pun, kebanyakan mereka masih terlalu kecil untuk memahami isunya di waktu itu.
.
Tapi bagi rakyat yang sudah remaja ketika itu, Acik percaya bahawa emosi masing-masing pasti tersentuh jua sedikit sebanyak. Kecualilah bagi mereka yang benar-benar tidak berhati perut.
.
Walau apa pun, Acik ingin tegaskan bahawa apa yang Acik taksir dan tafsir tentang Tun DM bukanlah semestinya suatu kebenaran yang hakiki. Yakni status kebenarannya bukanlah sampai melampaui keraguan yang munasabah (“beyond reasonable doubts”). Hakikat kebenarannya Allah jua yang tahu.

Apa yang Acik taksir dan tafsir itu adalah semata-mata untuk panduan diri sendiri dalam membuat penilaian terhadap bakal PM kita yang ketujuh itu. Apa yang Acik nampak negatif mungkin dinampak positif oleh selain dari Acik seorang. Begitulah juga sebaliknya.

Namun sebagai warganegara yang bebas memilih bakal PM nya, maka Acik tidak restui pencalonan individu yang penuh dengan kontroversi seperti Tun DM sebagai PM yang ketujuh bagi negara Malaysia tercinta.

Takut-takut apa yang terjadi adalah ibarat :

Tikus membaiki labu ;

Untungnya secupak, ruginya segantang ;

Lari dari mulut singa masuk ke mulut buaya ;

Yang dikejar tak dapat, yang dikendung pula keciciran.

Biarlah Acik bersyukur saja dengan apa yang dah sedia ada sekarang dan bersabar terhadap apa yang masih kurang.

Semoga Allah selamatkan Malaysia dari jatuh ke tangan Tun DM dan gengnya yang Acik tidak mampu bayangkan tahap kemudharatannya kelak.
.
Sedangkan di bawah pemerintahan PM sekarang, dah nampak berbagai-bagai usaha-usaha positif sedang dilaksanakan dengan lancar. Walaupun PH menganggap dirinya “saint” dan “BN devil”, namun bagi Acik biarlah Acik terimapakai peribahasa Inggeris yang berbunyi

“The devil that you know is better than the saint that you do not know”.

.

Wallahualam.

.

Lain-lain PenCERAHan yg relevan

.
SENARAI PenCERAHan yg relevan

https://4uni2c.com/2018/04/15/pru14-pencerahan2-yg-relevan/

.

PenCERAHan terbaru ⬇️

http://www.4uni2c.com

.

Advertisements

~ by OPajar on 2018/05/06.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: