Faktor jalan juga punca kemalangan

Andai kata kereta yg agak laju sedang menuruni bukit, tiba-tiba terserempak dgn kereta yg sedang menaiki bukit di lokasi tanah runtuh dlm gambar di atas, maka akan belakulah mala petaka.

2018 Sept 01

Acik bersama isteri turun dari Cameron Highlands petang tadi. Kami menginap di sana selama dua malam. Sengaja kami turun di sebelah petang supaya dapat kami menghadiri majlis perkahwinan anak Yang Dipetua Majlis Daerah Cameron Highlands.

Dalam perjalanan turun ke Tapah Acik minta isteri membantu Acik bagi mengenalpasti satu lokasi tanah runtuh yang kami nampak ketika memanjat Cameron Highlands Khamis lepas. Sebelum sampai ke Lata Iskandar Acik ternampak satu tanda jalan yang berupa anak panah menunjuk ke arah tangah jalan. Beberapa meter saja dari tanda jalan tersebut, ialah satu lobang besar akibat tanah runtuh. Terkejut Acik melihat semua kotak penghadang jalan telah pun jatuh ke dalam lobang tersebut. Cuma satu saja lagi yang belum jatuh tapi dah hampir-hampir nak jatuh. Sedangkan masa kami lalu di lokasi tersebut Khamis lepas, beberapa buah kotak penghadang jalan masih terletak di atas jalan di tepi lobang tersebut.

Hati Acik sangat risau melihat keadaan sedemikian rupa. Dengàn segera Acik berhenti dan mengubah kotak penghadang jalan (yang berwarna merah itu) agar jauh dari lobang itu supaya tidak jatuh ke dalam lobang seperti yang lain. Tanda jalan yang berupa anak panah itu juga Acik ubah agar lebih jauh dari lobang dan lebih efektif sebagai amaran waspada. Itulah yang mampu Acik lakukan demi untuk mengelakkan pengguna jalan itu dari menjadi mangsa kepada lobang itu.

Namun hati kecil Acik masih sangat bimbang melihat kerosakan jalan tersebut. Bagi Acik, di lokasi keruntuhan tersebut jalan itu tidak layak lagi untuk digunakan sebagai jalan dua hala. Jika berlaku perjalanan secara serentak bagi kenderaan yang mendaki dan kenderaan yang menuruni bukit itu, nescaya kenderaan yang sedang menuruni bukit akan tejatuh ke dalam lobang tersebut.

Acik cuba nak membuat panggilan telefon kepada pihak berkuasa berkenaan untuk melaporkannya. Malangnya, bukan kerana handset Acik rosak tetapi kerana kedua-dua line telefon Acik tidak ada signal. Sepatutnya signal line telefon bagi semua jenama di sepanjang jalan menaiki ke Cameron Highlands penuh. Bila berlaku apa-apa kemalangan laporan mudah dibuat kepada pihak yang berkenaan.

Maklumlah, jalan yang menaiki dan menuruni bukit riskonya tinggi. Pertama kerana jalannya berliku-liku. Jarak penglihatan kita terhadap kenderaan yang datang dari arah hadapan sangat sengkat. Sering terjadi kenderaan yang sedang menaiki bukit betembung dengan kenderaan yang sedang turun dari bukit ketika ia sedang memotong kenderaan di hadapannya. Bagi mereka yang biasa dengan jalan antara Tapah dengan Cameron Highlands sangat faham dengan apa yang Acik maksudkan ini.

Jalanraya antara Tapah dengan Cameron Highlands merupakan laluan tradisional bagi penduduk kedua-kedua bandar itu. Malah kepada semua kita yang pernah berkunjung ke Cameron Highlands kerana bercuti. Ia telah dibina sejak majoriti kita belum lagi lahir ke dunia ini.

Tentulah yang membina jalanraya tersebut adalah penjajah Inggeris. Samalah juga dengan landasan keretapi dari Padang Besar ke Johor Bahru dan dari Johor Bahru ke Tumpat (Kelantan). Sepatutnya kita kenalah menghargai legasi yang amat berguna itu dengan sewajarnya, walaupun ia legasi penjajah.

Cara menghargai legasi penjajah yang amat berguna itu ialah dengan menyelenggaranya baik-baik dan meningkatkan mutunya dari semasa kesemasa. Semoga ia lebih selamat dilalui oleh semua kenderaan darat.

Namun, apa yang Acik perhatikan sejak lebih dari 10 tahun yang lepas, tiada apa yang boleh dibanggakan dengan jalanraya tersebut. Jangankan ia lebih selesa dan selamat dilalui, malah semakin kerap berlaku kejadian tanah runtuh di sepanjang jalanraya tersebut. Acik pernah kira bilangan tanah runtuh suatu ketika dahulu. Walaupun tak berapa teruk, tetapi bilangannya mencecah lebih dari seratus lokasi.

Ketika turun dari Cameron Highlands siang tadi, kebetulan ada pula kejadian pokok tumbang ke atas jalan. Acik pun turut terperangkap dalam kesesakan jalanraya selama lebih dari dua jam. Ia berlaku tidak berapa jauh dari Lata Iskandar, satu pusat pelancongan yang agak popular.

Acik sangat teruja melihat telatah beberapa budak Orang Asli mengendalikan pergerakan kenderaan di lokasi pokok tumbang tersebut. Dengan inisiatif sendiri, mereka mengatur giliran pergerakan kenderaan yang menaiki dan menuruni bukit. Maka kenderaan yang beratur berberapa KM panjangnya dapatlah juga terus bergerak, walaupun perlahan-lahan.

Bayangkan apa akan berlaku jika sekiranya Orang Asli yang tinggal berhampiran dengan pokok tumbang itu tidak peduli langsung dengan insiden itu kerana itu bukan tanggungjawab mereka. Sedangkan anggota dari pihak berkuasa berkenaan mengambil masa berjam-jam untuk sampai ke tempat kejadian tersebut.

Untuk apa PenCERAHan ini ?

Setiap PenCERAHan yang Acik muatkan ke dalam blog Acik adalah dengan hasrat-hasrat tertentu. Demikianlah juga dengan PenCERAHan ini. Acik harap pihak berkuasa berkanaan yang mewakili kerajaan baru PH (Pakatan Harapan) akan memberi perhatian khusus kepada jalanraya Tapah-Cameron Highlands. Maksud Acik ialah perhatian yang jauh lebih baik daripada semasa era kerajaan BN dahulu.

Kerajaan PH memang wajar melakukan usaha-usaha penambahbaikan yang ketara terhadap jalanraya Tapah-CH itu. Cubalah lihat apa yang telah dilakukan terhadap jalanraya antara Balik Pulau dengan Bayan Lepas di Pulau Pinang. Jika tak silap Acik ianya dilakukan dalam masa permerintahan DAP dahulu. Semoga tindakan yang sama dapat dilakukan oleh kerajaan PH pula terhadap jalanraya Tapah-CH itu.

Walaupun kini telah ada 3 jaĺanraya alternatif ke CH, iaitu Gua Musang-Kampung Raja (CH), Kuala Lipis-Ringlet (CH) dan Simpang Pulai-Kampung Raja (CH), namun tidak bermakna jalan tradisional ini tak penting lagi. Sebaliknya ia tetap penting kerana ia adalah jalan yang paling dekat untuk naik ke CH bagi pengunjung-pengunjung dari Tapah hingga ke Johor Bahru. Begitu juga yang dari Kampar (Perak).

Wallahualam.

.

Lain-lain PenCERAHan yang relevan

.

Tol : Puncak Kemalangan Maut ⬇️

https://4uni2c.com/?s=Tol&submit=Search

.
⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘ 🌷 🌷 🌷⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘

PenCERAHan terbaru ➡️ http://www.4uni2c.com

.

Advertisements

~ by OPajar on 2018/09/01.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: