Kerusi-kerita kanak2, praktikalkah ❓
2020 Jan 05 (Ahad)
🇲🇾 Mungkin semua atau majoriti kita dah pernah dengar ungkapan “law made to be broken”. Tetapi adakah setiap dari kita benar-benar faham maksudnya ❓
Maksudnya ialah apabila sesuatu undang-undang yang digubal itu tidak praktikal, maka kemungkinan besar ialah ia akan dilanggari atau tidak akan dipatuhi dengan sewajarnya. Mungkin juga undang-undang yang mewajibkan penggunaan kerusi kanak-kanak di dalam kerita, boleh dijadikan satu contoh “law made to be broken”.
LM2BB (Law made to be broken) berlaku apabila undang-undang berkenaan dibuat tanpa mengambil kira dua faktor penting. Pertama ialah kemampuan rakyat untuk mamatuhinya. Kedua ialah kemampuan kerajaan bagi menguatkuasakan undang-undang tersebut.
.
Kemampuan merupakan faktor yang amat penting bagi menjayakan sesuatu usaha atau peraturan. Berhubung dengan KKKK (kerusi-kerita kanak-kanak), rakyat rata-rata tidak berapa mampu untuk memilikinya kerana harganya agak mahal.
Beberapa tahun yang lalu, anak perempuan Acik ada membeli sebuah KKKK untuk anak pertama beliau. Harganya RM seribu lebih. Sekarang mungkin dah jauh lebih murah. Namun bagi ibu bapa yang beranak ramai, undang2 KKKK tetap membebankan.
Akibat KKKK kereta yang biasa dinaiki 7 ahli keluarga termasuk ibu bapa, kini lima saja yang boleh naik. Yang 2 orang lagi tu kenalah menaiki kereta lain. Ataupun ibu bapa berkenaan terpaksa memakai kereta yang lebih besar. Ini melibatkan kos tambahan ke atas keluarga tersebut.
.
.
B e r s a m b u n g……
PenCERAHan yg popular
Jawatan PM hak siapa ❓ https://4uni2c.com/2019/09/30/jawatan-pm-hak-siapa/
PenCERAHan terbaru ⬇️ http://www.4uni2c.com
