PRK Kimanis: Undilah BN β—

2020 Januari 15 Rabu

πŸ‡²πŸ‡Ύ PRK Kimanis pada Januari 18 ini turut mencuit hati Acik. Sabah adalah negeri yang paling Acik minati di Malaysia selepas Pulau Pinang, negeri kelahiran Acik. Dahulu Acik pernah berhajat nak berkhidmat di Sabah supaya dapat tinggal lama di sana. Tapi hajat Acik itu tak kesampaian. Namun, sebagai gantinya, Allah mentakdirkan Acik mendapat tiga orang menantu dari Sabah.

Setakat ini sudah banyak kalilah Acik berpeluang mengujungi Sabah bersama isteri. Kata Mad Saleh, “killing two birds with one stone“. Di samping menziarahi bisan-bisan kami, dapat pula kami melancong ke tempat-tempat lain di Sabah. Tempat yang paling kami gemari ialah Ranau dan Kundasang. Kedua-duanya dekat dengan gunung Kinabalu.

Undilah BN demi kesejahteraan rakyat Malaysia

Kali terakhir Acik bersama isteri berkunjung ke Sabah ialah pada awal tahun 2019. Dari KLIA kami terbang ke Labuan. Dari Labuan pula kami ambil feri ke Menumbuk. Dan kemudian kami terus ke KK (Kota Kinabalu) menaiki kereta sewa.

Semasa di atas feri tersebut, teringat Acik akan janji BN kepada penduduk Labuan dan rakyat Sabah menjelang PRU14 dahulu. Kononnya jika BN (tanpa Tun M) terus kekal menguasai Putrajaya, sebatang jambatan akan dibina dari tanah besar Sabah ke Pulau Labuan. Bagi Acik, janji itu amat munasabah. Bukanlah seperti “janji Tabung Haji” yang tak mungkin menjadi realiti. Kalau dari tanah besar Semenanjung ke Pulau Pinang sudah berjaya dibina dua batang jambatan, tak kan satu jambatan dari tanah besar Sabah tak bisa dibina ke pulau Labuan.

Dalam perjalanan kami dari Menumbuk ke KK (Kota Kinabalu), terpandang pula Acik kepada jalan lama yang sedang ditingkatkan tarafnya. Khabarnya ia adalah sebahgian daripada lebuhraya Pan Borneo yang sedang dalam pembinaan. Mengikut spekulasi Acik ketika itu, apabila PH dapat memerintah Malaysia, maka lebuhraya tersebut akan disiapkannya lebih awal daripada jadualnya. Malangnya, kini terbukti bahawa spekulasi Acik itu tidak menjadi realiti. Bahkan mungkin ibarat “jauh panggang dari api“.

Lebuhraya Pan Borneo merupakan projek pembangunan mega untuk Sabah dan Sarawak. Panjang lebuhraya tersebut melebihi 5ribu kilometer. Mengikut janji kerajaan BN dahulu kepada rakyat Sabah dan Sarawak, lebuhraya Pan Borneo itu adalah bebas tol.
.
Ia sangat berbeza dengan lebuhraya PLUS. Walaupun PLUS panjangnya kurang dari seribu kilometer, tol telah dikenakan ke atas rakyat sejak ia mula beroperasi lagi. Walaubagaimana pun, telah ada usaha oleh kerajaan BN (tanpa Tun M) dahulu untuk menjadikan lebuhraya PLUS bebas tol.

Malangnya apa yang dilakukan oleh kerajaan PH sekarang adalah sebaliknya. Khabarnya proses “penjualan konsessi PLUS” oleh kerajaan PH kepada pihak swasta kini sedang berjalan. Selepas ini rakyat jangan mimpilah akan dapat menikmati lebuhraya PLUS yang bebas dari tol.

Bukanlah hasrat Acik untuk menceritakan seterusnya mengenai lawatan Acik dengan isteri ke Sabah di dalam PenCERAHan ini. Sebaliknya, Acik sekadar ingin menyeru kepada semua pengundi PRK Kimanis supaya semuanya berpakat mengundi calon BN (tanpa Tun M).

Acik percaya bahawa hanya dengan memberi mandat kepada BN sahaja, maka projek lebuhraya Pan Borneo itu akan dapat disiapkan. Begitulah juga dengan projek-projek pembangunan rakyat yang lain.

Selagi PH terus memerintah Acik tak berapa percaya projek lebuhraya Pan Borneo itu akan dapat disiapkan oleh kerajaan. Sekiranya ia dapat disiapkan pun, maka jangan mimpi ianya akan bebas tol sepertimana yang dijanjikan oleh kerajaan BN (tanpa Tun M) dahulu. Ini adalah kerana projek itu akan diserahkan kepada pihak swasta untuk menyiapkannya.

Tidak mustahil juga sekiranya BN berjaya menawan semula Putrajaya nanti, rakyat Sabah dan warga Labuan akan dianugerahi sebatang jambatan bagi menghubungkan kedua-dua wilayah tersebut. Jambatan tersebut akan menjadi pemangkin kepada pembangunan yang lebih pesat di kedua-dua wilayah tersebut.
.

Wallahua’lam 🌹

Lain-lain info yg berkaitan ⬇️

Pengambil-alihan konsessi lebuhraya PLUS oleh pihak swasta adalah di dalam proses https://www.thestar.com.my/business/business-news/2020/01/09/plus-highway-takeover-decision-next-week

Tanda2 BN akan menang PRK Kimanis esok https://www.facebook.com/1126807812/posts/10219546878239026/

PenCERAHan yg popular ⬇️

Jawatan PM hak siapa ❓ https://4uni2c.com/2019/09/30/jawatan-pm-hak-siapa/

PenCERAHan terbaru ⬇️ http://www.4uni2c.com

~ by OPajar on 2020-01-15.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: