Tol : PH janji MN tunai❓
2020 Jan 19 Ahad
Isu tol sangat hangat diperkatakan dulu, kini dan mungkin selama-lamanya. Ini mengambarkan bahawa isu tol sentiasa berada di dalam minda hampir setiap rakyat Malaysia. Oleh sebab itu isu tol sangat mudah dimanipulasikan oleh pihak yang berkuasa atau pun yang akan berkuasa.
Dengan perkataan lain, isu tol agak sensitif kepada semua rakyat Malaysia. Pihak mana yang berjaya menggunakan isu itu dengan baik maka ia akan berjaya. Iaitu samada berjaya mengekalkan kuasa pemerintahan negara ataupun merampas kuasa dari parti kerajaan melalui PRU.
.
.
Dalam kempen PRU14 dahulu, pembangkang ketika itu iaitu PH, telah mengeksploitasikan gila-gila isu tol. Kejayaan PH mengalahkan BN dalam PRU14 itu adalah manifestasi bahawa rakyat termakan dengan janji-janji PH itu. Selain janji penghapusan kira PTPTN dan GST, penghapusan tol tidak kurang penting sebagai pukulan maut kepada BN.
.
Tiba-tiba menjelang PRK Kimanis baru-baru ni, PM PH sebok pula nak menjual PLUS. Rakyat jadi keliru. Kalau nak hapuskan tol kenapa pula nak jualkan PLUS. Ibarat nak pi Mekah tapi kapal terbang yang dinaiki menghala ke arah ke timur. Bolehlah juga sampai, tapi berapa kali ganda lebih jauh jaraknya jika melalui jalan ke timur.
.
Mujur penjualan PLUS itu tak jadi. Kononnya kabinet tak restui. Sebaliknya tempoh konsessi dilanjutkan. Namun bagi Acik, tak jadi sekarang bukan bermakna tak jadi untuk selama-lamanya. Selepas dipanjangkan tempoh konsessi, nilai keuntungan bagi pembeli PLUS itu nanti akan meningkat.
Bagi penganut tegar dasar neoliberal, yang diutamakan bukanlah rakyat jelata tapi kepentingan knoni yang bakal mengambil alih PLUS itu satu hari nanti.
.
B e r s a m b u n g
Lain2 PenCERAHan yg relevan
Tol: punca kemalangan maut https://4uni2c.com/2017/07/03/2842/