Politik: DSAI jadi PM8 atau PRU15

Kalau MP² Msia macam MP² Sweden, mungkin Msia lebih maju drpd Singapura

2020 Feb 20 (Kha)

🇲🇾 Baru-baru ini Acik dimaklumkan bahawa Tun M sedang berusaha untuk menubuhkan PN (Pakatan Nasional). PN adalah gabungan parti-parti Melayu iaitu Bersatu, UMNO dan PAS. Walaubagaimana pun usaha tersebut ditangguhkan apabila ditentang hebat oleh Datuk Lokman Nor Adam (seorang ahli Majlis Kerja Tertiggi UMNO) dan pengikut-pengikut beliau di dalam media massa. Akibatnya DLNA telah dipecat dari UMNO.

Acik difahamkan bahawa matlamat penubuhan PN ialah bagi membolehkan penubuhan kerajaan baru bagi menggantikan kerajaan PH sekarang. Kononnya kerajaan PH telah menghadapi jalan buntu dalam menyelesaikan pelbagai masalah. Maka adalah di harapkan kerajaan baru PN itu nanti akan mampu menyelesaikan masalah-masalah tersebut. Yang akan mendapat munafaat besar nanti kononnya ialah rakyat keseluruhannya.

Setelah penubuhan PN gagal menjadi realiti, maka tercetus pula berita bahawa 138 ahli Parlimen (MP) telah menanda tangani SD (Statutory Declaration) bagi menyokong supaya Tun M dikekalkan sebagai PM sehinggalah PRU15. Ini bermakna hasrat YB DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) untuk menjadi PM8 sebelum PRU15 akan bertukar menjadi angan-angan kosong. Ini pasti mengeciwakan ramai orang, terutama penyokong dan pentaksub-pentaksub beliau.

Sedangkan rata-rata rakyat telah maklum bahawa PH telah berjanji akan mentabal DSAI menjadi PM8 sekiranya PH berjaya merampas Putrajaya dari tangan BN melalui PRU14 lepas. Acik percaya bahawa janji tersebut adalah salah satu faktor utama yang menyumbang kepada kejayaan PH menewaskan BN.

Apa peluang DSAI jadi PM8 ❓

Lepas APEC (Nov 2020) baru Tun M akan fikirkan, nak terus sebagai PM atau tidak

Selama ini, apa yang Acik tahu ialah calon PM ditentukan oleh parti yang memerintah. MP-MP parti pemerintah akan memilih salah seorang dari kalangan mereka sebagai calon PM. Calon PM adalah MP yang mendapat sokongan majoriti MP-MP dari parti pemerintah sahaja. MP-MP dari parti pembangkang tidak pernah sama sekali terlibat dalam proses pelantikan PM.

Apabila SD tersebut telah turut melibatkan MP-MP dari parti-parti pembangkang, maka ini bermakna bahawa parti pembangkang juga akan turut terlibat dalam perlantikan PM di masa-masa akan datang. Apakah ini suatu precedent baru yang hendak dicipta oleh PH

Jika sekiranya PH memang berhasrat nak menjadikan ia satu precedent, maka itu adalah satu perubahan positif pada pandangan Acik. PH akan dilihat lebih demokratik daripada BN, dalam proses perlantikan PM.
.
Namun Acik cukup tidak setuju jika sekiranya SD tersebut hanya sekadar digunakan sebagai justifikasi samada bagi menubuhkan kerajaan baru mahupun bagi mengekalkan Tun M sebagai PM sehingga PRU15. Bagi Acik ia adalah satu precedent yang buruk.

Acik lebih utamakan kejujuran daripada segala yang lain. Oleh itu Acik harap setiap YB wajib terdiri daripada individu yang jujur lagi ikhlas. Menunaikan janji adalah manifestasi bahawa orang yang membuat janji itu seorang yang jujur. Sebaliknya memungkiri janji adalah satu ciri munafik kepada pembuat janji.
.

Kita juga tidak dapat menjangka samada kerajaan PN itu nanti benar-benar lebih baik dari kerajaan PH sekarang. Tak mustahil juga nasib negara nanti ibarat keluar dari mulut harimau masuk ke mulut buaya. Yang dikejar tak dapat, yang di kendong pula keciciran. Sedangkan satu precedence buruk telah pun dicipta.
.

Bagi YB-YB yang menanda tangani SD tersebut, Acik harap mereka akan berfikir semula tentang implikasinya. Lebih-lebih lagi YB-YB dari PH. Sebab, merekalah yang wajib mempertahankan kerajaan PH dengan apa cara sekali pun sehingga ke PRU15. Selain dari itu mereka juga sama-sama bertanggungjawab menunaikan janji besar mereka kepada rakyat, sebelum PRU14 dahulu. Janji besar yang Acik maksudkan itu ialah penyerahan jawatan PM kepada DSAI sebaik saja beliau menjadi MP.
.
Usaha ataupun cita-cita menubuhkan kerajaan baru bagi menggantikan kerajaan PH sekarang adalah tidak masuk akal. Ia bukan sahaja satu pengkhiatan besar terhadap majoriti rakyat yang mengundi PH dalam PRU14 dahulu, malah mencabul prinsip demokrasi.

Ada pula pihak yang mendakwa bahawa perjanjian PH kepada rakyat hendak mengangkat DSAI menjadi PM8 adalah tidak sah di sisi Islam. Kononnya perjanjian tersebut tidak memenuhi syarat-syarat tertentu. Namun bagi Acik, dari segi moralnya, PH tetap bertanggung jawab menunaikan janjinya untuk mentabal DSAI sebagai PM8 secepat yang mungkin. Sekiranya tidak mahu berbuat demikian, maka pilihan kedua PH ialah mengadakan PRU15.

Bagi Acik membuat pertukaran kerajaan melalui PRU15 adalah cara yang paling mudah lagi selamat. Mudah-mudahan cara yang dipilih PH adalah dengan mengadakan PRU15 ASAP.

Wallahua’lam 💊

PenCERAHan yg relevan ⬇️

Politik: PM9, Anwar atau Ku Li ?https://beappreciative.wordpress.com/2021/08/16/politik-pm9-anwar-atau-ku-ki/

Lompat parti haruskah ❓ https://4uni2c.com/2018/05/15/pru14-lompat-parti-haruskah/

Jawatan PM hak siapa ❓ https://4uni2c.com/2019/09/30/jawatan-pm-hak-siapa/

Mad politics (politik gila) https://4uni2c.com/2018/05/05/pru14-mad-politics/

PenCERAHan terbaru ⬇️ http://www.4uni2c.com

~ by OPajar on 2020-02-20.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: