Kerajaan PN majulah ke depan ❗

Janganlah tiru tim PH yang telah membawa negara mundur ke belakang selama 22 bulan.

Tim PH ialah yang berbaju merah tu 😄

2020 Mac 09 (Isnin)

🇲🇾 Acik ucapkan tahniah setinggi-tingginya kepada PN (Perikatan Nasional) atas kejayaannya menubuhkan tim (team) kabinetnya hari ni. Semoga tim kabinet PN itu akan maju ke hadapan, membawa negara kearah mencapai aspirasi rakyat yang terbantut selama 22 bulan. Janganlah pula hendaknya meniru tim kabinet PH dahulu sepertimana dianalogikan dalam klip video di atas.
.

🇲🇾 Syabas Acik tujukan khususnya kepada setiap ahli tim kabinet PN yang dianugerahi Allah keduduki yang paling dihormati dari kalangan YB YB. Juga dari kalangan professional walaupun bukan YB. Semoga masing-masing mampu dan mahu berkhidmat untuk rakyat dengan penuh jujur lagi ikhlas bagi menunaikan amanah Allah.

Mungkin juga ada diantara yang dilantik menteri itu dipertikaikan kredibilitinya. Namun tidaklah pula sampai ada kes mahkamah yang belum selesai. Jika ramai rakyat yang sanggup menerima bekas banduan sebagai bakal PM dahulu, maka Acik percaya bagi individu yang kes mahkamah langsung takde, tentulah tak jadi hal bagi mereka menerimanya.

Acik percaya bahawa PM8 adalah jauh lebih bersifat mesra kawan dan lawan jika nak dibandingkan dengan PM sebelumnya. Dengan sifat mesra tersebut, maka diharapkan tim kabinet beliau akan sentiasa mampu dan mahu membawa negara maju ke hadapan.

Bagi kita yang pernah bermain bola, hoki dan lebih-lebih lagi ragbi, kita tentu dapat merasakan betapa seronoknya berada di bawah team captain yang mesra pemain. Dalam apa-apa permainan bertim pun, kerjasama berpasukan (team work) sangatlah penting bagi mencapaikan kemenangan bersama.

Pada persepsi Acik, team work (kerjasama berpasukan) yang sihat tidak berlaku di dalam tim kabinet PM yang lepas. Kita dahulu umpama menonton perlawanan bola sepak. Yang asyik manjaringkan gol hanyalah captain saja. Akhirnya yang manjaringkan gol sendiri pun captain juga. Bila dah kalah nak salahkan siapa ❓

Tentulah tak adil jika nak salahkan ahli-ahli tim sendiri bila kalah dalam pertarungan dengan tim lawan. Lagilah tak logik jika yang nak disalahkan itu adalah tim lawan. Bukankah tugas utama bagi mana mana tim ialah untuk mengalahkan tim lawan ❓
.

InsyaAllah, dengan memberi amanah menjaga kewangan negara dan agama Islam kepada ahli professional, maka keberkatan akan turun mencurah-curah keatas bumi Malaysia yang bertuah ini. Acik harap projek-projek pembangunan rakyat yang telah dikafankan oleh kerajaan PH dahulu akan dihidupkan semula. Antaranya ialah projek MRT3, HSR (Spore-KL), dan ECRL.

Segala asset-asset rakyat yang dah siap dibungkus untuk dijual secara pukal, akan dibatalkan penjualannya. Lebih-lebih lagi asset-asset umat Islam yang diuruskan oleh Tabung Haji sejak sekian lama.

Akhir kalam, Acik doakan agar di bawah pentadbiran PN yang diketuai PM8 ini, tahap keharmonian dan kemakmuran Malaysia akan meningkat dengan kadar yang agak meyakinkan kita semua.

Wallahua’lam 🌹

PenCERAHan yg relevan ⬇️

Taatilah perintah YDPA https://4uni2c.com/2020/03/01/politik-taatilah-perintah-ydpa/

Antara ECRL dan Proton https://4uni2c.com/2018/06/01/pru14-pasca-antara-ecrl-proton/

Angkara lompat parti https://4uni2c.com/2020/02/27/politik-angkara-lompat-parti/

Hutang akan bankrapkan negarakah ❓ https://4uni2c.com/2018/06/14/hutang-akan-bankgrapkan-negarakah/

PenCERAHan terbaru ⬇️ http://www.4uni2c.com

~ by OPajar on 2020-03-09.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: