Covid19: tiada haji tahun ini ❓

Covid19 mungkin membuat ramai bakal haji tahun ini kempunan 🌹

200401 April 01 (Rabu)

🇲🇾 Tak lama saja lagi, umat Islam akan menemui Ramadan. Tak dapat nak dibayangkan suasana di bulan Ramadan kali ini. Adakah wabak Covid19 akan terus menghantui umat Islam, wallahua’lam.

Apa pun, Acik percaya bahawa umat Islam akan tetap menunaikan ibadat puasa sepertimana yang disyariatkan. Cuma tentang solat terawih, tak taulah pula Acik nak agak. Apakah semakin ramai umat Islam yang akan mendirikannya ataupun sebaliknya. Sesuatu yang lazimnya dikerjakan secara berjemaah, bila terpaksa dibuat bersendirian mungkin semangatnya akan kurang.

Bagi bakal-bakal haji pula, Ramadan ini merupakan bulan mula membuat persedian besar. Iaitu persedian bagi menunaikan rukun Islam yang kelima. Jadi Ramadan tahun ini tentulah tak sama dengan semua Ramadan yang sebelum ini. Itu bagi yang telah maklum bahawa giliran hajinya telah tiba pada tahun itu.

Tiada haji bagi tahun ini

Setakat ini dah ramai pencarum TH (Tabung Haji) yang telah menerima berita positif melalui TH. Maksud Acik ialah berita bahawa mereka telah diundang Allah ke rumahNya dalam musim haji tahun ini.

Majoriti besar daripada mereka adalah sebagai tetamu Allah buat kali pertama. Namun, ada juga segelintir pencarum yang cukup istimewa. Mereka ini adalah tetamu-tetamu ulangan. Ada yang buat kali kedua. Mungkin juga ada yang buat kali ketiga dan seterusnya. Kalau tak cukup istimewa, takkan dapat menjadi tetamu ulangan ke rumah Allah di musim haji.

Dalam masa ternanti-nanti saatnya untuk berangkat ke rumah Allah itu, tiba-tiba turun pula ujian dari Allah yang berupa Covid19 itu. Kerananya maka kemungkinan besar ibadat haji tidak diadakan pada tahun ini. Malah berita tentang kemungkinan besar itu telah pun tersebar luas dalam medsos.

Pihak berkuasa yang mentadbir Mekah dan Madinah itu telah memohon maaf kepada seluruh umat Islam kerana tidak dapat membenarkan perlaksanaan kerja haji pada tahun ini. Sebabnya ialah wabak Covid19 yang tak terjangka bila tamatnya. Acik harap semua bakal tetamu Allah redha dengan takdir Allah itu.

Percayalah dengan sungguh-sungguh bahawa hanya dengan izin Allah saja kita dapat ke rumahNya. Maka tak usahlah kita bersungut kerana tak dapat ke Mekah pada tahun ini. Kata peribahasa Melayu, “kalau bukan rezeki kita, yang di dalam mulut sekali pun akan jatuh kepada ayam”. Semoga pada tahun hadapan sampai juga hajat kita untuk menjadi tetamu Allah, insyaAllah.
.

COVID-19: Arab Saudi minta umat Islam tangguh persiapan haji dan umrah


https://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid-19-arab-saudi-minta-umat-islam-tangguh-persiapan-haji-dan-umrah-236198

Wallahua’lam 🌹

PenCERAHan yg relevan ⬇️

Covid19: Bencana sejagat (ujian keatas iman umat Islam) https://4uni2c.com/2020/03/13/covid-19-bencana-sejagat/

~ by OPajar on 2020-04-01.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: