Covid19: patuhilah ulul amri โ
2020 April 14 (Selasa)
Perintah ulul amri wajib ditaati
๐ฒ๐พ Sebelum menonton video di atas Acik tak boleh faham kenapa masjid perlu ditutup. Walaupun alasan menutup masjid adalah bagi menghalang wabak Covid19 dari merebak, namun otak Acik ini masih juga tak boleh “reconcile” dengan alasan tersebut. Mungkin kerana otak Acik ini adalah ibarat kalkulator 8-angka kut, wallahua’lam.
Walaubagaimana pun, Acik tetap menghormati serta mematuhi larangan pergi ke masjid dan surau itu. Bagi Acik, sesuatu perintah dari ulul amri (kerajaan yang sah di sisi syarak), wajib dipatuhi. Sekali pun kita tak redha dengan perintah berkenaan, namun mematuhinya tetap wajib hukumnya.
Jika kita berjaya melakukan sesuatu, maka kejayaan tersebut adalah bukti bahawa kita mendapat keizinan Allah. Namun, ada perkara yang Allah izinkan tapi Allah tak redha dengannya. Contohnya berjaya mencuri harta orang.
Pengajaran drpd video di atas
Selepas menonton klip video di atas, Acik berasa lega. Video tersebut mengingatkan Acik kepada hakikat bahawa setiap sesuatu yang berlaku itu adalah atas kehendak Allah jua. Jika Allah nak supaya sesebuah masjid itu terhenti daripada berfungsi, maka demikianlah yang pasti akan terjadi.
Apa yang menyebabkan masjid ditutup, itu hanyanya sebagai asbab saja. Contohnya, Allah memberi kuasa penjagaan masjid kepada pihak yang Dia suka. Jika pihak yang diberi kuasa itu mengambil keputusan untuk menutup masjid tersebut, maka itulah yang akan berlaku. Apa-apa masalah pun bisa dijadikan alasan untuk menutup masjid tersebut. Namun hakikatnya ialah, penutupan masjid itu adalah manifestasi apa yang Allah mau.
Sebaliknya jika penjagaan masjid itu diamanahkanNya kepada hambaNya yang sangat cintakan masjid, maka masjid tersebut tak akan ditutupnya dengan mudah. Ianya hanya ditutup sekiranya ada keperluan yang benar-benar mendesak, dan tidak ada pilihan lain. Penutupannya juga tak akan lama. Penjaga masjid itu akan berusaha sedaya upaya mencari jalan supaya masjid tersebut dapat dibuka semula ASAP.
Sebelum menonton video di atas
Baru-baru ini Acik ke pasaraya besar Tesco. Status kesihatan Acik dan semua pelanggan lain diperiksa terlebih dahulu oleh petugas Tesco sebelum kami dibenarkan masuk. Alat yang digunakan hanya sebuah pengukur suhu. Tak seorang pun yang sama-sama beratur dengan Acik menuju ke pintu Tesco tersebut, yang Acik kenal.
Tentang status kesihatan, Acik percaya bahawa Acik adalah Covid19 negatif. Kerana, belum rasa apa-apa simptom. Tapi status kesihatan pelanggan-pelanggan lain, wallahua’lam, hanya Allah jua yang tahu. Namun, Acik sanggup mengambil risko untuk masuk ke Tesco atas alasan kerana “keperluan” hidup.
Pengalaman di atas telah mencetuskan satu soalan kritikal di minda Acik. Kalau status kesihatan seseorang pelanggan pasaraya dapat diukur dengan suatu alat yang begitu “simple“, kenapakah alat yang sama tidak boleh diaplikasi di surau Taman Acik tinggal. Pada hal kaki-kaki surau tersebut hampir semuanya Acik kenal. Acik percaya, masing-masing mereka adalah Covid19 negatif. Kalau postif, tak akan tergamak ia datang menyebarkannya virus di surau itu.
Kemudian timbul pula soalan kedua. Adakah risko pergi ke surau lebih besar dari risko pergi ke Tesco ? Kalau ikut logik akal Acik yang ibarat kalkulator 8-angka ini, risko ke Tesco lah lebih tinggi. Tetapi kenapa pergi ke surau diharamkan tapi pergi ke Tesco dibenarkan pula. Pelik kan ?
.
Kalau alasan ke Tesco adalah kerana keperluan, adakah solat berjemaah di surau atau masjid itu bukan satu keperluan ? Malah ia lebih dituntut ke atas umat Islam berbanding dengan ke Tesco. Kerana, ke masjid bagi menuaikan solat fardu adalah fardu kifayah. Sedangkan ke Tesco membeli belah hukumnya adalah harus sahaja.
Bagi Acik, jika hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Kalau kita ingin melihat institusi masjid terus berfungsi, maka kita kenalah berikhtiar kearah tersebut.
Acik rasa elok juga kalau setiap surau/masjid menyediakan alat yang Tesco gunakan itu. Sekiranya masih kurang percaya dengan alat tersebut, maka pasanglah pula bilik NYAHVIRUS yg telah dirikacipta Khas oleh Persatuan Pengguna-Pengguna Islam itu. Kalau dengan itu pun masih lagi takut dijangkiti Covid19, maka Acik nasihatkan supaya jangan lagi pergi ke Tesco. Bukan apa, supaya tidak dituduh hipokrit atau munafik.
https://4uni2c.com/2020/04/03/covid19-keperluan-ibu-kpd-rekacipta/
Berusaha kearah memulihkan institusi masjid agar kembali berfungsi sepertimana sepatutnya, adalah kerja yang mulia. Menunaikan solat fardu berjemaah di masjid sangat dituntut dalam Islam. Nabi pernah dipapah oleh sahabat untuk hadir ke masjid ketika baginda uzur. Orang yang tak datang ke masjid seolah-olah rumahnya layak dibakar.
Kita difahamkan bahawa bersolat di masjid pahalanya 27 kali ganda. Tempat yang paling mustajab berdoa adalah di rumah Allah bukan di rumah sendiri. Maka umat Islam wajarlah digalakkan beramai-ramai ke masjid. Dengan memanjatkan doa di rumahNya, mudah-mudahan Allah akan turunkan bantuan khas dan segera kepada jihadis-jihadis kita yang sedang berjuang dengan gigih dan gagah di barisan hadapan menentang Covid19 itu.
Acik percaya, ramai umat Islam masih percaya bahawa berdoa di rumah Allah adalah lebih makbul daripada berdoa di rumah kita masing-masing atau di tempat-tempat lain.
Kita selalu dipesani Ustaz-Ustaz kita dengan slogan, “kalau tak mampu buat semua, maka janganlah pula tinggal semua” Jadi, jika tak sanggup membenarkan semua Muslim pergi bersolat di masjid, janganlah pula menghalang semua Muslim daripada pergi ke masjid. Jika niat kita baik lagi ikhlas, insyaAllah kita akan berjaya melaksana yang terbaik serta mendapat keredhaan Allah.
Wallahua’lam ๐ท
PenCERAHan yg relevan โฌ๏ธ
Covid19: Bencana sejagat (ujian ke atas iman umat Islam) https://4uni2c.com/2020/03/13/covid-19-bencana-sejagat/
Covid19: Keperluan ibu kpd rekacipta https://4uni2c.com/2020/04/03/covid19-keperluan-ibu-kpd-rekacipta/
Agama: Otak ibarat kalkulator https://4uni2c.com/2020/02/13/agama-otak-ibarat-kalkulator/
PenCERAHan terbaru โฌ๏ธ http://www.4uni2c.com

PN