Selamat Hari Ibu β
2020 Mei 10 (Ahad)
π²πΎ “Selamat Hari Ibu” Acik ucapkan kepada setiap insan yang berstatus ibu khususnya di Malaysia dan amnya di seluruh dunia ini. Namun bukan atas perspektif mana-mana agama. Video Azzam di atas amat menyentuh perasaan semua kita yang menontonnya. Acik kira begitulah ya !
Bagi Acik, jasa seorang ibu tidak ada tolok bandingnya. Bagi seorang anak ibu adalah segala-galanya. Bukan ayah, bukan nenek, bukan guru dan bukan siapa-siapa tetapi ibu kandungnya jua. Jadi, betapa besarnya jasa ibu kepada seorang anak, hanya Penciptanya (iaitu Allah) jua yang tahu nilai hakikinya.
Seorang anak yang berjaya dalam hidup adalah hasil daripada didikan asas seorang ibu. Anak adalah umpama tepung, ibu adalah acuannya. Jika acuannya itu cantik maka cantiklah kueh yang dihasilkan. Begitulah juga sebaliknya.
Sebagai seorang ayah, Acik tidak berani mendakwa bahawa sumbangan ayah bagi menghasilkan anak-anak yang berjaya bisa melebihi sumbangan ibu. Oleh itu memang sangat wajarlah bagi seorang ibu meraih hasil kejayaan anak-anak lebih daripada seorang ayah. Jadi buat Acik tak ada istilah kecil hati pada ayah jika anak-anak melebihkan ibunya daripada dirinya.
.
Selain daripada menghargai jasa-jasa ibu, Acik percaya bahawa tujuan Hari Ibu juga ialah bagi menyedarkan masyarakat tentang peranan dan tanggungjawab asas setiap ibu kepada anak-anaknya. Anak-anak adalah ibarat sehelai kain putih. Ibulah individu pertama yang akan mencorakkan kain tersebut agar menjadikannya bernilai tinggi di kemudian hari.
Anak-anak merupakan amanah Allah kepada ibu, bapa dan guru yang sangat berharga. Peranan tiga golongan ini sangatlah penting bagi menentukan tahap kualiti generasi akan datang. Oleh kerana itu, tugas mendidik dan melatih anak-anak supaya menjadi rakyat berguna tidak harus dilakukan sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja.
Sebaliknya ia harus dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh. Kaedah yang digunapakai haruslah yang paling berkesan. Hala tuju yang disasarkan mestilah tepat dengan aspirasi kecermalangan yang hendak dicapai.
.
Kontroversi Hari Ibu di sisi Islam β
B e r s a m b u n g …….
PenCERAHan yg relevan β¬οΈ
Agama: ibarat makan pisang sedekah https://4uni2c.com/2019/04/10/agama-ibarat-makan-pisang-sedekah/
Agama: hukum terhadap sukan berisko tinggi https://4uni2c.com/2020/05/08/agama-sukan-berisko-tinggi/
