OneXOX: Jangan keciwakan pelanggan mu❗


2020 Ogos 07 (Jumaat)
🇲🇾 Covid19 merupa ujian yang sangat mencabar bagi umat manusia di seanterio dunia. Pemikir-pemikir sosial memerah otak memikirkan kaedah bagaimana supaya masyarakat mampu melalui tempoh ujian sejagat ini dengan mudharat yang paling minimum. Pemimpin-pemimpin politik terutamanya, menjadi golongan yang sangat signifikan dalam menguruskan negara supaya rakyat tidak sengsara akibat tindakan mereka yang salah.
Alhamdulillah, Malaysia ditakdirkan Allah mendapat seorang PM yang mampu menguruskan negara dengan cemerlang. Andaikata jika sekiranya PM ke-7 merangkap mantan PM ke-4 itu masih menerajui kerajaan, mungkin jauh lebih ramai rakyat Malaysia yang dah menjadi arwah. Apa tidaknya, kalau beliau begitu yakin bahawa Malaysia dah nak bankrap sangat-sangat, maka sudah tentulah tak dibenarkan KKM membelanja dengan secukupnya bagi menyelamat rakyat dari jangkitan Covid19.
Yang banyak menyelamatkan rakyat ialah kerajaan yang pro rakyat. Sebaliknya, negara yang pro kapitalis akan merasa sangat rugi untuk membelanjakan harta negara bagi membantu rakyat yang dalam kesusahan. Maklumlah, setiap bantuan yang diberi akan melibatkan kos. Lebih-lebih lagi bantuan rawatan perubatan yang kosnya sangat tinggi. Contohnya negara yang dianggap paling maju di dunia tapi pro kapitalis ialah AS (Amerika Syarikat).
AS sangatlah pro kapitalis. Kerana dasar pro kapitalisnya itu maka AS adalah negara yang paling ramai rakyatnya mati akibat serangan Covid19. Sebaliknya negara yang pro rakyat seperti China jumlah rakyatnya yang mati akibat Covid 19 sangat jauh lebih rendah daripada AS. Pada hal jumlah rakyat negara China adalah beberapa kali ganda lebih besar daripada jumlah rakyat AS.
Jika kerana Covid19 majoriti rakyat menanggung kesusahan, maka setiap pihak wajarlah mengelakkan daripada melakukan apa-apa juga tindakan yang akan mengakibat kesusahan kepada pihak lain. Malah jika kita di pihak yang lebih mampu, maka kitalah yang patut berkorban lebih dari orang lain.
Contohnya ialah bank-bank di Malaysia. Demi meringankan beban yang ditanggung oleh pelanggan-pelanggannya akibat Covid19, maka bank-bank telah memberi moratorium selama enam bulan kepada mereka. Jumlah moratorium tersebut melibatkan puluhan billion RM.
Sepatutnya Syarikat One XOX pun tidaklah ketinggalan dalam usaha membantu pelanggan-pelanggannya. Kalau tak boleh membantu meringankan beban kewangan mereka pun, sekurang-kurangnya janganlah menghadiahkan mereka dengan suatu kesusahan. Kerana sikap ataupun dasar One XOX yang tidak mesra pelanggan inilah, maka Acik mengambil keputusan untuk mengarang PenCERAHan ini dalam blog Acik yang beralamat http://www.4uni2c.com
Kalau ikut kronologi, pada 2020 Jun 15 Acik mula belajar membuat top up bagi nombor-nombor telefon Acik melalui Maybank2U. Selama ini Acik top up dengan menghantar nombor PIN kepada telco berkenaan. Apabila Acik mendapat mesej “Your prepaid reload is successful”, maka pada fahaman Acik tempoh hayat nombor Acik itu dilanjutkan.
Pada 2020 Julai 14, Acik ada terima satu mesej SMS melalui nombor tersebut.
Pada 2020 Julai 26, sekali lagi Acik membuat top up ke nombor yang sama melalui Maybank2U. Notis yang Acik terima melalui Maybank2U samalah macam yang Acik terima pada Jun 15 dahulu (sila rujuk gambar di bawah)

Malangnya selepas membuat top up kali kedua melalui Maybank2U, baru Acik tahu bahawa nombor tersebut telahpun dimansuhkan pada Jun 30 lagi atas alasan gagal membuat top up. Sebenar itu bukanlah salah Acik 100 %. Sebaliknya kaedah yang dipakai oleh oleh One XOX yang memerangkap pelanggan macam Acik ni.
Selain daripada membuat top up melalui Maybank2U ke atas nombor XOX 0124956837 tersebut, Acik juga membuat top up ke atas nombor Digi dan Celcom. Tapi telco Digi dan telco Celcom OK saja. Tak beri apa-apa masalah pun kepada pelanggan. Ini membuktikan bahawa mekanisma yang dipraktikkan oleh XOX itu sendiri yang membuat pelanggan terperangkap.
Dari segi kewangan, Acik masih mempunyai baki puluhan RM semasa nombor itu masih aktif. Bila ianya dimansuhkan kemanakah baki tersebut ? Adakah wang Acik itu menjadi rampasan sebagai hukuman keatas Acik atas kesalahan gagal membuat top up dalam tempoh yang dibenarkan ❓
Apa jadi pula dengan nilai top up yang Acik buat sebanyak dua kali keatas nombor tersebut melalui Maybank2U, iaitu pada Jun 15 dan Julai 26 itu ❓ Selain daripada Acik mungkin ramai juga pengikut blog Acik yang turut ingin tahu kemanakah wang tersebut dipindahkan. Adakah ke Tabung Harapan bagi menyelamatkan Malaysia daripada bankgrap ❓
B e r s a m b u n g. ….




Acik sangat keciwa dgn jawapan pihak One XOX berikut ⬇️

Selingan ⬇️
Beberapa orang pekerja Telco ditahan kerana menipu pelanggan https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=105795251225082&id=103604361444171
PenCERAHan yg relevan ⬇️
Pretty number and easy number https://4uni2c.com/2014/01/03/creative-14103-pretty-number-and-easy-number-2/
Janji telco: boleh percayakah ❓https://4uni2c.com/2020/08/05/janji-telco-boleh-percayakah/