Sosial : Apakah kesudahan mereka ❓
2020 Okt 16 (Jumaat)
🇲🇾 201016 C
Menonton klip video di atas, Acik merasa sungguh sedih dan kasihan kepada kanak-kanak dalam video itu. Masih kanak-kanak lagi sudah menjadi mangsa ketagihan. Siapakah yang harus dipersalahkan. Adakah diri mereka sendiri yang harus dipertanggungjawapkan atas segala kesalahan yang mereka lakukan itu❓
Wajarkah ibu-bapa mereka tidak boleh disalahkan. Adakah masyarakat juga tidak boleh disabitkan dengan kesalahan mereka. Bahkan kerajaan pun tidak harus dikaitkan langsung dengan kesalahan mereka itu❓
.🇲🇾 201016 D
Sepasang ibu bapa hanya memiliki kemampuan yang amat terhad dalam semua aspek. Aspek yang paling penting ialah pendidikan anak-anak. Anak manusia tak sama macam anak pokok. Lagi tak sama dengan anak binatang.
Allah menjadikan anak manusia jauh lebih kompleks daripada anak binatang. Anak manusia boleh diajari dengan bermacam-macam ilmu dan kemahiran. Samada disisi dengan ilmu dan kemahiran yang munafaat maupun yang sebaliknya.
Melalui proses pendidikan seseorang anak itu dicorak menjadi seorang individu yang baik ataupun sebaliknya. Jika pendidikan yang diterima oleh si anak itu ialah ilmu yang positif maka jadilah ia insan yang berguna kepada masyarakat.
Sebaliknya jika yang masuk ke dalam minda dan jiwa si anak itu ilmu dan kemahiran yang negatif maka rosaklah si anak itu. Natijahnya, tingkah lakunya bukan memberi apa-apa sumbangan yang baik kepada masyarakat, malah sebaliknya menimpakan kemudharatan kepada masyarakat.
.
🇲🇾 291016 F
Proses pendidikan awal bagi seorang anak bermula di rumah. Ini tak dapat dinafikan. Namun, sejak anak itu dimasukkan ke TAsKa (Taman Asuhan Kanak-kanak) maka proses pendidikan bagi anak tersebut mulai menerima pengaruh luar. Mujurlah jika sekiranya yang diterima itu adalah yang positif. Namun tidak pelik jika sebaliknya.
Dari TAsKa si anak itu akan berpindah pula ke TaDiKa (Taman Didikan Kanak-kanak) dan seterusnya ke sekolah rendah. Di sepasang tempoh TAsKa, TaDiKa dan sekolah rendah itu, sudah berapa banyak pengaruh dari luar yang telah menyerap masuk ke dalam minda dan jiwa si anak itu.
Jika si anak itu bernasib baik, maka pengaruh positiflah yang banyak diterimanya. Namun, amat malang jika pengaruh negatif yang mendominasi proses pendidikan awal si anak tersebut.
🇲🇾 201016 G
Acik percaya bahawa tidak ada ibu bapa yang mampu menapis semua pengaruh yang menyerap ke dalam minda dan jiwa anaknya. Ibu bapa hanya mampu memilih TAsKa, TaDiKa dan sekolah rendah mana yang nak dihantar anaknya itu setiap hari. Segala input yang akan mengisi minda dan jiwa si anaknya itu adalah ditentukan sepenuhnya oleh institusi pendidikan berkenaan.
Di sinilah ibu bapa merasai bahawa peranan kerajaan dalam proses pendidikan anaknya itu tersangat penting. Hanya kerajaan saja yang memiliki keupayaan bagi menapis pengaruh atau input-input sebelum ianya menyerap ke dalam minda dan jiwa anaknya itu.
Kerajaan yang prihatin terhadap kebajikan rakyat di masa kini dan di masa-masa akan datang tidak akan teragak-agak untuk memantau perjalanan semua institusi pendidikan awal anak-anak itu. Melalui sistem pendidikan yang dipantau oleh kerajaan, hanya elemen-elemen yang positif saja dibenarkan menjadi input bagi pendidikan awal kanak-kanak itu.
.
.
Selingan ⬇️
.
Menonton video ke-2 di atas membuat Acik sayu. Sebagai seorang yang membesar di kampung, segala yang ditayang di dalam video tersebut adalah pengalaman manis bagi Acik. Bermain dengan kawan-kawan sekampung mampu memupuk nilai kasih sayang sesama sendiri.
Malangnya bagi anak-anak Acik yang tinggal di bandar hidup mereka jauh berbeza. Ruang untuk mereka beriadah bersama kawan-kawan mereka tidak cukup, malah langsung tiada. Maka nak hairan apa kalau mereka mencari keseronokan daripada aktiviti-aktiviti yang tidak sihat dan tidak bermoral.
Sepatutnya di setiap taman perumahan disediakan ruang yang cukup untuk kanak-kanak dan remaja bermain sesama mereka. Selepas pulang dari sekolah itulah masa untuk mereka berkawan dengan jiran-jiran yang sabaya atau hampir sebaya dengan mereka.
Melalui pelbagai jenis permainan yang disertai masing-masing, maka berlakukan proses sosialisasi diantara mereka. Di situlah mereka belajar bekerjasama, bermuafakat, bertoleransi, berazam, saling menghormati dan sebagainya. Sifat-sifat positif tersebut akan menjadi asset penting yang akan membantu mereka untuk berjaya dalam hidup mereka sepanjang hayat.
B e r s a m b u n g . .. ..
PenCERAHan yg relevan ⬇️
.
Nasib seorang Warga Emas https://4uni2c.com/2020/09/11/sosial-nasib-seorang-we/
PenCERAHan terbaru ⬇️ http://www.4uni2c.com
.