CEREKANA #12X16 Kisah Gajah Berak Kek

**Untuk menCARI lain-lain PenCERAHan sila KLIK nama bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN kemudian SKROL 

(Pengguna smartphone (SP) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda)

Kisah Gajah Berak Kek

 Awang Jahilon baru sahaja merayakan hari jadinya yang kelima. Harijadi kali ini disambut dengan lebih meriah dari hari-hari jadi yang sebelumnya. Sambutan ini sebagai hadiah istimewa ibu kepada Awang kerana dia telah pandai membaca walaupun baru berumur lima tahun. Lima buku kek telah disediakan oleh ibunya, menandakan umur Awang Jahilon telah masuk lima tahun. Ini agak berbeza dengan majlis-majlis sambutan hari jadi yang lazim diadakan. Biasanya bilangan kek tidaklah lebih dari satu. Cuma bilangan lilin yang di atas kek sahaja yang berbilang-bilang mengikut bilangan umur si anak. Mungkin ini satu perlakuan di luar tabii oleh ibu si Awang yang berpotensi menarik perhatian media-media perdana yang sentiasa lapar kepada berita-berita sensasi.

Sebagai seorang murid tadika yang baru pandai membaca, Awang Jahilon amat ghairah membaca. Dia membaca semua buku-buku bergambar yang terdapat di perpustakaan tadikanya setiap hari. Suatu petang, sebaik sahaja menaiki kereta ibunya untuk pulang ke rumah, Awang dengan nada ceria yang luar biasa menarik perhatian ibunya, “Ibu, ibu, hari ni Awe telah membaca fasal seekor binatang yang saaangat saaangat istimewa !”

Tanda memberi perihatian kepada anaknya itu, ibu Awang lantas bertanya, “apa binatangnya itu Awe ? Apa pula istimewnya ?
Awang Jahilon dengan amat girang menjawab, “ibu tak taukah ? Binatang itu ialah gajah. Istimewanya gajah ialah kerana ia boleh berak kek. Dulu Awe dengar orang kata gajah ialah binatang istimewa sebab hidungnya panjang. Rupa-rupanya gajah istimewa bukan sahaja kerana hidungnya panjang tetapi sebab gajah berak keluar kek. Sekarang baru Awe tahu ya bu !

Ibu Awang amat terharu dengan kenyataan anak kecilnya yang baru pandai membaca itu. “Mungkin Awe salah faham kut. Mana ada binatang maupun manusia yang boleh berak kek !” sahut ibu Awang dengan nada bimbang. Walaupun ia kagum dengan anaknya yang sangat petah bercakap itu, namun ibu Awang merasa ada sesuatu yang tak kena yang harus diperbetulkan segera.

Betul …. bu !”, tegas Awang Jahilon.Kalau ibu tak caya esok Awe bawa balik buku yang Awe baca tu tunjukkan bu.

Esoknya, sebaik sahaja menaiki Iswara merah ibunya yang datang menjemputnya pulang dari tadika, Awang Jahilon menunjukkan gambar gajah yang dimaksudkannya semalam, kepada ibunya. “Nah, ibu tengoklah sendiri ! Kan Awe dah kata semalam, gajah tu binatang istimewa sebab dia berak keluar kek. Nanti bila harijadi Awe, tak payahlah ibu beli kek lagi. Kita sewa saja gajah dari Zoo Negara dan kita beri dia makan tebu yang banyak di belakang rumah kita tu. Kemudian kita suruh dia berak banyak-banyak. Kan best ya bu ? Awe dan kawan-kawan boleh naik atas belakang gajah tu sambil makan kek puas-puas”, Kata Awang dengan tegas serta betul bendul.

Ibu Awang Jahilon tergamam melihat gambar gajah yang ditunjukkan anaknya itu. Sungguh pun ia kagum dengan ketegasan dan cadangan menarik  anaknya itu, namun beliau amat terharu dan bimbang. Lidahnya kelu tak terkata apa-apa lantaran keterharuan itu. “Betul juga kata anakku itu. Gajah dalam buku bergambar ini memangnya memberakkan kek” katanya di dalam hati.

Di dalam gambar di kulit buku tersebut terpapar seekor gajah. Di atas tanah di belakang gajah tersebut terdapat beberapa lungguk objek yang saling tak tumpah macam kek-kek yang dihidangkan oleh ibu Awang Jahilon di dalam majlis harijadi Awang baru seminggu yang lepas. Cuma objek-objek itu lebih besar sedikit dan tidak dihiasi dengan lilin. Jika tempat yang sepatutnya berada selungguk najis tahi tiba-tiba yang diletakkan pelukis adalah sebuku kek, maka logiklah si pembaca akan menterjemahkan bahawa najis tersebut adalah kek. Jadi tak silaplah kefahaman Awang Jahilon bahawa gajah itu memberakkan kek. Lebih-lebih lagi judul buku tersebut pun berbunyi, “Gajah Berak Kek

Mungkin salah cetak kut ! “ kata ibu Awang dengan suara lembut seolah-olah cuba memujuk supaya anak kecilnya itu tidak mudah menerima kenyataan salah yang tertera di dalam buku bergambar yang baru dibacanya itu. Sesampainya di rumah ibu Awang pun terus membelek-belek buku bergambar tersebut untuk mengetahui siapakah pengarangnya yang telah menimbulkan kontrovesi terhadap persepsi anak kecilnya itu.
Wah ! Rupa-rupanya yang mengarang dan melukis dalam buku tersebut bukannya calang-calang orang. Beliau ialah PELUKIS NASIONAL yang dianugerahi gelaran terhormat “Maha-TIRU” oleh orang nombor wahid negara. Di sisi perkataan “Maha-TIRU” itu pula terpampang nombor telefon dan nombor faksimile pengarang, seolah-olah mengundang panggilan dari pembaca untuk sebarang komen. Tanpa teragak-agak, ibu Awang Jalilun pun mengeluarkan telefon bimbitnya lalu menelefon Maha-TIRU.

Hello ! Maaf tuan sekiranya mengganggu. Saya ini ibu kepada Awang Jahilon. Tahniah saya ucapkan kepada tuan kerana sangat pandai melukis dan mengarang buku kanak-kanak. Anak saya Awang tu memang sangat gemar membaca buku-buku tuan. Cuma satu saja yang saya kurang senang. Dalam buku bergambar tuan yang terbaru tu, tuan melukis gajah berak kek. Anak saya tu kini dah benar-benar percaya bahawa gajah boleh memberakkan kek sebab pada tanggapannya gajah ialah binatang yang sangat istimewa. Ini pasti akan merosakkan persepsinya tentang sifat-sifat semulajadi gajah yang sebenarnya. Boleh tak tuan jelaskan maksud sebenar tuan berbuat demikian dan kalau boleh eloklah diperbaiki segera buku tuan itu supaya akidah kanak-kanak tentang gajah tak rosak ?

Terima kasih puan kerana sudi membaca buku bergambar hasil karya saya tu.” Jawab pengarang berkenaan dengan suara yang sopan lagi mesra. “Selama ini belum pernah saya mendapat apa-apa komen dari ibu bapa terhadap karya-karya yang saya hasilkan, baik berbentuk pujian maupun bantahan. Tetapi dengan buku terbaru saya tu, syukur kerana ramai ibu bapa yang dah menghubungi saya. Puan adalah orang ke sepuluh ribu menelefon saya. Oleh itu jawapan saya adalah standard iaitu seperti berikut.

Apa nak buat puan. Apa yang saya lakukan adalah kerana terpaksa semata-mata, bagi memenuhi trend semasa. Dalam era kemunculan SHIT hasil karya Shahnon Ahmad ini, ada pihak tertentu yang terlalu bencikan shit, hingga melihat shit pun pantang. Sebagai seorang ahli seni, saya dapat menghidu bahawa mereka itu dah tidak suka lagi jika shit masih berwajahkan shit. Malah ada di antara mereka yang telah pun membakar SHIT.

Jadi demi keharmonian semua pihak maka saya terpaksa menggunakan kreativiti saya seratus satu persen supaya shit diselamatkan dengan tidak menampakkan dirinya sebagai shit lagi. Sebaliknya biarlah ianya diberi wajah yang cantik lagi menarik seperti bunga yang sedap mata memandang, sedap pula hidung menghidu. Dengan itu tiada siapa pun yang akan marah kepada saya. Akan tetapi, oleh sebab buku bergambar saya itu adalah untuk bacaan kanak-kanak, maka saya rasa lebih sesuailah shit gajah tersebut saya pakaikan dengan wajah kek. Bukan kah kek lebih diminati kanak-kanak ?  Itulah saja jawapan ikhlas saya kepada puan. Sekali lagi, terima kasih yang tak terhingga saya buat puan

Oh…… hampir lupa pula saya nak maklumkan sikit lagi untuk pengetahuan puan. Sebagai PELUKIS NASIONAL yang telah dianugerahi dengan gelaran Maha-TIRU, maka saya rasa amat terhutang budi kepada mereka yang berkenaan. Oleh itu saya rasa amat bertanggungjawab untuk memenuhi selera puak-puak nasionalis tersebut atas kemurahan hati mereka menganugerahkan penghormatan kepada saya. Saya digelar Maha-TIRU adalah kerana saya seorang pelukis yang sangat pandai meniru @ mengikut. Malah meniru @ mengikut telah menjadi minat dan kegemaran saya dulu, kini dan selama-lamanya. Ya, saya sangat suka meniru @ mengikut apa yang dibuat dan disukai oleh mereka yang telah memberi saya habuan dan gelaran. Jadi, kalau saya tidak meniru @ mengikut selera mereka tak mungkin saya dicalonkan sebagai penerima anugerah Pelukis Nasional yang bergelar Maha-TIRU itu”.

Tentang saranan puan supaya saya perbaiki buku saya tu, itu tak mungkin dapat saya tunaikan. Saya yakin bahawa sebab utama saya dicalonkan sebagai penerima anugerah Pelukis Nasional itu adalah kerana karya saya itu. Jadi kalau buku terbaru saya itu dipinda seperti yang puan sarankan itu, maka tak relevanlah lagi anugerah itu kepada saya. Pihak berkenaan akan ada alasan untuk menarik balik gelaran Maha-TIRU itu daripada saya. Tak glemor lagilah saya nanti. Malah silap haribulan suru pun boleh miss. Maaflah puan jika cara saya itu agak terlanjur. Walauapapun, inilah kali pertama jualan hasil karya saya mencecah lebih 250 ribu naskah.

Tergamam lagi ibu Awang Jahilon dek jawapan dan penjelasan panjang lebar yang diberi oleh pengarang buku bergambar “Gajah Berak Kek” itu. Hatinya lalu berkata, “dulu aku pernah baca buku cerita tentang Sang Kancil dengan Sang Harimau. Apabila sang Harimau hendak menangkap sang Kancil untuk dimakannya, sang Kancil pun berpura-pura kononnya ia sedang menjaga selungguk kek milik Raja Sulaiman. Pada hal yang dijagainya itu bukannya kek tetapi shit (tahi) kerbau. Sang Harimau percaya sungguh bahawa shit kerbau itu adalah kek milik Raja Sulaiman. Oleh sebab itu ia tidak berani mengapa-apakan sang Kancil kerana takutkan kemurkaan Raja Sulaiman yang menugaskan sang Kancil menjaga kek tersebut.

Hati ibu Awang Jahilon terus berkata lagi, “Kalau zaman dahulu kala binatang menipu sesama binatang, nampaknya di zaman moden ni manusia pula meniru macam binatang. Cuma yang bezanya ialah, kalau dahulu Kancil yang lemah menipu Harimau yang gagah demi menyelamatkan nyawanya, namun apa yang sering berlaku sekarang adalah sebaliknya. Menipu bukan untuk menyelamatkan nyawa, tapi untuk menyelamatkan kuasa. Dengan kuasa itulah ‘harimau-harimau’ moden ini akan terus menindas dan membaham pihak yang lemah (seperti kancil) dalam segala aspek”. ”Hai… makin bertambah gawat lagi rupanya dunia hari ini !”, mengeluh ibu Awang Jahilon sambil menarik nafas kecewa.

Wallahualam.

Lain-lain PenCERAHan yang relevan:

CEREKANA # 13422 Al Maha-TIRI Wal Maha-TIRU   https://4uni2c.com/2013/04/21/cerekana-13422-al-maha-tiri-wal-maha-tiru/

** Untuk Ke Blog UTAMA sila KLIK:  http://www.4uni2c.com

 @OPajar # 11X20

You like this.

Advertisements

~ by OPajar on 2012/10/16.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: