PRU14 : depa taukah apa itu kesusahan rakyat ?

.

Ceramah oleh Datuk Samsuri ⬆️⬆️⬆️

Ceramah Datuk Samsuri di atas, amat menarik hati Acik. Itu sebabnya maka Acik muatkannya ke dalam blog Acik ini. Mudah-mudahan akan terbuka minda pembaca-pembaca setia blok Acik ini untuk merenungi realiti yang disentuh oleh beliau menjelang PRU14 ini.

Acik teringat akan satu ceramah politik puluhan tahun dahulu yang pernah Acik ikuti. Jika tak salah Acik, penceramahnya ialah salah seorang anak bekas ahli Parliamen PAS (arwah Tuan Guru Ahmad Tuan Hussein). Ketika itu Acik tak faham sangat apa maksud suatu cerita analogi yang dipersembahkan beliau dalam ceramahnya itu.

Kononnya ada seorang ketua lanun yang berjaya ditawan oleh Laksamana serta pasukannya di sebuah negeri. Maka ketua lanun itu pun dibawa mengadap Raja negeri berkenaan.

Maka bertanyalah Raja tersebut, “mengapakah kerja kamu merampas harta-harta rakyat. Tidakkah kamu rasa bersalah ?”

Maka jawab ketua lanun tersebut, “tidak ada beza antara kita. Engkau juga seorang perampas harta rakyat. Tetapi oleh sebab engkau berkuasa maka engkau namakan rampasan tersebut cukai. Rakyat terpaksa menyerahkan sebahgian daripada harta mereka demi menyelamatkan diri dari dihukum”

“Maĺah engkau lebih zalim dari kami lanun. Kami merampas hanya sekadar untuk keperluan hidup kami sahaja. Tapi engkau mengumpul harta rampasan untuk hidup mewah bersama-sama barua-barua engkau”

Sangat tepat kata-kata ketua lanun tersebut. Bagi pemimpin sesebuah negara misalnya, mereka mengumpul kekayaan tanpa perlu merompak. Mereka hanya perlu menggubal sistem ekonomi yang menjadi pemangkin kepada pengkayaan anak beranak dan kroni-kroni mereka.

Pada hakikatnya merekalah lanun, penyamun, perompak, perampas, peragut, penyangak dan pecuri yang jauh lebih dahshat dari ketua lanun yang diceritakan di dalam kisah di atas. Cuma rakyat yang berfikir saja yang menyedari hakikat ini. Rakyat-rakyat berfikir ini sahaja yang tidak ghairah langsung untuk melantik semula individu yang disyaki pernah mencuri harta rakyat untuk menjadi pemimpin mereka.

.

.

Wallahualam 🌏

.

Lain-lain PenCERAHan yang relevan :

https://4uni2c.com/2018/04/15/pru14-pencerahan2-yg-relevan/

Untuk PenCERAHan terkini sila ke alamat berikut ⬇️ :

http://www.4uni2c.com

.

💎💎💎

~ by OPajar on 2018-03-27.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: