PRU14 : Kecewa lihat Parliamen kita

.

.

🇲🇾 Dalam 2014 (Jan – Mei) Acik berada di USA kerana menemani anak bungsu kami. Beliau memulakan kursus ijazah pertamanya di PSU (Pennsylvania State University). Ketika itulah (Mac 08 ?), MAS kehilangan pesawat MH370 nya. Ratusan nyawa dipercayai terkorban.

Lepas balik dari USA, Acik ke Australia pula (Julai). Sekali lagi MAS kehilangan sebuah lagi pesawatnya iaitu MH17. Kedua-dua trajidi tersebut, bagi Acik, adalah peristiwa-peristiwa besar. Hati kecil Acik bertanya, apakah reaksi MP-MP kita di dalam parliamen ketika itu, terhadap kedua-dua trajidi tersebut.

Acik ke Australia kerana menghadiri majlis konvokesyen anak ke-9 Acik. Beliau belajar di ANU (Australia National University) yang terletak di Canberra. Canberra adalah ibu negara Australia.

Di Canberra juga terletak bangunan parliamen bagi negara Australia. Semasa beberapa hari di sana, Acik sempat mencuri masa untuk melawat Parliamen Australia itu. Ketika memasuki bangunan Parliamen tersebut, kebetulan persidangan akan bermula. Maka dapatlah Acik menjadi pemerhati agak sebentar.

Bila Acik melihat (dalam youtube) semalam perjalanan persidangan Parliamen Malaysia yang telah berlangsung, Acik menggeleng kepala. Acik teringat balik suasana dalam parliamen Australia ketika berada di dalamnya dahulu. Keharmonian dalam parliamen Australia itu amat terasa. Ia amat berbeza dengan parliamen Malaysia.

Jarak perbezaan tersebut mungkin ibarat Bumi dengan planet Marikh. Kalau tak sejauh itu pun sekurang-kurangnya ibarat jarak Bumi dengan bulan. Namun itu analogi sahaja.

Nak jadikan cerita Acik terlelap sedetik ketika sedang berada dalam dewan parliamen Australia itu. Maklumanlah, suasana yang harmoni itu tentu agak kondusif untuk tidur. Lagi pun kesan keletihan akibat perjalanan jauh dari Malaysia mungkin menyebab Acik rasa mengantuk.

Tapi, dengan tiba-tiba terasa bahu Acik disentuhi. Rupa-rupa seorang jaga datang mengingati Acik bahawa tidur dilarang di dalam dewan parliamen.

Ai lagu tu nu …. ! ” kata Acik dalam hati sambil berkata sorry kepada jaga tersebut. Mula-mula terasa malu juga. Namun bila terlihat wajah si jaga tersebut yang begitu mesra tetamu, maka rasa lega pula rasa malu itu.

Acik dalam parliamen Australia itu hanya sebagai pemerhati sahaja. Bukan sebagai MP yang menyertai mesyuarat. Itu pun tak boleh tidur. Sedangkan MP tidur hanya fenomina biasa di dalam parliamen kita. Hatta ketika mesyuarat sedang berlangsung.

Tidur dalam dewan Parliamen Malaysia mungkin suatu yang tidak haram maupun makruh, walaupun ketika parliamen sedang bersidang. Sekiranya ia makruh sudah tentu tidak ada MP yang sanggup tidur dalam dewan yang mulia itu bila-bila masa pun. Apa lagi sekiranya ia haram disisi undang-undang atau peraturan parliamen.

Acik rasa menghalang MP tidur dalam dewan bukanlah sesuatu serius, asalkan persidangan masih dapat berlangsung dengan licin. Yang lebih serius ialah menghalang mana-mana MP dari mengemukakan apa-apa juga soalan yang relevan dengan isu yang sedang dibincangkan.

Nampaknya inilah yang telah terjadi di Parliamen kita, mengikut rakaman video yang diletakkan di awal penCERAHan ini.

Apa yang Acik faham dari video tersebut ialah seorang MP dilarang mengemukakan soalan tentang pesempadanan semula kawasan pilihanraya. Tetapi soalan tersebut disia-siakan oleh speaker. Bukan saja soalan itu disia-sia, malah MP yang bertanya itu digantung jawatannya sebagai MP selama 6 bulan. Ini bermakna MP berkenaan tidak boleh berada di dalam parliamen bila-bila masa ketika dewan sedang bersidang, bagi tempoh selama 6 bulan.

Akal fikiran Acik tak boleh terima dengan tindakan speaker itu. Setiap MP sewajarnya berhak mengetahui segala-galanya yang dirancang dan dilaksanakan oleh kerajaan. Kaedah paling praktikal ialah dengan bertanya. Kata peribahasa Melayu, malu berkayuh perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan”.

Orang yang ditanya tak semestinya mampu menjawab semua soalan yang ditanya. Dan beliau tak perlu rasa bersalah sekiranya tidak mampu menjawap soalan yang ditanya, dengan serta merta. Apa lagi menghukum si penanya semata-mata kerana mengemukakan soalan yang beliau tak tahu jawapannya.

Yang ditanya jugà wajar sedar bahawa tidak ada manusia di dunia ini yang tahu semua benda dan semua perkara. Hatta Nabi s.a.w sendiri pun banyak benda dan perkara yang baginda tak tahu. Tetapi baginda tak pula malu untuk mengaku “tidak tahu” tentang apa yang baginda tidak tahu.

Acik menyeru supaya semua MP ikut sifat Nabi s.a.w. itu. Mudah-mudahan institusi parliamen dianggotai oleh mereka yang benar-benar berakhlak terpuji lagi cerdik. Dengan yang demikian barulah parliamen menjadi penggubal undang-undang yang berwibawa. Maka barulah rakyat yakin dengan semua undang-undang yang digubal dan dilulus oleh parliamen.
.
.

Bersambung ….. … .

.

Lain-lain PenCERAHan yang relevan :

https://4uni2c.com/2018/04/15/pru14-pencerahan2-yg-relevan/

.

Utk ke PenCERAHan terkini sila ke alamat berikut ⬇️ :

http://www.4uni2c.com

.

.

.

Advertisements

~ by OPajar on 2018/04/01.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: