Cinta: Cicak sebagai iktibar
2020 Jun 08 (Isnin)
Terjemahan ⬇️
🇲🇾 Ini adalah cerita yang benar-benar telah berlaku di Jepun.
Supaya dapat membaiki sebuah rumah, seorang tukang-rumah Jepun telah memecahkan dinding rumah berkenaan. Rumah Jepun biasanya ada ruang kosong di tengah-tengah dua lapisan dinding papan.
Bila membongkah dinding tersebut, beliau terjumpa seekor cicak melekat didalam dinding tersebut. Sebatang paku dari luar dinding telah mengenai sebelah daripada kaki cicak tersebut.
Tukang itu menyaksikan cicak itu dengan rasa kasihan. Dalam masa yang sama beliau juga merasa curious, apabila mendapati paku itu telah terpaku sejak 5 tahun dahulu, iaitu ketika rumah itu dibina.
Apa yang telah terjadi ? Cicak tersebut telah dapat terus hidup dalam bahagian dinding yang gelap selama 5 tahun tanpa bergerak. Ini adalah mustahil dan memusingkan minda.
Beliau hairan bagaimana cicak itu boleh terus hidup selama 5 tahun, tanpa bergerak setapak pun akibat kakinya yang terpaku itu !
Jadi beliau pun berhenti kerja sambil memerhatikan cicak tersebut. Apakah yang ia lakukan untuk terus hidup.
🇲🇾 200606 D
Tiba-tiba seekor cicak lain muncul dengan makanan di dalam mulutnya. Tukang Jepun itu terpegun dan merasa amat tersentuh. Terhadap cicak yang terlekat oleh paku itu, cicak yang lain telah menyuap makanan kepadanya selama 5 tahun. Ya, itu yang dilakukannya tanpa penat dan jemu selama 5 tahun. Tanpa putus asa keatas pasangannya.
Bayangkan, apa yang makluk kerdil mampu buat, yangmana manusia yang dianugerahi minda geliga tak mampu buat.
Tolong jangan sekali-kali meninggalkan mereka yang anda cintai. Jangan sekali-kali kata anda terlalu sebok ketika mereka benar-benar memerlukan anda.
🇲🇾 200606 E
Anda mungkin memiliki seluruh dunia dibawah kaki anda. Tetapi mungkin andalah satu-satunya yang ada buat mereka. Sedetik pengabaian bisa menghancurkan satu-satunya hati yang mencintai anda dengan yang segala luar biasa.
Sebelum mengucapkan sesuatu ingatlah bahawa masa sedetik saja sudah bisa menghancurkan sesuatu yang memerlukan seluruh masa hidup anda untuk membinanya.
Sila kongsikan video ini dgn mereka yang anda cintai.
Iktibar drpd kisah benar ini
Apabila kita telah berkahwin, pasangan kita itu bukanlah seorang yang sempurna. Namun Allah Mahakuasa memberi kita hati dan fikiran. Dengan hati dan fikiran itu, maka kita mampu mengukur nilai yang ada dengan pasangan itu.
Amat bertuahlah jika pasangan kita itu seorang yang ideal (sempurna) pada penilaian kita. Namun, tidak semua daripada kita dianugerahi Allah teman yang sedemikian. Sebaliknya, yang kebiasan kita terima ialah teman hidup yang menghidapi cacat cela.
Sebenarnya itu bukanlah alasan syarie bagi kita mencari alasan untuk berpisah dengan pasangan kita itu. Bagi kita yang punyai hati yang murni, tentulah tidak tergamak meninggalkan beliau. Malah itu adalah alasan untuk kita menguatkan lagi ikatan dengan pasangan kita itu, bukan sebaliknya.
Sebab, dengan kecacatan teman kita itu, maka kita menjadi seorang yang tersangat perlu baginya. Dahulu sebelum mengenali pasangan hidup kita itu, beliau tidak menaruh apa-apa harapan kepada kita. Tapi setelah kita telah sudi menerima beliau sebagai teman hidupnya, maka harapannya terhadap kita pasti melonjak dengan tak terhingga.
Menghampakan harapan seorang insan lain bukanlah sifat seorang insan berbudi, yang berhati murni. Sedangkan kita percaya kita adalah seorang yang berbudi dan berhati murni. Lebih-lebih lagi jika insan berkenaan itu adalah insan yang dianugerahi Allah sebagai pasangan hidup kita.
Wallahua’lam 🌺
PenCERAHan yg popular ⬇️
Cinta yang ikhlas https://4uni2c.com/2020/06/10/cinta-yang-ikhkas/
PenCERAHan yg relevan ⬇️
Islam: romantisnya suami isteri https://beappreciative.wordpress.com/2021/01/26/islam-romantisnya-suami-isteri/
.
PenCERAHan terbaru ⬇️ http://www.4uni2c.com

