CEREKANA #12X18 Al Maha-TIRIS Wal Maha-TIRU

CEREKANA #12X18 Al Maha-TIRIS Wal Maha-TIRU

** Untuk menCARI lain-lain TAJUK sila KLIK nama bulan di bawah ARCHIVES di kanan skrin, kemudian SKROL.

Maha-TIRIS dan Maha-TIRU adalah dua ketul watak busuk. Hubungan mereka antara satu dengan yang lain sangat intim. Bak kata pepatah Melayu, “macam isi dengan kuku”. Masing-masing sangat kuat bekerjasama, saling bantu membantu untuk sama-sama mencapai kepentingan dan aspirasi masing-masing. Mereka, tak ubah “macam aur dengan tebing”

Kata aur kepada tebing, “mujurlah ada demo, maka dapatlah ambo menumpang tumbuh”.

“Begitulah juga demo” sahut tebing, “kalau tak ada demo dah lama ambo terhakis dek arus sungai yang deras ni”.

Namun, kadangkala hubungan kedua mereka lebih mirip umpama pokok dengan dendalu. Maha-TIRIS umpama pokok, manakala Maha-TIRU umpama dendalu. Mati pokok matilah dendalu, tetapi mati dendalu pokok masih boleh hidup malah lebih subur. Ini menyebabkan Maha-TIRU lebih menjaga Maha-TIRIS agar jangan mati, berbanding Maha-TIRIS terhadap Maha-TIRU.

Dalam Islam sikap berbaik-baik dan bekerjasama memanglah sangat digalakkan. Malah dijanjikan pahala oleh Allah S.W.T. Dua insan yang bersama dan berpisah kerana Allah, bakal dilindungi di bawah arasy di akhirat nanti. Mereka dikira sekelas dengan golongan pemipin yang adil. Sekelas dengan pemuda yang hatinya tertambat dengan masjid. Sekelas dengan orang yang selalu bangun malam beribadat dan menangis kerana kagum dengan kebesaran Allah dengan penuh insaf akan kelemahan diri sendiri.

Turut termasuk ke dalam kategori golongan yang bakal mendapat lindungan arasy Allah itu ialah lelaki yang diajak berzina oleh perempuan cantik lalu ditolaknya semata-mata kerana takut kepada Allah. Se lagi ialah penderma yang ikhlas. Ia tidak suka menunjuk-nunjuk sifat dermawannya kepada sesiapa jua. Hatta keikhlasannya itu diibaratkan seolah-olah tangan kirinya tidak sedar bahawa tangan kanannya sedang menghulurkan derma atau sedekah.

Begitu sekali hebatnya martabat Maha-TIRIS dan Maha-TIRU sekiranya hubungan rapat mereka adalah semata-mata kerana Allah. Bukan sekadar nawaitu saja. Malah ia mestilah dengan mengikut lunas-lunas tertentu yang digariskan oleh Islam. Bukannya “the end justifies the means” iaitu prinsip popular yang diterimapakai oleh kebanyakan pemimpin kini agar penyelewengan masing-masing tidak dianggap salah.

Tetapi sayang, Maha-TIRIS dan Maha-TIRU yang nak diperkenalkan untuk iktibar ini bukanlah bersifat demikian. Sebaliknya mereka berdua ini adalah insan-insan yang paling banyak menimpakan kesusahan di muka bumi ini. Tindak tanduk mereka adalah yang bukan-bukan. Namun akibatnya bukanlah mereka sendiri yang menanggungnya. Orang lain pula yang dibebankan. Sedangkan mereka sendiri bersenang lenang dan bersedap-sedapan menikmati hasil tindakan kotor masing-masing. Pendek kata, kesenangan yang dinikmati mereka adalah di atas kesusahan dan kesengsaraan orang lain. Mereka ini bukanlah yakjuj dan makjuj yang sering kita dengar diceritakan oleh tok-tok guru dan ustaz. Jadi siapakah mereka ini yang sebenarnya ?  Kita perlu kenal kedua-dua watak busuk ini supaya dapat sama-sama kita awasi angkara mereka sebelum ia menjadi begitu gawat dan sukar untuk dibendung lagi.

Untuk mengenali mereka, maka perlulah kita membaca dua buah kisah berikut terlebih dahulu. Maha-TIRIS boleh pembaca kenali setelah membaca dan memahami watak utama dalam kisah “Mad Joned”. Manakala bagi mengenali Maha-TIRU pula pembaca perlulah membaca dan memahami “Kisah Gajah Berak Kek”.

Selamat membaca.

(Perhatian: Kedua-dua cerita berikut adalah CErita REKaan ANAlogi (CEREKANA) sahaja. Ia tidak ada kena mengena dengan mana-mana individu, samada yang masih hidup maupun yang telah mati, kecuali secara kebetulan. Cerita ini relevan dengan novel SHIT karangan Dr.Shanon Ahmad. Oleh itu pembaca disarankan agar turut membaca SHIT untuk lebih mudah menghayati CEREKANA ini)

Al Maha-TIRIS wal Maha-TIRU

Watak durjana masa ke semasa

Isma ini yang pemipin tiru

Rosak Negara, agama dan bangsa

Kisah Mad Joned

Tidak berapa lama yang silam, di sebuah pulau yang agak terpencil, terdapat seorang pemuda bergelar Mat Joned. Kononnya nama Mad Joned sebenar ialah Joned bin Koned. Perkataan “Mad” telah ditambah oleh seorang pelancong orang putih (Inggeris) yang berkunjung ke pulau tersebut suatu ketika dahulu. “Mad” dalam bahasa orang putih bermaksud “gila”. Pelancong orang putih berkenaan mungkin menganggap Joned kurang siuman atau gila. Semasa kunjungannya ke pulau itu dahulu, beliau telah terlihat telatah Joned melompat dari satu pohon kelapa kepada pohon kelapa yang lain tanpa rasa takut sedikit pun. Sifat tak tahu rasa takut lazimnya ada pada orang yang kurang siuman, lebih-lebih lagi pada orang gila. Mungkin dengan niat bergurau, orang putih berkenaan terus memanggil Joned dengan “Mad Joned” yang membawa maksud Joned yang kurang siuman atau Joned yang gila. Kebetulan di pulau tersebut terdapat beberapa orang lagi pemuda lain yang bernama Joned. Oleh itu gelaran “Mad Joned” bagi Joned bin Koned itu sangat relevanlah kerana dia dapat membezakan beliau dengan Joned-Joned yang lain.

Pada peringkat awalnya, tiada siapapun sedar bahawa gelaran yang diberi itu adalah satu gelaran negatif. Ini kerana dalam bahasa tempatan Mat selalunya disebut bagi mengganti Ahmad atau Muhamad. Nama Ahmad dan Muhamad pula agak biasa bagi orang-orang Melayu Islam. Oleh kerana Mad dan Mat lebih kurang sama saja bunyi sebutannya, maka masyarakat di pulau itu menyangka pelancong orang putih berkenaan memanggil Mat (Ahmad/Muhamad) Joned, bukat Mad (gila) Joned. Dalam keadaan semua orang buta Inggeris, tiada siap yang perasan tentang keburukan pada nama Mad Joned itu. Lama kelamaan, si Joned pun terus kekal dipanggil Mad Joned dulu, kini dan selama-lamanya.

Kerja Mad Joned ialah memanjat kelapa. Dia mendapat upah hasil dari perkhidmatannya memanjat kelapa. Sebagai pemanjat kelapa, seseorang itu mesti ada keberanian. Namun, keberanian Mad Joned adalah luar biasa. Mungkin juga gelaran “mad” yang diberi pelancong orang putih berkenaan merupakan satu pengiktirafan peringkat Komanwel, terhadap keberanian Joned yang luar biasa itu. Malah ada potensi untuk meningkat ke taraf Olimpik pula sedikit tahun lagi. Mad Joned sanggup memanjat pohon-pohon kelapa walau setinggi mana pun. Walaupun ketika taufan sedang melanda. Ini menyebabkan beliau amat disegani kawan dan lawan yang sewaktu dengannya. Ia sohor di kampungnya, malah di seanterio pulau tersebut.

Perkhidmatan Mad Joned sangat diperlui oleh kebanyakan warga pulau tersebut  yang bergantung kepada buah kelapa sebagai salah satu sumber utama pendapatan. Selain Mad Joned, belum pernah ada maknusia lain yang sanggup menggadai nyawa memanjat pohon-pohon kelapa. Terutama pohon-pohon tua yang telah sekian tinggi itu, yang menunggu masanya sahaja untuk rebah ke bumi. Tanpa Mad Joned kelapa tua terpaksa ditunggu sampai masak hitam, baru ia jatuh sendiri ke bumi. Penawaran kelapa dulu tidak dapat dikawal kerana terlalu bergantung kepada factor semulajadi alam yang menentukan bilakah sesebiji kelapa itu akan gugur ke bumi.

Kehadiran Mad Joned telah berjaya merobah keadaan pasaran kelapa. Penawaran kelapa kini lebih mudah dikawal. Bila adanya permintaan, kelapa yang sudah tua sudah boleh ditawarkan walaupun belum gugur. Mad Joneh boleh menurunkannya segera tanpa perlu menunggu kelapa-kelapa tersebut gugur sendiri. Bila adanya kawalan, maka harga kelapa pun lebih setabil. Ini membuat Mad Joned bertambah penting. Kehadirannya tidak boleh tiada lagi. Dia dianggap “indispensible”, kata orang putih. Kehadiran Mad Joned menyumbang kepada kesetabilan harga kelapa serta member keuntungan yang lebih kepada penduduk-penduduk pulau tersebut.

Kalau diikutkan, upah yang diterima Mad Joned sedikit pun tak berbaloi dengan risiko yang diambil oleh Mad Joned.  Namun Mad Joned sentiasa menunjukkan minat dan semangat “ Malaysia Boleh” yang amat tinggi terhadap pekerjaannya yang sangat mencabar itu. Malah ia rasa sangat bangga dengan professionnya itu. Mad Joneh penuh yakin bahawa di pulaunya, hatta di seanterio dunia pun tidak akan terjumpa orang yang sehandalnya dalam bidang kemahiran memanjat kelapa. Keyakinan ini saja pun dah cukup menjadi sumber kepuasan kepada dirinya. Kata orang sekarang, cukup untuk syok sendiri (SS). Keyakinan ini bertambah kental lagi bila pujian demi pujian disogokkan kepadanya oleh pelanggan-pelanggan yang memerlukan perkhidmatannya. Lama kelamaan Mad Joned menjadi begitu ketagih dengan sanjungan dan pujian maknusia. Pujian dah menjadi steroid pula kepadanya. Bila steroid diambil baru dia dapat berkhidmat dengan lebih mesra, cepat dan betul.

Sikap “bajak wangkang makan diangkat” yang telah menjadi sebati dengan darah daging Mad Joned bukan tiada puncanya atau tiada asal usulnya. Semasa di banggu sekolah dahulu Mad Joned kurang tertonjol dalam pelajaran akedemiknya. Sebaliknya dia sangat tertonjol dalam aktiviti sukan dan kokurikulum. Kebetulan pula guru besar sekolah Mad Joned belajar sangat memberi penekanan kepada ativiti sukan dan kokurikulum. Mad Joned selalau mendapat pujian dari guru besarnya kerana banyak menempah kejayaan dalam beberapa aktiviti kokurikulum dan sukan. Gurunya sanggup memaafkan Mad Joned bila dia tidak menyiapkan kerja-kerja rumah asalkan Mad Joned terus cemerlang dalam aktiviti sukan dan kokurikulum. Bagi guru besarnya, Jasa Mad Joned mengharumkan nama sekolah dan namanya sebagai orang nombor satau bagi sekolah tersebut adalah terlalu besar.  Guru besar amat bangga dengan Mad Joned. Walaupun Mad Joned tidak O.K. dalam bidang akedemik namun kata Guru Besarnya, “dia tak pandai pun tak pa lah !”.

Walaupun semua murid tahu bahawa Mad Joned bodoh, tetapi yang menghairankan mereka semua ialah, Mad Joned tak pernah gagal dalam mana-mana peperiksaan peringkat sekolah. Walaupun markahnya taklah tinggi, tapi cukup-cukup makan untuk lulus. Padahal ada pula murid-murid lain yang lebih cerdik, tetapi kerap tidak lulus berbanding dengan Mad Joned. Kadang-kadang mereka gagal juga satu dua mata pelajaran, sedangkan Mad Joned sentiasa lulus semua. Jika mereka hairan, Mad Joned sendiri lagilah hairan macam mana dia boleh lulus dalam semua peperiksaan. Dia sendiri tidak percaya terhadap kemampuannya dalam bidang akedemik. Oleh itu dia tidak bercita-cita langsung hendak melanjutkan pelajarannya ke sekolah menengah.

Bagaimana boleh berlaku demikian ?  Mungkin juga ada konspirasi di peringkat sekolah untuk menaikkan Mad Joned. Namun itu hanya syak wasangka sahaja. Belum terbukti ianya benar atau pun tidak, sebab belum ada empat saksi yang sah. Kalau benar sekalipun apa salahnya. Malah demi kebaikan sekolah yang tercinta. Sedangkan ia tidak memangsakan sesiapa. Lainlah kalau konspirasi tersebut menjatuhkan Mad Joned sendiri atau menganiayakan pihak lain. Lebih-lebih lagi kalau ia mencetuskan apa-apa protes dari mana-mana pihak. Ini tidak …. !

Apabila peperiksaan rasmi darjah enam diumumkan, ternyata Mad Joned memang tidak layak untuk naik ke tingkatan satu. Ketika itu, peperiksaan darjah enam masih penting kerana ia menentukan samada seseorang murid itu layak ke tingkatan satu ataupun sebaliknya. Mad Joned termasuk golongan murid-murid yang malang. Dia gagal melayakkan diri untuk masuk ke tingkatan satu. Kecemerlangannya dalam aktiviti sukan dan kokurikulum tidak dapat menebus kegagalan dalam bidang akedemik, maka dia tetap tidak layak untuk naik ke tingkatan satu di sekolah menengah.

Dasar pendidikan ketika itu tidak mengizinkan murid-murid yang tidak lulus pelajaran akedemik untuk turut naik ke tingkatan satu. Mereka yang naik ke aliran menengah hanyalah mereka yang menunjukkan bakat dalam bidang akedemik. Ini ada rasionalnya. Bagi murid yang tak ada bakat dalam bidang akedemik, jika diasak juga dengan pelajaran akedemik tentu tidak membawa ia ke mana-mana. Guru pun susah untuk mengajarnya dan ia boleh menjejaskan pembelajaran murid-murid yang berbakat  jika menggangggu kelas.

Mahu tak mahu Mad Joned terpaksa berhenti dari bersekolah. Bagi mengisi masa hidupnya yang masih begitu panjang lagi, maka Mad Joned memilih menjadi pemanjat kelapa upahan, yang juga diistilahkan “syanan”. Sikap suka dipuji yang telah dipupuk oleh guru-gurunya semasa di sekolah rendah dahulu rupa-rupanya membuat Mad Joned cocok benar dengan profesionnya sebagai pemanjat kelapa. Bukan duit upah yang membuat Mad Joned seronok dengan kerjanya, tetapi puji-pujian yang sering diberi kepadanya oleh mereka yang memanfaatkan perkhidmatannya.

“Sepuluh jong masuk, anjing masih juga bercawat ekor”. Itu adalah  pepatah Melayu yang wajar dikenakan kepada Mad Joned. Masa telah berlalu agak lama, tetapi Mad Joned sekarang masih lagi macam Mad Joned yang dahulu. Dia sama saja, tidak lebih dan tidak kurang. Namum kematangan rupa-rupanya menyusul juga perlahan-lahan ke benak hati Mad Joned dek usianya yang kian bertambah. Sekali sekala datang juga soalan-soalan tertentu, mengusik hati Mad Joned.

“Tak kan sampai tua aku nak jadi syanan kut”, bersungut Mad Joned di dalam hati. “Aku pun kepingin juga nak jadi kaya raya macam orang lain. Mereka memiliki kekayaan, kenapa aku tidak ?”  bertanya lagi Mad Joned kepada dirinya.

“Dulu … ya..lah, orang respek (hormat) aku kerana aku ekspert (mahir) memanjat kelapa. Tapi sejak ladang kelapa dah banyak bertukar menjadi ladang kelapa sawit, orang tak berapa respek aku lagi. Maklumlah ladang kelapa sawit tak memerlukan kepakaran aku. Puji-pujian yang aku terima pun dah banyak merosot. Sedangkan aku terlalu dahagakan puji-pujian. Sebenarnya aku bukan nakkan sangat puji-pujian orang tanpa sebarang sebab. Aku nakkan pujian orang untuk mendapatkan pujian dari Tuhan. Ada pemimpin kata, kalau tak berterima kasih kepada sesama manusia bermakna tidak berterima kasih kepada Tuhan. Jadi berterima kasih kepada manusia itu penting kerana ia tanda berterima kasih kepada Tuhan. Begitulah sebaliknya. Demikianlah juga, pujian dari manusia turut penting kerana ia tanda mendapat pujian dari Tuhan”

Inilah formula yang difahamkan kepada Mad Joned oleh pemimpin-pemimpin utama sejak beberapa penggal yang lalu. Atas fanatik itulah maka Mad Joned sentiasa bersungguh-sungguh berusaha mendapatkan pujian demi pujian dari semua pihak. Baginya pujian manusia adalah manifestasi pujian dari Tuhan. Bagi Mad Joned pujian itu adalah suatu sumber kekuatan yang sangat diperlukan demi menjamin kejayaan dalam semua bidang yang diterokai dan diceburi.

Pujian adalah penggerak segala-galanya. Ia adalah seperti bateri yang menjadi sumber kuasa yang menggerakkan pelbagai jenis permainan kanak-kanak. Oleh itu “by hook or by crook” pujian mesti ditagihi. Inilah falsafah yang dipegangi oleh Mad Joned. Mungkin bukan dia seorang berfalsafah demikian. Malah jutaan lagi rakyat yang turut taksub kepada falsafah ini, dulu, kini dan selama-lamanya.

Berdasarkan kesedaran yang mula berputik di benak hatinya, fikiran Mad Joned pun mula berputar. Mujur tak sampai berputar belit seperti fikiran sesetengah pemimpin politik di alaf baru ini. Mad Joned mula berfikir bagaimana mahu jadi kaya meliana (millionaire). Kekayaan itu adalah satu-satunya sumber kepujian. Ini satu anjakan paradigma dalam diri Mad Joned. Mad Joned kini tidak percaya lagi bahawa keberanian dan kemahiran yang sedia ada pada dirinya masih menjadi faktor yang boleh menjana puji-pujian. Ya,.. keberanian dan kemahiran memanjat kelapa semata-mata sudah tidak cukup lagi untuk menghasilkan pujian. Faktor-faktor ini tak relevan lagi. Cara yang relevan ialah dengan mengumpulkan kekayaan.

Bila kita kaya, ramai orang akan puji kita. Bila kita kaya, ramai orang akan respek kita gila-gila. Bila dah kaya baru ramai orang kata kita orang yang Islam yang tulen. Contoh paling baik untuk ditauladani ialah Abdul Rahman Auf. Siapa yang tak kenal dengan Abdul Rahman Auf. Beliau adalah sahabat baginda Rasul  s.a.w. yang paling kaya. Kekayaannya membolehkan beliau banyak menderma atau infak ke jalan Allah. Dengan kekayaannya, beliau dapat kekal sebagai seorang Muslim yang terpuji. Bukankah kemiskinan boleh membawa kepada kekufuran. Oleh itu bagi menjauhkan diri dari kekufuran kita mesti menjadi seorang Muslim yang kaya.

Bila semua orang Islam kaya, maka akan ramailah orang kafir yang akan tertarik kepada Islam. Ramailah orang kafir yang akan memeluk Islam. Lebih-lebih lagi bila ramai orang Islam yang mampu menderma dari kekayaan mereka. Supaya lebih nyata bahawa orang Islam ramai yang kaya, setiap derma mesti dapat disaksi oleh ramai orang. Supaya semua orang dapat saksi, maka cek yang nak diderma mestilah yang besar. Besarnya ialah hingga perlu diangakat oleh dua orang dan nampak disaksi dari jauh oleh semua orang di padang yang luas. Apa pun, yang maha penting ialah supaya semua orang paji kita.

Pujian adalah segala-galanya. Ia lebih mahal dari seluruh kekayaan yang ada di muka bumi ini. Jadi kalau ada sesiapa yang berbelanja sekadar dua tiga billion ringgit untuk membeli kepujian tentulah tiada ada apa yang pelik. Selagi dia mampu berbelanja sedemikian, kenapa harus dikecam atau ditahannya dari berbelanja. Lainlah kalau dia benar-benar tak mampu. Dengan kata lain membelasah hak orang ramai. Misalnya hak rakyat jelata yang berbeza keutamaannya.

Satu hari sedang Mad Joned memanjat sebatang pohon kelapa, dia ternampak sebuah bot mewah sedang berlabuh nun jauh di hujung tanjung. Kata orang, bot sehebat itu tak ramai orang yang mampu memilikinya. Kepingin juga Mad Joned untuk memiliki bot seperti itu. Tetapi bagaimana mungkin ?  Pemiliknya mestilah berjawatan tinggi samada dalam sektor awam maupun syarikat koperat. Malangnya Mad Joned kerjanya saja yang tinggi. Tetapi jawatannya taklah pula tinggi.

Kekepinginannya terhadap bot mewah seperti itu telah menjadi pemangkin bagi mencetuskan idea unggul di kepala otak Mad Joned. Otaknya bergerak lebih pantas, berputar ligat macam cekera padat komputer. Dia berfikir mencari jalan bagaimana visinya boleh dijadikan kenyataan.

Tiba-tiba Mad Joned tersenyum lebar sendirian. Rupa-rupanya dia telah mendapat suatu akal bagaimana dia boleh menjadi kaya raya. Bukan saja sekadar kaya meliana (millionaire), hatta kaya biliona (billionaire) pun tak mustahil. Reban ayam yang tidak jauh dari perdu pohon kelapa yang sedang dipelukinya itu menjadi sumber inspirasi kepada Mad Joned.

“Mula-mula aku simpan sikit duit hasil dari upah memanjat kelapa ini untuk membeli beberapa pasang anak-anak ayam. Aku akan bela anak-anak ayam itu baik-baik hingga besar. Bila ayam-ayam aku itu sudah besar ia tentu akan bertelur. Telur-telurnya akan aku jual separuh. Separuh lagi aku ramkan hingga menetas. Lama kelamaan ayam aku akan menjadi begitu banyak. Aku akan jadi pembekal utama kepada KFC, McDonal, A & W dan lain-lain restoran makanan segera yang popular di seanterio dunia”

“Mereka yang berkunjung ke restoran-restoran ternama tersebut tentu bertanya, dari manakah restoran itu medapatkan bekalan ayam-ayam tersebut. Maka tentu mereka akan diberi tahu bahawa ayam yang mereka nikmati itu datangnya dari ladang ayam Mad Joned.Bila ada pula pelancong luar datang ke pulau ini, mereka pasti akan kagum melihat ladang ayam yang begitu luas di pulau ini. Mereka mesti akan tertanya-tanya, gerangan siapakah yang empunya ladang ayam yang begitu luas itu. Orang-orang pulau ini pun akan menjawab,kalau bukan ladang ayam Mad Joned, ladang siapakah lagi. Kembang punggung aku”

“Bila dah sampai sekian banyak keuntunganku hasil dari ladang ayamku, maka aku akan beli pula kambing. Dari hanya beberapa ekor sahaja, kambingku akan membiak hingga memenuhi pulau ini. Daging kambingku akan ku eksport ke serata dunia. Penduduk Negara-negara pengimport berkenaan tentu akan bertanya, dari manakah kambing-kambing tersebut diimport. Mereka tentulah akhirnya tahu bahawa kambing-kambing itu adalah dari pulau ini. Dan bila pelancong luar datang ke pulau ini mereka mesti kagum melihat banyaknya kambing di pulau ini. Lalu mereka akan bertanya, gerangan siapakah yang empunya kambing-kambing yang begitu banyak itu ? Orang-orang pulau ini pun akan menjawab, kalau bukan kambing Mad Joned, kambing siapalah lagi. Kembang punggung aku”

“Demikianlah juga, setelah kambing-kambing itu banyak, aku akan beli pula lembu. Lama kelamaan lembu-lembuku akan membiak hingga penuhi pulau ini dengan lembu-lembuku. Susu dan daging lembuku akan aku eksport ke Negara luar, hingga pulau ini akan sohor di seluruh dunia kerana lembu ku. Dan bila ada pelancong luar datang ke pulau ini mereka mesti kagum melihat banyaknya lembu di pulau ini. Lalu mereka akan bertanya, gerangan siapakah yang empunya lembu-lembu yang begitu banyak itu ?  Orang-orang pulau ini pun akan menjawab, kalau bukan lembu Mad Joned, lembu siapalah lagi. Kembang punggung aku”

“Cerita mengenai kekayaanku lambat laun tentu akan sampai ke pengetahuan Raja. Setiap kali ada jamuan Di Raja, aku akan hadiahkan lembu-lembu yang gemuk dan sehat kepada Raja. Raja tentu akan memuji dan menyebut-nyebut tentang kekayaanku dan kedemawananku. Sebagai Raja yang perihatin baginda tentu ingin datang melawat kampungku di pulau ini untuk berjumpa denganku”.

“Takkanlah pondok burukku itu layak untuk menyambut tetamu Di Raja. Maka perlulah aku membina rumah baru seakan-akan sebuah mahligai. Dengan kekayaanku yang begitu hebat tentulah tak haram malah tak boleh dikira membazir kalau aku berbelanja sekadar Rupiah Mas 200 juta sahaja untuk membina mahligaiku. Raja dan rombongannya tentu suka melawat pulau ini dan mahligaiku. Masing-masing pasti akan memujiku dengan berbagai-bagai pujian. Mujur-mujur baginda akan berkenan untuk menganugerahi aku dengan gelaran Tan Seri. Kalau aku tak dapat gelaran Tan Seri, gelaran Tiang Seri pun cukuplah. Ini pasti akan menambahkan lagi gelemorku yang akan mengundang lebih banyak puji-pujian orang kepadaku”.

“Lazimnya, Raja jika ke mana-mana adalah dengan menaiki jet eksekutif yang baru dibeli baginda dengan harga kira-kira Rupiah Mas 250 juta. Malangnya di pulau ini lapangan terbangnya agak kecil. Yang boleh mendarat hanyalah helikopter dan pesawat kecil yang berkipas satu atau dua sahaja. Kalau tak ada lapangan terbang yang lebih besar macam mana jet eksekutif baru Tuanku itu nak mendarat. Jadi perlu sangatlah untuk aku bina pula sebuah lapangan terbang baru di pulau ini. Alang-alang membinanya biarlah yang paling canggih di dunia. Sebelum harga bahan-bahan binaan menjadi lebih mahal akibat inflasi dan kenaikan nilai mata wang dunia, cepat-cepatlah aku siapkan lapangan terbang tercanggih di dunia itu. Tapi 99 peratus mestilah menggunakan bahan-bahan binaan tempatan sejajar dengan seruan kerajaan, pakailah barangan tempatan”

“Oh ya….  Untuk memudahkan rombongan

 

BERSAMBUNG ……………………..#12X15 (Isn)

~ by OPajar on 2012-10-18.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: