Ahmad’s SAGA #007 Pendakwaan TerPILIH
*** Untuk men CARI lain-lain PenCERAHan sila KLIK pada bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN, kemudian SKROL.
(Pengguna smartphone ( SP ) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda)
Pendakwaan Terpilih
Apabila kes Ahmad menjadi riuh rendah di laman internet, maka terbungkahlah dari ingatan Acik (Ayah/Abang+cik) tentang istilah “selective prosecution” yang sering disebut-sebut oleh YB Lim Kit Siang suatu ketika dahulu. Jika istilah tersebut diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu maka Acik kira ia menjadi “pendakwaan terPILIH”.
Apa yang Acik fahami ialah, jika dari sekian ramai orang yang melakukan kesalahan yang sama, tetapi hanya satu dua individu sahaja yang diPILIH lalu dijejaki untuk dikenakan hukuman maka itulah yang diistilahkan sebagai “pendakwaan terPILIH”. Misalnya, ramai dari wakil rakyat yang tidak mematuhi had laju jalan raya ketika memandu, namun yang sering kena saman ialah YB dari parti-parti pembangkang. Sekiranya inilah realitinya, maka bolehlah dirumuskan bahawa YB bukan dari parti yang memerintah adalah mangsa kepada pendakwaan terPILIH.
Pada pendangan Acik, Ahmad juga mungkin seorang dari mangsa pendakwaan terPILIH, cuma bukanlah dalam kes trafik seperti di atas. Jika pembaca rajin membaca apa yang ditulis oleh penulis-penulis lain (yang Acik anggap rendah nilai budi bahasanya) dalam laman-laman social di dalam internet, pembaca akan dapati ramai juga yang menulis tentang keburukan institusi istana yang sama, yang kononnya Ahmad akan diisabitkan. Acik sendiri tak tahu apa motif sebenar mereka berbuat demikian.
Mungkin juga mereka terdiri dari individu-individu yang pernah jadi mangsa kezaliman institusi istana berkenaan. Jika mereka sendiri tidak mengalaminya, mungkin juga ahli keluarga atau rakan-rakan mereka pernah menjadi mangsa pihak berkenaan. Setidak-tidaknya mereka adalah individu-individu yang bencikan kezaliman yang dilakukan oleh pihak institusi istana berkenaan sejak sekian lama. Bagi Acik kumpulan terakhir ini adalah mereka yang berjiwa besar. Mereka inilah individu2 yang berpotensi untuk digilapkan menjadi “BIG minder” dalam masyarakat kalau pun tidak di peringkat negara.
Apa yang Acik faham, umat manusia ini boleh dikategorikan kepada tiga tahap pemikiran (mind) iaitu “SMALL minder”, “MEDIUM minder” dan “BIG minder”. Orang yang berjiwa besar ialah orang yang membentuk kumpulan “BIG minder” dalam negara.
Bila mendengar bahawa satu kemalangan yang ngeri telah berlaku di sebuah simpang empat jalan nun di sana,”SMALL minder” akan menarik nafas lega bila disahkan bahawa yang menjadi mangsa kemalangan tersebut bukan orang yang disayangi ataupun dikenalinya. “MEDIUM minder” pula berkata, peristiwa kemalangan tersebut mungkin tak berlaku sekiranya di simpang tersebut telah dipasang lampu isyarat serta tanda jalan yang berkesan. “BIG minder” pula akan bertanya, kenapa tidak wujud satu polisi atau dasar yang mewajibkan lampu isyarat dan tanda jalan berkesan dipasang di setiap simpang jalan.
Jadi “BIG minder” akan memikirkan sesuatu dasar atau polisi yang boleh menyelamatkan masyarakat umum keseluruhannya dari sesuatu musibah. BIG minder ini bukan sekadar merasa lega (atau cukup) jika yang terselamat itu ialah kroninya ataupun yang beruntung itu adalah kroninya. “MEDIUM minder” pula akan memikirkan kaedah ataupun mekanisma terbaik melaksanakan dasar-dasar tersebut dengan paling berkesan, seperti seorang “computer programmer” yang akan menyusun program dalam computer bagi melaksanakan dasar atau mencapai aspirasi polisi seperti yang ditetapkan oleh “BIG minder”.
Namun di sini Acik taklah bermaksud atau mendakwa bahawa Ahmad tergolong dalam kategori “BIG minder”. Beliau mungkin akan terbukti tidak disabitkan dengan kesalahan yang dituduh terhadapnya itu selepas perbicaraan ke atasnya tammat dijalankan nanti. Jika demikianlah keputusan oleh yang Arif nanti, maka betullah penilaian Acik bahawa Ahmad hanyalah seorang “MEDIUM minder” saja.
Ini lebih sesuai dengan tahap ketokohan yang ada pada Ahmad. Cuma yang dah pasti sekarang ialah Ahmad bukan sekadar “SMALL minder” saja. Dirinya “sikit atas !” Profesyennya sebagai seorang juru ukur bahan (graduan UiTM) yang tengah menyiapkan Master thesisnya, membuat Acik tak ragu-ragu melebelkan anak Acik yang ke-5 itu sebagai “MEDIUM minder”.
Lainlah jika sekiranya Ahmad kini dah ada Phd seperti Dr. MAZA. Individu macam Dr. MAZA sukalah Acik lebelkan sebagai “BIG minder”. Walaupun “confirmed” beliau tak kenal Acik, tapi yang penting ialah Acik kenal beliau.
Harap tak ada implikasi apa-apa menyebut nama beliau dalam blog Acik ni. Jika sebaliknya, maka Acik dengan penuh tawaddhu memohon maaf kepada beliau dengan bersaksikan semua anda (pembaca setia blog Acik ni) baik yang menyaksikan dari dalam negara maupun yang sedang memeneropong dari luar negara. Terima kasih yang tak terhingga di atas keperihatinan anda.
Wallahualam.
D a u l a t R a k y a t !
Lain-lain PenCERAHan yang relevan :
Ahmad’s SAGA # Index B http://4uni2c.wordpress.com/2014/12/11/ahmads-saga-index-b/
Ali’s SAGA # 01 Ali Adalah Manifestasi Jenerasinya https://4uni2c.com/2014/09/11/alis-saga-01-ali-adalah-manifestasi-jenerasinya/
** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK: http://ww.4wuni2c.com
@OPajar #12Y21