Ahmad’s SAGA #008 Dipaksa Mengaku ‘Zul Yahaya’

*** Untuk menCARI  lain-lain PenCERAHan sila KLIK pada bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN, kemudian SKROL.

(Pengguna smartphone (SP) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda)

Dipaksa Mengaku “Zul Yahya”

Dalam Suara Keadilan terbaru bertarikh 20 November 2012 di muka UMUM 29 terpampang gambar Ahmad bersama dengan seorang anggota polis. Di bawah gambar beliau itu tertera tajuk berita, “Polis paksa Ahmad mengaku ‘Zul Yahaya

Acik (Ayah/Abang+cik) tak bercadang untuk menyalin seluruh berita tersebut ke dalam blog ini. Cuma ingin Acik nak petik sebahagian saja dari apa yang dilaporkan itu. “Pada 8 November  lalu, Ahmad mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bharu atas dua pertuduhan menghina Sultan Johor, Sultan Iskandar menerusi laman sosial facebook”

“Ahmad didakwa memuat naik status menghina itu di laman facebook yang didaftarkan atas nama Zul Yahaya di Dewan Tan Sri Mohamad Rahmat, Kampung Pasir, Tampoi kira-kira 3 petang, 21 Oktober lepas”

“Ahmad juga didakwa melakukan perbuatan sama di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor 10 Oktober lepas”.

“Dia ditahan di pejabatnya di Cheras 8 November (ralat: 2 November bukan 8) lalu oleh polis Johor dan didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998”.

Sebelum terlupa biarlah Acik ucapkan dulu terima kasih yang tak terhingga kepada Suara Keadilan kerana turut perihatin terhadap kes Ahmad. Ia tentulah dapat menjadi sumber semangat dan inspirasi kepada Ahmad khususnya dan Acik seluruh anggota keluarga amnya.

Sebenarnya ketika Ahmad ditahan pada 2 November di pejabatnya, Acik sekeluarga tidak tahu dengan jelas apa kesalahan Ahmad sebenarnya.  Sekadar yang kami difahamkan ialah Ahmad dituduh “menghina Sultan Johor” melalui laman facebooknya. Kononnya laporan terhadap Ahmad telah diterima oleh polis Johor kerana laporan dibuat di Johor. Maka itulah sebabnya  polis Johor terpaksa datang menangkap Ahmad dan membawanya pulang ke Johor untuk tindakan selanjutnya.

Kebetulan Ahmad tinggal dan berkerja di Kuala Lumpur maka polis Johor terpaksalah datang ke Kuala Lumpur. Agaknya jika Ahmad sedang bertugas di Kota Kinabalu, maka terpaksakah anggota-anggota polis yang sama terbang ke sana demi membawa Ahmad ke Johor untuk dikenakan hukuman ?

Apakah ini SOP (Standard Operating Procedure) yang wajib dipatuhi oleh semua polis di seluruh Malaysia ataupun hanya dipatuhi oleh polis Johor saja, tiadalah pula Acik tahu. Apa pun,  Acik nampak SOP demikian adalah agak lucu. Bayangkan jika sekiranya satu laporan dibuat oleh seorang anak jati Johor di Balai Polis Johor Bahru, terhadap seorang “penangite” yang kini sedang berkerja di England.  Maka anggota-anggota polis yang sama jugakah yang akan terbang ke England bagi menjejaki orang yang dilaporkan bersalah itu ?  Banyak benarkah duit kerajaan kita.

Berita yang terbit dalam Suara Keadilan tersebut, mengubah persepsi APcik 180 darjah terhadap kes Ahmad. Sekarang barulah Acik nampak bahawa ada sedikit rasional kenapa Ahmad perlu dibawa ke Johor. Rasionalnya ialah Ahmad rupa-rupanya dituduh melakukan kesalahan di Johor, maka beliau dibawa ke Johor untuk dibicarakan.

Bukanlah ia dibawa ke Johor kerana laporan terhadapnya dibuat di Johor seperti apa yang Acik difahamkan sebelum ini.  Jika sekadar laporan terhadapnya dibuat di Johor maka tentulah alasan Ahmad dibawa ke Johor  untuk  dibicarakan di Johor,  tidak masuk akal.

Sebenarnya, di sepanjang Ahmad menjalani tempoh tahanan reman PERTAMA, pihak polis gagal  mendapatkan sebarang bukti yang layak dijadikan asas bagi membolehkan Ahmad didakwa. Ini kerana Ahmad terus “berdegil” tidak mau mengaku telah melakukan apa-apa kesalahan seperti yang dituduh terhadapnya. Akhirnya, dengan kebijaksanaan peguam (En Ziadi Zaidon & Mohd Zakuan Adenan) yang diminta oleh keluarga Acik membela Ahmad, Tuan Majistret telah melepaskan Ahmad dari tahanan reman tersebut. Sedangkan pihak polis inginkan agar reman tersebut dilanjutkan.

Walaubagaimanapun polis kemudiannya telah berjaya mendapatkan suatu perintah reman yang baru terhadap Ahmad pada esoknya.  Dalam tempoh reman KEDUA itulah Ahmad terus disoal siasat. Kerana tidak tahan dengan pujukan dan ugutan yang dihadapkan kepadanya sepanjang sessi soal siasat tersebut,  Ahmad akhirnya terpaksa mengalah.

Beliau pun mengaku sebagaimana yang disuruh mengaku oleh pihak polis .  Pengakuan tersebut rupa-rupanya telah dijadikan asas bagi  mendakwa Ahmad di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia  seperti yang dilaporkan dalam Suara Keadilan itu.

Bagi Ahmad, beliau tatap mengaku tidak bersalah kerana pengakuan yang dibuat beliau itu adalah akibat dari unsur-unsur paksaan atau bukan secara suka rela. Kalau bukan paksaan pun, pengakuan beliau adalah kerana tertipu oleh janji-janji manis polis yang menyoal siasat beliau. Kononnya beliau akan dibebaskan pada hari yang sama sekiranya beliau membuat pengakuan sepertimana yang di”nasihat”kan.

Kita semua pun tahu bahawa paksaan mampu menghasilkan apa jua pengakuan yang dihasratkan oleh pihak tertentu. Namun apa yang dihasilkan itu tidak mungkin akan menjadikan yang palsu itu tulen.  Ia umpama memaksa seekor beruang mengakui dirinya arnab sepertimana yang digambarkan dalam kisah Arnab Menjadi Beruang.  Sila rujuk blog Ahmad’s SAGA #003 : https://4uni2c.com/2012/11/11/kisah-arnab-menjadi-beruang/

Kini timbul tanda tanya lain pula di hati Acik. Siapakah gerangan “Zul Yahaya” yang dikaitkan dengan Ahmad itu.  Memang tak mustahil bahawa individu yang begelar “Zul Yahaya” itu memang wujud di mayapada ini. Dan mungkin juga individu ini ada membuat kerja  bodoh itu,  iaitu memuat naikkan status yang menghina Sultan berkenaan di laman facebook beliau di tempat dan pada tarikh tertentu.  Jika demikianlah yang dilakukannya maka ada kemungkinan tak “Zul Yahaya” tu seorang anggota polis ?

Kalau Zul Yahaya bukan seorang anggota polis, maka ini membuat Acik lebih kagum dan “curious” dengan status “Zul Yahaya” itu.  Sudah pastilah beliau merupakan seorang individu yang tersangat istimewa di kalangan seluruh anggota polis di IPK Johor.  Jika tidak, masa kan beliau diberi AKSES ke Pusat Media IPK tersebut. Oleh itu sekirannya terbukti bahawa Zul Yahaya itu adalah Ahmad,  Acik kena “salute” anak Acik itu di atas kehebatan beliau, walaupun apa yang telah beliau lakukan itu Acik tetap tak “approved”.

Di sini teringat oleh Acik akan kisah bagaimana tercetusnya idea supaya akta ISA yang ori (original=asal) itu dipinda. Sebelum ianya dipinda, OKT masih mempunyai peluang membela diri. Dengan kata-kata lain, dalam akta ISA yang ori itu masih ada peruntukan bagi OKT membuat pembelaan untuk dirinya.  Ini bermakna, masih ada jugalah kira-kira 5% – 10% peluang OKT memboloskan diri dari perangkap ISA.

Tetapi bagi akta ISA yang telah di-“upgrade” atau di-“improvise” itu, peluang untuk memboloskan diri tinggal 0.0% peratus saja. Senang cakap, habuk pun tak de.  Inilah yang membuat penggubalnya (seorang Mad Saleh) sendiri terkejut beruk bila dimaklumkan kepadanya tentang pindaan tersebut,  ketika beliau melawat Malaysia suatu ketika dahulu.

Kata orang putih  “the last straw that breaks the camel’s back” (jerami terakhir yang menyebabkan tulang belakang unta patah = retak menanti belah) yang membawa kepada pindaan ke atas ISA itu ialah suatu peristiwa bersejarah. Peristiwa ini melibatkan peguam tersohor YB Karpal Singh.

Khabarnya YB Karpal Singh telah didakwa melakukan kesalahan di bawah ISA. Beliau telah dituduh memberi suatu ucapan berbaur hasutan yang boleh mengancam keselamatan negara. Insiden ini berlaku di sebuah dewan pada suatu tarikh dan masa. Malang bagi si pendakwa kerana pada tarikh dan masa OKT itu dituduh menyampaikan ucapan tersebut, beliau (OKT tersebut) sebenarnya sedang berada di dalam mahkamah kerana terlibat dengan suatu perbicaraan.

Nak jadi cerita, peguam yang bernama YB Karpal Singh itu berjaya membuktikan bahawa pada tarikh dan masa beliau dituduh melakukan kesalahan yang memungkinkan beliau dipenjarakan di bawah akta ISA itu, beliau tidak berada di tempat kejadian.  Maka beliau terpaksalah dibebaskan dari tuduhan palsu itu dan selamatlah beliau dari hukuman penjara.

Lebih kurang sama macam tuduhan yang dikenakan terhadap DSAI bahawa beliau melakukan kerja curang di sebuah kondo. Tiba-tiba didapati pada tarikh berkenaan kondo berkenaan belum lagi wujud. Kantoi lah pihak yang membuat tuduhan.

Dari segi logik akal, bolehkah seseorang itu berada di dua tempat yang berlainan, sambil melakukan dua kerja yang berlainan dalam suatu masa yang sama ?  Acik percaya dari 100 orang pembaca blog Acik ni tentu 99 akan kata mustahil. Cuma seorang saja yang mungkin akan kata tidak mustahil. Dia ni samada individu yang tidak siuman atau yang percaya kepada yang karut marut 101 peratus.

Acik percaya peristiwa di atas tentu telah mencetuskan kemarahan membara individu yang MAHA-berkuasa di bumi Malaysia ketika itu. Individu yang Acik maksudkan itu ialah MAHA-thir lah, tokoh penting (TP) yang menjadi PM paling “power” berbanding dengan PM-PM sebelumnya. Apakah tindak- balas beliau ?  Demi mengelakkan peristiwa yang serupa berulang, khabarnya beliau telah mengarahkan supaya akta ISA dipinda menjadi lebih “power”.

Hasil dari “cetusan idea” PM yang MAHA-berkuasa itulah maka akta ISA selepas pindaan tidak langsung menyediakan sebarang ruang kepada “mangsa” untuk membela diri. Jika seseorang itu hendak dipenjarakan, maka Menteri Dalam Negeri hanya perlu menandatangani surat arahan penahanan ke atas mangsa. Tiada siapa yang boleh mempertikaikan penahanan tersebut hatta Yang Amat Arif Ketua Hakim Negara sekali pun.

Dengan kata lain menteri berkenaan layaklah mendabik dada sambil berkata, “aku boleh tangkap siapa saja Ikut Suka Aku”.  ISA = Ikut Suka Aku. Jika menteri yang bukan menteri perdana pun sudah ada kuasa sedemikian tinggi, menteri perdana sudah tentulah lebih “power” lagi.  Bukti bahawa Pak Lah seorang insan berhati mulia ialah apabila beliau telah menggunakan kuasa tersebut bagi membebaskan DSAI walaupun DSAI adalah musuh politiknya.

Mengambil  peristiwa di atas sebagai iktibar, Acik tak terkejut jika sekiranya apa yang telah dialami oleh YB Karpal Singh turut dialami pula oleh Ahmad. Malah inilah apa yang Acik sekeluarga doa dan hasratkan. Begitu juga, tak mustahil jika sekiranya selepas Ahmad dibebaskan nanti, akta berkenaan akan diperkemaskan supaya tidak ada OKT lain selepas Ahmad, yang akan terlepas dari perangkap yang dipasang.  Sama-samalah kita lihat bila tiba masanya nanti. Terlebih dahulu Acik ucapkan terima kasih yang tak terhingga Acik kepada setiap individu yang berdoa untuk Ahmad.

Wallahualam,

D a u l a t   R a k y a t  !

Lain-lain PenCERAHan yang relevan :

Ahmad’s SAGA # Index B   http://4uni2c.wordpress.com/2014/12/11/ahmads-saga-index-b/

Ali’s SAGA # 01 Ali Adalah Manifestasi Jenerasinya https://4uni2c.com/2014/09/11/alis-saga-01-ali-adalah-manifestasi-jenerasinya/

 

** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK:   http://ww.4wuni2c.com

 

@OPajar #12Y23

~ by OPajar on 2012-11-23.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: