CEREKANA #12Z07 Jangan Tanya Uz Don’t
CEREKANA #12Z07 Tanyalah Ustaz Don Jangan Tanya Uz Don’t
Untuk menCARI lain2 TAJUK sila KLIK nama bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN, kemudian SKROL
Soalan 1: “Uz Don’t, kenapakah azan dilaungkan dengan sekuat-kuatnya hingga dengak sampai ke hujung kampong ?”
Jawapan 1: “Pertama supaya tidak ada seorang pun orang Islam yang tak dapat dengak azan itu. Kedua sebab lebih kuat azan maka lebih ramai yang akan datang ke masjid berjemaah”
Soalan 2: “ Uz Dont, kenapa masjid suka sangat bukak spika deras-deras sampai satu kampong boleh dengak ustaz sedang berceramah di masjid ?”
Jawapan 2: “ Adapun tujuan membukak spika deras-deras ialah untuk memberi peluang kepada suri-suri rumah tangga turut sama mengikuti kuliah yang diadakan di masjid sambil masak atau lipat kain di rumah”
Soalan 3: “Uz Dont, kenapa pula lepaih kuliah dah tamat pun masih bukak spika deras-deras juga sampai satu kampong boleh dengak Imam sedang mengimami solat jumaah di masjid ?”
Jawapan 3: “ Ini satu soalan yang sangat power, terima kasih. Memandangkan ramai orang Islam tak minat datang ikut Imam solat berjemaah di masjid, maka biarlah mereka ikut Iman solat berjemaah di rumah masing-masing. Bahawasanya tidak ada paksaan dalam agama”
Komen 1: “Tak kan macam tu kut Uz, biaq betuai!”
Respon 1: “Jika hang tak setuju dangan Uz Dont, tanyalah pula Ustaz Don”
@OPajar #12Z07
OPajar
#12Z07