CEREKANA #12Z08 Pesakit Otak Dakwa Doktornya GILA

CEREKANA #12z08 Pesakit Otak Mendakwa Doktor Yang Mengubatinya  “GILA” ?

Untuk men CARI lain2 TAJUK  KLIK nama bulan di bawah ARCHIVES di kanan skrin, kemudian SKROL

** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK:   http://www.4uni2c.com

Pesakit Otak Mendakwa Doktor Yang Mengubatinya GILA

May 9, 2012 at 10:42 am

Baru-baru ni masyarakat 1Msia gempar dengan pelbagai “fatwa” yang dikeluarkan oleh beberapa pihak samada individu mahupun kumpulan. Namun bagi Acik (Abg/Pakcik) tidak ada yang lebih menggemparkan dari “fatwa” yang mengatakan bahawa YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat  (Menteri Besar Kelantan sekarang) seorang yang “kafir”. Nauzubillah !

APcik tak nak komen panjang tentang idividu yang mengeluarkan “fatwa” tersebut kerana bagi Acik dia adalah seorang individu yang bukan sekadar dah “RETIRED” malah dah “EXPIRED” pun.  Sebaliknya ia mengingatkan semula kepada Acik tentang dua perkara:

#1.  Dalam Surah ke 36 ayat 68 Allah berfirman maksudnya, “Dan barang siapa Kami panjangkan umurnya niscaya Kami kembalikan dia kepada awal kejadiannya (yakni menjadi lemah dan kurang akal, seperti anak kecil). Maka mengapa mereka tidak mengerti ?”.  Iman Shafie pernah memberi petua (bukan fatwa) jika sesorang itu orang yang jujur, insya Allah dia akan terkecuali dari maksud ayat tersebut. Dengan kata mudah, orang yang jujur  tidak cepat nyanyok dan sebaliknya bagi yang tak jujur. Jika di”sanding”kan YAB TG Nik Aziz dengan individu  “expired” yang melabelkan beliau “kafir” itu, kemudian diminta hazirin sekalian merenjis air mawar atau air wangi kepada yang lebih jujur di antara kedua mereka, niscaya akan basah kuyuplah YAB TG Nik Aziz. Sebaliknya yang akan terus kering kontang ialah “pasangan” yang di sebelah beliau yakni individu yang “expired” itu. Jadi jika berdasarkan petua Imam Shafie tersebut, maka tahulah kita siapa yang akan lebih dahulu nyanyok di antara keduanya walaupun dari segi umur  mungkin ada sikit perbezaan di antara mereka berdua.

Namun perlu diingatkan bahawa istimewanya bagi orang yang dah nyanyok ialah, dia terlepas dari hukuman bersalah jika terbukti bahawa kesalahan itu dilakukannya ketika dia dalam keadaan nyanyok.  Jadi sukalah APcik menasihati rakan2 FB semua agar kita yang belum nyanyok ni  usahlah lebih-lebih sangat dalam mempamirkan kemarahan kita terhadap individu yang dah “expired” tu walaupun kita memang amat simpati terhadap YAB TG Nik Aziz kita itu atas dasar kebenaran dan keadilan. Cuma yang masih kita nak tahu sangat-sangat ialah adakah ketika mengeluarkan kenyataan trajis tersebut individu “expired” itu berada dalam keadaan penuh sedar dan siuman ataupun mabuk.

#2.  Kononnya suatu ketika dahulu ada seorang pesakit otak yang sedang menerima rawatan di sebuah Hospital Bahagia. Nama beliau ialah Rayin Noh (RN).  Si RN ini tiap-tiap pagi akan membawa sebuah baldi dan sebatang kayu penyapu ke sebuah padang yang berhampiran dengan bilik wad di mana dia ditempatkan . Di tengah padang kecil itu dia akan beraksi seperti seorang kaki joran yang sedang memancing ikan.  Kononnya bagi beliau, baldi itu merupakan sebuah lubuk yang penuh dengan ikan kelah.

 Mengikut maklumat dari sumber yang masih boleh dipercayai (kerana bukan dari media perdana), punca  Si RN mengalami kegagalan mental adalah akibat memancing ikan di sebuah lubuk yang dipercayai dijaga rapi oleh masyarakat Bunian. Mengikut seorang rakan karib Si RN, masyarakat  Bunian berkenaan sebenarnya tidak marah sangat kepada Si RN kerana menceroboh masuk ke dalam jajahan mereka. Tapi yang membuat  Si Bunian marah gila ialah kerana mulut celupar Si RN mengeluarkan kata-kata kesat yang tak dapat ditoleransi oleh masyarakat Bunian tersebut.  Betul  juga kata orang tua-tua kita, “terlajak perahu boleh diundur, terlajak cakap buruk padahnya”. Sekarang  biarlah Si RN tu merasai nikmat mulut celuparnya itu. Kata orang kampung  APcik pula, “biaq padan dengan mukanya

Satu pagi ketika Si RN sedang asyik “memancing”, maka doktor  yang merawat beliau (Dr Nanim) secara kebetulan lalu dekat padang itu. Aksi Si RN turut menarik perhatian doktor tersebut. Beliau pun datang menghampiri Si RN  lalu bertanya, “Hai, banyak dapat ikan ? “. Si RN macam terkejut dengan kehadiran dan soalan doktornya itu. Dia memandang tajam ke mata Dr. Nanim sejenak, kemudian menjawab dengan nada yang agak tinggi, “Doktor ni GILA kut, atas padang ni mana ada ikan !”. Dr. Nanim agak terkejut dengan respons Si RN yang tak disangka itu. Hati kecilnya berkata, “engkau yang GILA, kata aku gila. Ni mesti anak didik mantan KPN“.  Dengan tersipu-sipu dan sedikit rasa kesal beliau terus beredar dari tempat kejadian. Walaubagaimana pun adegan lucu tersebut sempat juga dirakam oleh seorang peserta BERSIH x.0 (yang kebetulan berada di situ), dengan menggunakan telefon bimbit Myimannya. Bersumber dari beliaulah maka kita semua dapat membaca cerita yang sangat relevan dengan isu semasa yang sedang panas sekarang.

Berdasarkan apa yang kita telah sama-sama baca di atas, maka tak ada apa yang kita patut hairan jika ada satu pihak bertindak keterlaluan melabelkan pihak lain dengan apa saja label yang dia rasa sesuai dengan kepala otaknya. Misalnya seorang yang “bodoh” melabelkan saingnya ”bodoh”.  Si jahil melabelkan orang yang dengan ikhlas menasihatinya, sebagai “jahil”. Mungkin sudah menjadi naluri seseorang kut, bahawa dia akan anggap orang lain macam dirinya yang sebenar, tanpa dia sendiri sedarinya. Dengan lain perkataan, tindakan melabelkan orang lain “jahil” mungkin merupakan satu bentuk pegakuan oleh penglabel berkenaan tentang wujudnya sifat jahil yang tersembunyi dalam dirinya, yang mendominasi fikirannya ketika membuat sesuatu kenyataan.

Kembali kepada kes YAB TG Nik Abd Aziz dilabel “kafir”, ini adalah satu yang sangat trajis bagi orang-orang yang faham Islam. Ini kerana akibatnya adalah tersangat berat. Si penglabel akan otomatik jadi “kafir” jika sekiranya individu yang dilabelnya itu tidak sah kekafirannya di sisi Allah yang Maha Mengetahui. Bagi orang lain entahlah. Tapi bagi Acik, jalan yang paling selamat ialah Si penglabel berkenaan wajar bertaubat disamping memohon maaf kepada YAB TG Nik Aziz ASAP.

Namun, bagi Acik mujur juga sebab Si penglabel berkenaan belum mencabar YAB TG  supaya bersumpah laknat. Misalnya dengan berkata, “kalu mu yakin mu bukan kafir, mu kena bersumpah laknat dengan menjunjung Quran”.  Biasalah dengan puak-puak tu. Bagi mereka, dengan sumpah laknat saja semuanya boleh “settle” belaka.  Jika ini berlaku, Acik kuatir akan berduyun-duyun ahli PR keluar PR untuk masuk BN kerana Acik yakin Tuan Guru tidak akan buat apa yang orang jahil “nasihati”. Akibatnya, akan ramailah ahli-ahli PR yang jahil akan mula ber”hijrah” keluar dari PR untuk menyertai kumpulan yang serupa dan semasa dengan mereka yang sedang menunggu di luar PR. Sama-samalah kita tunggu dan lihat.  Wallahualam.

SELINGAN:

Nazri : “Tun Mahathir label anak didiknya ‘kurang ajar’ sedangkan beliaulah CIKGUnya”

Sila KLIK para berikut:
https://www.facebook.com/photo.php?v=346023522186800&set=vb.162138223914613&type=2&theater

@OPajar   #12509

~ by OPajar on 2012-12-08.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: