4uni2c#12z25 BR1M 2.0 dan Strategi Abu Nawas
** Untuk menCARI lain-lain PenCERAHan sila KLIK pada nama bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN, kemudian SKROL **
( Pengguna smartphone (SP) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda)
.
BR1M 2.0 dan Strategi Abu Nawas
.
(Catitan: PenCERAHan ini ditulis pada 25Disember 2012)
Dalam akbar Sunday Star pada m.s. 2 (NATION), 23Disember 2012 baru-baru ini, ada sebuah berita berbunyi, “More than 2.3 million people have registered for BR1M 2.0”. Acik tak cadang nak khabar secara detail apa yang dinyatakan oleh Menteri Kewangan Ke-2 (DS Ahmad Husni Hanadzlah) itu sebab masing-masing boleh pi baca sendiri. Yang Acik cadang nak buat di sini ialah mengaitkannya dengan satu kisah bertajuk, “ Strategi Abu Nawas ”
Kononnya, di zaman pemerintahan Amirul Rashid di Kota Baghdad dahulu ada seorang yang sangat pintar akhalnya. Beliau digelar Abu Nawas. Namun bila nak dilantik menjadi khadi beliau menolak. Alasan yang diberi beliau ialah beliau tak layak. Oleh sebab Raja yakin bahawa beliau sebenarnya sangat layak maka Raja pun berkata, “Jangan kau dusta. Beta tahu engkau sangat layak menjadi seorang Khadi !” Maka jawab Abu Nawas, “Oleh sebab patik seorang pendustalah maka patik tak layak menjadi seorang Khadi”
Pada suatu hari Abu Nawas membuat dakwaan bahawa beliau tahu di mana lokasi pusat bumi. Maka gemparlah pakar-pakar ilmuan pada masa itu mempertikaikan dakwaan Abu Nawas itu. Persatuan Ilmuan ketika itu pun memanggil Abu Nawas supaya membuktikan bahawa dakwaan beliau itu benar. Dengan syarat yang ditetapkan oleh Abu Nawas maka berhimpunlah para-para ilmuan semua di pinggir sebuah padang pasir yang terbentang luas.
Setibanya Abu Nawas ke lokasi yang dijanjikan itu, maka sunyi senyap jadinya suasana. Agaknya masing-masing bengung melihat ketibaan Abu Nawas sebab pada sangkaan mereka beliau tidak akan berani menghazirkan diri. Dengan selambanya Abu Nawas pun turun dari kaldai kenderaannya, lalu bersalaman dengan ketua-ketua kumpulan yang menanti beliau itu. Lebih menakjubkan ialah wajah beliau begitu tenang sekali, tiada ada tanda-tanda kebimbangan apa-apa pun.
Selepas berehat sejurus maka sampailah masanya bagi Abu Nawas menunjukkan lokasi yang dikatakan sebagai pusat bumi itu. Maka Abu Nawas pun mengambil sebatang tongkat lalu berjalan kearah matahari jatuh (Barat). Kira-kira 100 meter dari tempat beliau mula melangkah itu, beliau pun memacak tungkatnya itu lalu memekik, “ di sinilah pusat bumi. Jika ada sesiapa yang kurang yakin, silalah ukur dan buktikan kepadaku bahawa dakwaan aku ini salah !”
Bayangkanlah ketika itu, siapakah yang mampu mebuktikan bahawa apa yang didakwakan oleh Abu Nawas itu salah. Samalah juga dengan dakwaan pihak polis bahawa kadar jenayah dan kadar kemalangan jalan raya menurun. Jika ada rakyat tak percaya pun apa kemampuan yang ada bagi mempertikaikan bahawa dakwaan pihak polis itu salah.
Dalam isu BR1M 2.0 ini, yang mengeluarkan statistic mengatakan bahawa 2.3 juta rakyat yang berdaftar bagi menuntut rm500 tiap seorang ialah pihak kerajaan. ( Angka terkini ialah 4.3 juta yang layak menerima RM500 seorang). Katakanlah Acik kurang percaya bahawa sebegitu ramai yang telah memohon kerana rata-rata rakyat Malaysia ini kaya-kaya belaka. Tapi apa daya upaya Acik nak buktikan bahawa kenyataan Menteri berkenaan salah dan sebaliknya Aciklah yang betul. Oleh itu biarlah Acik presume atau tanggapkan bahawa kenyataan itu benar. Dengan kata lain, kesemua 4.3 juta memang layak dan akan menerima rm500 seorang.
Namun timbul pula satu kemusykilan dalam hati Acik, betulkah bahawa setiap mereka itu akan benar-benar merima haknya rm500. Andaikata yang benar-benar menerima haknya adalah sekitar 300 ribu orang saja ataupun kurang dari itu, siapakah yang akan mampu mempertikaikan kemana wang selebihnya itu nanti pergi.
Untuk lebih jelas, bayangkan anda seorang guru kelas yangmana kesemua 40 orang murid anda layak menerima bantuan makanan sekolah. Bagi memastikan bahawa tiada seorang pun dari 40 orang murid anda itu yang terabai, maka suruh saja murid yang belum dapat bantuan berkenaan angkat tangan semasa mengemukakan pertanyaan tentang bantuan itu dalam kelas nanti. Kaedah yang sama masih boleh diaplikasikan di peringkat sekolah oleh guru besar atau pengetua.
Namun bila sampai ke peringkat kampung dan daerah maka realitinya agak berbaza . Ramai yang berhak mendapat bantuan tetapi pada hakikatnya tidak dapat. Contoh ketara ialah bantuan banjir setiap kali berlaku banjir. Berapa ramai yang patut dapat bantuan dari kerajaan tapi tidak dapat. Samada dengan disengajakan atau pun sebaliknya. Itu baru di peringkat kampung dan daerah, jika peringkat nasional tentulah akan lebih teruk lagi.
Mengikut persepsi Acik, yang kerajaan ghairah sangat nak “beri” rm500 kepada setiap dari 4.3 juta rakyat yang layak itu bukanlah apa sangat. Tapi yang lebih penting ialah untuk mem“BOLEH” kan beberapa billion ringgit duit dari dana negara dikeluarkan, kononnya atas tujuan mengagihkan kepada setiap orang dari 4.3 juta itu. Samada yang benar-benar akan menerimanya nanti hanya 100 ribu kah, 200 ribu kah, 300 ribu kah dan seterusnya, itu belakang kira. Siapakah yang akan mampu membuktikan bahawa yang benar-benar menerima wang itu nanti tidak sampai 4.3 juta orang ? Samalah macam dalam kisah Strategi Abu Nawas di atas, siapakah yang mampu membuktikan beliau salah. Yang mampu membuktikannya hanyalah PERSEPSI saja. Tapi PERSEPSI bukanlah suatu bukti bagi suatu realiti.
Wallahualam.
Lain-lain PenCERAHan yang relevan:
CEREKANA – Kisah Pemandu Yang Bangang : https://4uni2c.com/2012/10/21/kisah-pemandu-yang-bangang-the-confused-driver/
** Untuk menu UTAMA sila KLIK: http://www.4uni2c.com
@OPajar
#12z25