CEREKANA #13225 Sheriff Yang BANGANG
*** Untuk menCARI lain-lain TAJUK sila KLIK nama bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN, kemudian SKROL.
(Pengguna smartphone (SP) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda)
Sheriff Yang BANGANG
Pada zaman dahulu di sebuah gurun pasir di negara Amerika terletak sebuah pekan kecil yang dikelilingi oleh beberapa buah kampung. Sesuai dengan keadaan semasa pada zaman itu, maka pekan tersebut boleh dikatakan sebuah pekan yang serba lengkap. Selain dari kedai-kedai dan hotel, pekan tersebut juga mempunyai sepasukan pengawal keselamatan yang digelar akannya “Sheriff”.
Tugas Sheriff pada masa itu adalah seperti polis pada masa sekarang. Mereka akan menguatkuasakan undang-undang yang diterimapakai pada masa itu. Mana-mana orang yang melanggar undang-undang akan ditangkapnya dan dibawanya ke hadapan hakim untuk dibicara dan dijatuhi hukuman yang setimpal.
Kononnya satu kecurian telah berlaku terhadap sebuah hotel di pekan tersebut. Adalah disyaki bahwa ianya telah dilakukan oleh sekumpulan pelawat yang menginap di hotel berkenaan pada malam sebelumnya. Sebuah peti wang telah dibawa lari oleh pencuri berkenaan menjelang pagi.
Setelah meninggalkan pekan bekenaan agak sekian jauh, maka timbullah kebimbangan dihati ahli-ahli kumpulan yang mencuri peti wang tersebut. Mereka percaya, mereka akan pasti diburu oleh Sheriff pekan berkenaan apabila mendapat laporan dari pemilik hotel bekenaan.
Supaya tidak ada bukti bahwa merekalah yang telah mencuri peti wang tersebut, mereka pun bercadang menyembunyikan bahan bukti (iaitu peti wang yang dicuri) itu dari dikesani. Tanpa berbincang dengan ahli-ahli kumpulannya, ketua kumpulan tersebut terus mengarah supaya peti wang (yang belum boleh dibuka) itu ditanam saja untuk seketika.
Peti besi yang berisi wang itu pun ditanam dekat dengan sebuah persimpangan jalan agar tidak susah mencarinya nanti. Setelah ditanam peti wang tersebut, di atas “kubur”nya diletaklah sebuah papantanda dengan notis yang berbunyi “di sini tidak ada di simpan peti wang itu”. Kumpulan pencuri tersebut kemudiannya pergi meninggalkan lokasi tersebut. Mereka bercadang akan datang semula bagi mengambil balik peti wang tersebut apabila berita tentang kecurian tersebut telah sejuk nanti.
Apa yang disangka oleh kumpulan pencuri itu memang benar berlaku. Seorang Sheriff telah diarah menjejaki mereka. Setelah beberapa lama keluar mencari pencuri yang disyaki, maka sampailah Sheriff itu di persimpangan jalan di mana peti wang yang kena curi itu ditanam.
Sheriff tersebut pun menghampiri “kubur” tersebut kalau-kalau peti wang yang dicuri itu ditanam di situ. Ini kerana dari jauh lagi beliau boleh nampak ada kesan-kesan tertentu yang menunjukkan bahawa di lokasi tersebut ada dilakukan penggalian tanah.
Walaubagaimanapun, sebaik sahaja Sheriff tersebut terbaca notis yang ditulis pada papantanda di atas “kubur” berkenaan maka beliaupun terus meninggalkan persimpangan tersebut. Mengikut pemikiran bangangnya, sekiranya di situ ada ditanam sesuatu, masakan si penanamnya akan meletakkan notis yang berbunyi “di sini tidak ada ditanam peti wang itu”. Maka selamatlah peti wang berkenaan dari dikesani oleh sheriff yang BANGANG itu.
Tidak lama selepas itu, lalulah pula sepasang anak muda yang menunggang kereta kuda dipersimpangan berkenaan. Mereka berhenti sebentar kerana tertarik dengan papantanda yang berdiri di persimpangan tersebut. Dengan membaca notis pada papantanda berkenaan fikiran rasional mereka mengsyaki sesuatu.
Tanpa membuang masa mereka pun menggali “kubur” berkenaan. Apa yang mereka duga memang menjadi realiti. Di dalam “kubur” itu terdapat sebuah peti besi yang penuh dengan wang. Peti wang tersebut pun dimuatkan mereka ke dalam kereta kudanya lalu mereka pun bergegas meninggalkan persimpangan tersebut.
Sebelum beredar dari situ, mereka menggantikan notis yang terpapar di papantanda berkenaan dengan yang lain. Notis yang mereka tinggalkan itu berbunyi, “kami tidak mengambil peti wang itu”. Pasangan itu menuju ke pekan berkenaan untuk memulangkan peti wang tersebut kepada pemiliknya. Tulisan yang terter pada peti wang tersebut membolehkan mereka mengenalpasti hotel yang pemilik peti wang berkenaan.
Besoknya datanglah semula kumpulan pencuri berkenaan ke persimpangan jalan tersebut untuk mengambil balik peti wang yang ditanam mereka di situ semalam. Betapa ega hati mereka bila membaca notis yang tertera di papantanda berkenaan.
Dengan tidak sabar-sabar lagi mereka pun menggali “kubur” berkenaan. Wah terkejut beruk masing-masing bila habuk peti wang tersebut pun tidak dapat mereka temui lagi. Sebaliknya apa yang dapat mereka temui hanyalah suatu kekecewaan yang teramat sangat.
The Moral of the Story (M o S)
Pencuri yang digambarkan dalan CEREKANA di atas adalah lambang keBODOHan setengah orang yang masih boleh kita ketemui di kalangan kita sekarang. Namun yang seBODOH Sheriff berkenaan tentu sangat jarang kita temui. Kalau pencuri dalam CEREKANA di atas itu sudah dikira BODOH, betapa pula individu seperti Sheriff berkenaan. Beliau tentulah dua kali lebih BODOH dari pencuri tersebut.
Acik (Ayah/Abang+cik) harap rakyat Malaysia yang bakal membuang undi pada PRU13 tidaklah seBODOH Sheriff yang digambarkan dalam CEREKANA di atas. Maksud Acik ialah, JANGANlah jadi pengundi yang BUTA politik. BUTA politik akan mengakibatkan diri mudah diperBODOHkan oleh BN dulu, kini dan selamanya. Yakni, supaya tidak lagi memberi undi kepada BN seperti dalam semua PRU yang lepas-lepas.
JANGANlah mudah percaya kepada slogan “Janji diTEPATi” BN menjelang PRU13 ini. Sebaliknya percayalah bahawa slogan yang lebih sesuai dan tepat bagi BN ialah “ Janji diCAPATi”
Maksud janji diCAPATi ialah janji yang mudah diLUPAi. Ini dikiaskan kepada seorang pemakan CAPATI yang begitu berselera ketika sedang menghadapi sekeping CAPATI di dalam sebuah pinggan. Tetapi sebaik saja selepas CAPATI tersebut dimentedarahnya (dimakannya), belum pun sempurna ia dihazam di dalam perutnya, wajah CAPATI tadi dah tak diingati lagi oleh beliau.
Itulah sebenarnya sifat atau integrati yang layak buat BN mengikut persepsi Acik. Persepsi ini adalah berdasarkan pemantauan Acik ke atas tindak tanduk BN sejak memerintah Msia lebih 50 tahun.
Slogan “Janji diTEPATI” itu sendiri menggambarkan bahawa mereka ragu-ragu terhadap kepecayaan rakyat terhadap janji-janji mereka selama ini. Samalah macam pecuri dalam CEREKANA di atas. Kerana terlalu kuatir akan ada orang yang tahu bahawa peti wang tersebut ditanam di persimpangan jalan tersebut, maka diletakkannya notis yang berbunyi, “di sini tidak ada ditanam peti wang itu”.
Natis tersebut sebenarnya tidak dapat menipu sesiapa jua yang membacanya kecuali orang yang tersangat BODOH seperti Sheriff berkenaan. Jika dianologikan kepada SPRM, hanya orang bodoh saja percaya bahawa dengan wujudnya SPRM maka rasuah tidak lagi berlaku di dalam negara. Sedangkan penubuhan SPRM adalah manifestasi rasuah berleluasa dalam negara.
Oleh itu di sini dengan IKHLAS Acik menyeru seluruh rakyat Malaysia bakal-bakal pengundi sekalian, agar mengikuti contoh yang ditunjukkan oleh pasangan muda di dalam CEREKANA di atas. Janganlah hendaknya menjadi BODOH seperti ketua pencuri tersebut. Jauh sekali menjadi begitu BANGANG seperti Sheriff berkenaan.
Dengan rengkasnya, BERIlah pula MANDAT memerintah negara ini kepada Pakatan Rakyat melalui PRU13 nanti. Ini adalah PERLU demi kepentingan jenarasi anak cucu kita malah untuk keLEGAaan segera untuk kita sendiri iaitu sekurang-kurangnya kita akan dapat menikmati :
1. Harga minyak petrol yang lebih murah
2. Hutang PTPTN anak-anak kita dihapuskira
3. Tidak perlu lagi membayar TOL untuk menggunakan lebuh raya.
4. Berbagai-bagailah kebaikan lain.
d a u l a t r a k y a t !
Bakal PM pun sanggup diFITNAH oleh UMNO, apa nak hairan ahli PR. Sila KLIK berikut:
** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK: http://www.4uni2c.com
** Untuk ke TAJUK yang berkaitan sila KLIK:
www.4uni2c.com/2012/10/21/kisah-pemandu-yang-bangang-the-confused-driver/
@OPajar #13225