CEREKANA # 13820: Perkara Berlaku Kerana Hikmahnya

*** Untuk men CARI  lain-lain TAJUK sila KLIK nama bulan di bawah ARCHIVES di  kanan SKRIN, kemudian SKROL

Perkara Berlaku Kerana HiKMAHnya

(thing happens for its good reasons)

Dunia hari ini sering digempari peristiwa-peristiwa sedih dan ngeri. Terkini ialah apa yang sedang berlaku di Mesir. Sedih kerana ia menyebabkan kematian. Yang masih hidup tentu merasa lebih sedih lagi akibat kehilangan ahli-ahli keluarga masing-masing yang tercinta. Ngeri pula kerana cara kematian itu terjadi. Ia juga menimbulkan kebimbangan rakyat di  banyak negara lain. Ini kerana tak mustahil nasib yang sama akan menimpa pula ke atas mana-mana negara lain selepas ini.

Acik (Ayah/Abang+cik) pun turut rasa sedih. Sebagai seorang yang berkeluarga, sudah tentu Acik dapat berkongsi kesedihan yang sedang dialami oleh mereka yang kehilangan ahli-ahli keluarga akibat pembunuhan pihak tentera Mesir. Namun, berat mata yang mamandang, berat lagi bahu yang memikul.  Sambil tu Acik juga turut rasa bimbang sepertimana dirasi majoriti rakyat jelata di seluruh dunia. Tidak mustahil bahawa musibah yang serupa boleh juga berlaku di Malaysia. Kejadian tersebut adalah manifestasi betapa gawatnya politik sekarang ini. Sekarang kegawatan politik yang melampau sedang dialami oleh rakyat Mesir. Tidak mustahil, jika tidak ada kejujuran dan ketelusan dalam PRU akan datang, kejadian yang serupa akan tercetus pula di Malaysia.

Namun apa yang buat Acik rasa agak lega sedikit ialah bila teringat kepada suatu cerita yang bertajuk “Thing happens for its good reasons”. Jika diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu, lebih kurang begini bunyinya, “Perkara berlaku kerana hikmahnya”. Ceritanya adalah seperti berikut, jangan kemana-mana !

Pada zaman dahulu ada seorang Putera Raja (PR) bersama seorang Pengiring Setianya (PS). Dalam suatu latihan menunggang kuda Si PR telah terjatuh dari kudanya hingga satu dari jari kaki baginda terputus. Si PS dengan rasa agak sedih serta kasihan kepada tuannya itu pun berkata, “ampun tuanku, perkara berlaku kerana hikmahnya”. Dalam hatinya tidak ada sedikit habuk pun niat lain, melainkan semata-mata ingin cuba menyejukkan hati  tuannya itu. Malangnya kenyataannya itu telah dimanipulasi oleh seorang pengawal istana yang dengki terhadap Si PS tadi.  Justeru itu, atas nasihat beliau maka Si PS telah dituduh mencemar Duli Tuanku . Dengan kata lain, kenyataan Si PS disamakan dengan ungkapan “padan muka tuanku !”

Sejak dari itu Si PS itu tidak lagi kelihatan bersama-sama Si PR tersebut . Malah khabarnya Si PS telah dipejarakan. Namun, tanpa Si PS pun Si PR masih juga meneruskan ketagihannya iaitu berburu di dalam hutan. Kadang-kala baginda keluar berburu dengan keseorangan diri kerana tidak suka ditemani.

Suatu hari, kononnya baginda telah tersesat jalan. Baginda memasuki  jauh ke pendalaman hutan hingga ke kawasan yang dikuasai oleh masyarakat asli yang gemar memakan daging manusia. Lantaran itu baginda dikepung dan ditangkap untuk dijadikan lauk sempena sambutan hari jadi ketua masyarakat tersebut beberapa hari akan datang. (Harap tak usah tanyalah apa yang sedang berlaku di istana akibat kehilangan baginda sebab ia tak relevan dengan mesej yang nak disampai melalui cerita ini).

Sampai harinya maka api pun dinyalakan. Si PR pun dikeluarkan dari kurungan lalu dibaringkan dan diikat di atas usungan. Sudah menjadi adat kepercayaan bagi masyarakat asli tersebut, semasa sedang mengusungi mangsa mengelilingi unggunan api yang sedang marak menyala, seluruh badan mangsa akan diperiksa dengan penuh teliti. Jika ada apa-apa kekurangan pada anggota mangsa maka mereka akan membebaskan mangsa. Kononnya atas dasar kasihan dan kepercayaan bahawa Jika tidak dibebaskan, maka mereka akan ditimpa sial yang berpanjangan. Bagi menggantikan mangsa yang dibebaskan, seekor  binatang lain akan menjadi korban. Binatng tersebut memang telah disediakan lebih awal bagi menghadapi situasi bilamana mangsa terpaksa dibebaskan sekiranya didapati  tidak  layak dijadikan korban.

Enam pusingan telah berlalu. Hanya tinggal satu kali “tawaf” saja lagi sebelum Si PR akan dipanggang hidup-hidup di atas unggun api yang sedang menunggu mangsa itu. Dengan tak semena-mena suasana yang riuh rendah oleh kegembiraan, kini bertukar menjadi sunyi sepi. Rupa-rupa salah seorang  anggota masyarakat asli  yang sedang mengusung Si PR mengelilingi unggunan api tersebut, telah ternampak akan kekurangan sebatang jari di kaki kanan Si PR. Beliau pun melambung ke udara jamung yang dipegangnya.

Dengan isyarat lambungan jamung tersebut, setiap anggota yang hadir faham maksud isyarat tersebut lalu masing-masing bertukar menjadi sedih dan kasihan terhadap mangsa. Si PR pun diturunkan dari usungan dan dirongkai  ikatannya. Kemudian diberi pula layanan yang cukup istimewa, lebih dari apa yang pernah diterima oleh Special VIP di Malaysia. Si PR terpinga-pinga, hairan dengan apa yang dilakukan terhadap dirinya. Tapi itulah realiti yang baginda sedang alami.

Dipendekkan cerita, sesampainya kembali Si PR ke istana, baginda terus meluru ke penjara untuk bertemu dengan Si PS yang beliau penjarakan dahulu. Maka dipeluk dan diciumnya pipi hambanya itu atas rasa amat bersalah kerana telah menyalahtafsirkan ungkapannya dahulu, iaitu yang berbunyi, “perkara berlaku kerana hikmahnya” . Baginda pun menceritakan dangan panjang lebar tentang pengalamannya semasa di dalam tahanan masyarakat asli di dalam hutan baru-baru ini. Selepas mendengar cerita tersebut Si PS pun berkata, “perkara berlaku kerana hikmahnya “. Ini sekali lagi membuat si PR tercengang. Namun baginda tidak bertindak apa-apa, melainkan berdiam diri.

Sebenarnya Si PS bersyukur lega. Sebab dipenjarakanlah maka beliau terselamat dari menjadi lauk masyarakat asli di dalam hutan berkenaan. Jika tak dipenjarakan sudah tentu beliau berada bersama-sama Si PR semasa baginda ditangkap oleh masyarakat asli dulu. Akibatnya sudah tentu beliau yang dijadikan lauk sebab pada dirinya tidak ada apa-apa kecacatan yang melayakkan beliau dibebaskan.

Nilai moral dari cerita di atas:

Walaupun kita berasa sedih atau tidak berpuashati terhadap sesuatu musibah yang menimpa kita, kita harus redha dengan ketetapan Allah itu. Percayalah bahawa di sebalik musibah tersebut akan ada suatu kebaikan atau hikmah yang akan diketahui kemudiannya. Contohnya ada seorang pemuda yang gagal mengahwini seorang wanita yang sangat diminatinya.  Tidak lama kemudian baru disedari bahawa mujur beliau tak berkahwin dengan wanita berkenaan kerana didapatinya bahawa wanita tersebut mempunyai penyakit gila.  Kata Mat Saleh (mad sailor), “a blessing in disguise” bagi pemuda tersebut.  Wallahualam.

** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK:   www.4uni2c.com

@OPajar  13820

Advertisements

~ by OPajar on 2013/08/20.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: