CEREKANA # 14212 Kisah Si Cantik dan Si Cerdik

.

*** Untuk menCARI  lain-lain PenCERAHan  sila KLIK pada bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN, kemudian SKROL.

(Pengguna smartphone (SP) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda)

kisah si cantik dan si cerdik

Semasa Acik (Ayah/Abang+cik) menuntut di Universiti Malaya dalam awal 70an dulu budaya “couple” bukanlah perkara yang asing. Walaubagaimana pun, ia bukanlah amalan popular di kalangan pelajar-pelajar di Universiti tersebut. Namun begitu, telah ada usaha di kalangan pelajar-pelajar yang agak sensitif dengan nilai-nilai agama dan ketimuran bagi membendung amalan ber”couple” tersebut agar tidak melarat menjadi wabak. Acik sendiri juga terlibat secara tidak langsung dalam usaha tersebut. Kami telah menubuhkan AMIKKUM (Angkatan Mahasiswa Islam Kolej Keempat Universiti Malaya).

Melalui badan agama tersebut dapatlah kami mengadakan aktiviti-aktiviti agama dengan hasrat menanamkan nilai agama yang suci kepada pelajar-pelajar yang menghuni di Kolej Keempat. Antara tokoh agama yang pernah kami jemput memberi ceramah di Kolej Keempat itu ialah Datuk Dr Sidek Fadzil dan Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Nor (yang meninggal dunia sebagai Presiden PAS). Mereka berdua itu merupakan orang kuat ABIM ketika itu. Selain mereka ramailah lagi activis keagamaan yang turut kami jemput untuk memberi nasihat melalui sessi ceramah dari semasa ke semasa.

Nak kata berkesan ataupun tidak strategi Acik dan kawan-kawan lain berdakwah, wallahualam. Samada kami berjaya memberi apa-apa impaks ke arah menyekat budaya “couple” dari terus menular, hanya Allah jua yang tahu.

Sebenarnya, tak ramai pun pelajar yang tiada rasa malu untuk ber”couple”. Mungkin ketika itu majoriti pelajar masih menganut budaya lama yang memandang serong terhadap perbuatan tersebut. Bagi yang Islam memanglah kita tahu, kerana Islam memang tidak mengizinkan perbuatan tersebut. Tetapi rupa-rupanya pelajar-pelajar yang bukan Islam pun, ramai yang tidak suka dengan puak-puak “couple” tu. Cuma tak ada apa yang boleh dibuat. Maklumlah, masing-masing mendakwa ada hak kebebasan untuk melakukan apa-apa juga yang dia suka selagi tidak melanggar undang-undang. Sedangkan ber”couple” bukanlah termasuk dalam senarai yang dilarang undang-undang dari melakukannya.

Suatu hari sebelum menyampaikan kuliah subjek ekonominya kepada kira-kira 600 orang pelajar fakulti ekonomi, pensyarah berkenaan memulakan dahulu dengan suatu cerita. Cerita tersebut amat relevan dengan amalan ber”couple”. Agaknya beliau pun dah meluat dengan perbuatan tersebut. Cuma tak ditunjukkan saja rasa meluatnya itu, kecuali melalui cerita. Ceritanya kira-kira begini:

Kononnya ada seorang professor bernama Daud (bukan nama sebenar) yang sangat cerdik di sebuah universiti. Kerana terlalu kagum terhadap kecerdikan luar biasa professor tersebut, maka seorang pelajarnya bernama Mazni (bukan nama sebenar) telah terjatuh hati kepada professor tersebut. Walaupun si Daud tersebut tersangat cerdik, tetapi beliau juga merupakan seorang yang tersangat huduh rupa parasnya. Sebaliknya si Mazni yang gilakan si Daud ini merupa seorang pelajar yang sangat rupawan. Malangnya beliau juga merupakan pelajar yang paling bengap di kalangan pelajar-pelajar yang berguru dengan si Daud tersebut.

Kata ungkapan zaman P.Ramli dulu, “jika hati sudah suka, semua indah saja ……. “. Maka ber”couple” lah mereka ini. Sekejap dalam bilik. Kononnya “private tuition”. Kadang-kadang bawah jambatan. Kadang-kadang kat kafetaria. Malah kadang-kadang ke panggung wayang untuk menonton filem dokumentari yang sangat relevan dengan subjek ekonomi semasa, kononnya.

Suatu hari ketika ber”couple” di bawah sebatang pohon pulai di dalam sebuah taman yang tak berapa jauh dari Sri Kulai, maka tercetuskan isu perkahwinan. Nampaknya masing-masing pun dah bersatu hati dan dah komited untuk mendirikan rumah tangga dalam cuti semesta akan datang. Sungguh bahgia rasanya di hati. Hari bersanding tak sabar dinanti. Lepas berkahwin akan beranak, hidup keluarga bertambak lunak.

Maka kata Si Cantik (Mazni) kepada Si Cerdik (Daud), “bila kita dapat anak nanti I nak bagi nama dia Mazda. Setuju tak you ?  I percaya anak kita itu pasti akan mewarisi sifat ibu bapanya. Rupanya akan ikuti rupa paras I, manakala otaknya pula mewarisi otak geliga you. Kita akan mendapat “a perfect child” (anak yang sempurna). Hai bertuahnya kita”

Kata-kata tersebut rupa-rupanya lansung tidak memberansangkan Si Cerdik. Sebaliknya beliau nampaknya menjadi risau. Ini telah menimbulkan tanda tanya dalam fikiran Si Cantik lalu beliau pun bertanya kepada Si Cerdik kenapa beliau nampak begitu (runsing).

Maka jawab Si Cerdik dengan agak perlahan, “baguslah jika apa yang you kata itu terjadi. Cuma yang I runsing ialah takut-takut yang bakal diwarisi anak kita nanti adalah sebaliknya. Rupa parasnya seperti rupa paras I, dan otak dia macam otak you”.

Mendengar jawapan professor tersebut maka terdiamlah si Mazni.  Rasa termalu pun ada, rasa “insulted” pun ada. Tapi apa boleh buat. Kena juga terima hakikat bahwa, “there are always two sides of a coin” kata Mad Saleh.

Nilai moral cerita di atas (Moral of the Story)

1. Amalan ber”couple” bukanlah sesuatu yang manis dipandang oleh semua masyarakat di Malaysia yang masih menghargai nilai agama dan budaya keterunan masing-masing

2. Dalam semua perkara kita tak harus melihat dari sudut positif saja. Aspek negatifnya juga harus diambil kira. Malah mungkin ia lebih penting diberi perhatian

3. Dalam memilih bakal isteri, Nabi s.a.w. menyuruh kita memberi keutamaan kepada aspek agama. Kecantikan bukan tak penting, namun jika Si Cantik tak pandai mengawasi dirinya sediri, mungkin akan membawa padah kepada si suami. Takut-takut “harapkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari”

** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK :   http://www.4uni2c.com

Advertisements

~ by OPajar on 2014/02/12.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: