MH370 Mystery- The Mongolian Theory
*** Untuk men CARI lain-lain PenCERAHan sila KLIK pada bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN, kemudian SKROL.
(Pengguna smartphone (SP) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda)
** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK: http://www.4uni2c.com
teori mongolia
Sehingga CEREKANA ini ditulis dunia masih gempar dan tertanya-tanya ke mana hilangnya pesawat MH370 milik MAS itu. Memanglah tak siapa pun akan tahu ke mana hilangnya. Jika dah tahu maka tak dikira hilang lagilah. Sekiranya dunia begitu peduli dengan apa yang berlaku terhadap pesawat milik Malaysia itu, betapa pula dengan rakyat Malaysia sendiri.
Acik pun rakyat Malaysia juga. Jadi tentulah Acik turut peka dengan trajedi tersebut. Oleh itu Acik doakan agar peristiwa yang telah menjadi krisis serius itu akan cepat selesai. Semoga dengan selesainya, maka urusan hidup harian kita semua dapat diteruskan tanpa lagi dibelenggui oleh krisis tersebut.
Selingan 1 :
Sila KLiK —-> http://www.youtube.com/watch?v=ga91CMpdi7g
Walaupun Acik kini berada puluhan ribu kilometer dari Malaysia, namun teknologi canggih telah membolehkan Acik terus mengikuti perkembangan yang sedang berlaku di Malaysia berhubung dengan nahas MH370.
Terima kasih yang tak terhingga kepada rakan-rakan setia Acik dari seluruh Malaysia kerana bermurah hati dan sudi berkongsi maklumat terkini dengan Acik melalui smartphone dan komputer notebook. Jadi jangan hairanlah jika Acik juga dapat menyaksikan telatah Bomoh Kelapa yang telah berjaya membuat seluruh dunia ketawa.
Sungguh pun usaha dan cara yang diguna oleh Bomoh Kelapa itu agak pelik, Acik rasa tak wajar kita perlecehkan. Manalah kita tahu hati nurani mereka sebenar.
Kan agama kita ajar, sesuatu yang dilakukan itu adalah dengan niat. Oleh itu kita kenalah ambil kira juga niat baik mereka sebelum kita terus perlecehkan usaha mereka itu. Lagi pun, setuju tak jika Acik kata bahawa sekurang-kurangnya mereka berjaya menceriakan suasana keruh yang sedang merundungi seluruh negara sekarang akibat nahas MH370 itu ? Setuju kan !
Cuma agak kesal sedikit, kenapa telatah Bomoh-Bomoh Kelapa itu tidak dipertontonkan kepada waris-waris penumpang yang hilang bersama-sama pesawat berkenaan. Mana tau, kut-kut mereka pun boleh turut mengubati kesedihan yang sedang mereka deritai sekarang.
Kalaupun dah mustahil nak dipertontonkan secara “live”, sekurang-kurangnya dipertontonkan video rakaman. Minta tolonglah kalau-kalau ada siasapa yang dapat cadangkan ini kepada menteri berkenaan. Kut-kutlah beliau bersetuju dengan saranan Acik yang tak sepertinya ini.
Sebagai individu yang turut perihatin dengan trajedi MH370 itu, Acik juga bertanya pada diri sendiri, “apakah sumbangan aku bagi membantu menyelesaikan krisis berkenaan ? “. Mudah-mudahan setiap pembaca CEREKANA Acik ni pun bertanya soalan yang sama kepada diri masing-masing.
Mana tahu, kut-kut di kalangan kita ini ada yang berkemampuan menyumbangkan sesuatu yang bermakna. Bukan saja demi kebaikan waris-waris mereka yang malang itu khususnya, malah kepada seluruh rakyat Malaysia dan penduduk dunia amnya.
Seperti dalam PenCERAHan Acik sebelum ini (https://4uni2cdotcom1.wordpress.com/2014/03/10/flight-mh370-mystery-the-manifestation-of-the-climax-of-bns-failure/?preview=true&preview_id=1289&preview_nonce=7065871b45), Acik ada bertanya, “apakah nahas MH370 yang berlaku hanya beberapa jam saja selepas hukuman penjara 5 tahun dijatuhkan ke atas DSAI itu merupakan satu kebetulan ?”.
Maksud Acik ialah, tidak ada apa-apa perancangan oleh mana-mana pihak supaya nahas itu berlaku. Dengan lain perkataan, tidak ada korelasi (correlation) langsung antara kes DSAI dengan nahas MH370 itu. Jika tak ada korelasi langsung, maka tak mungkinlah timbul apa-apa teori konspirasi.
Sebab yang mencetuskan soalan itu ialah, jika ianya bukan satu kebetulan, mengapa ianya tidak berlaku beberapa hari sebelum DSAI dihukum ataupun beberapa hari selepasnya. Demi mengelakkan diri dari menyangka yang bukan-bukan maka tercetuslah dalam imiginasi Acik tentang suatu teori.
Bagi Acik, teori yang Acik namakan dia “Teori Mongolia”, mungkin mampu menjana beberapa hasil positif. Contohnya, mampu menjawap soalan misteri, yang disebut di atas iaitu nahas MH370 memang benar-benar berlaku secara kebetulan (coincident) ?.
Ini penting kerana ia dapat mengelak sangkaan liar yang mendakwa nahas tersebut dirancang, samada oleh pihak kanan mahupun kiri, pihak atas maupun bawah, demi kepentingan politik masing-masing. Rengkasnya, ia bukanlah satu konspirasi.
Kedua, mudah-mudahan ia mampu memberi harapan positif kepada waris-waris mangsa sehinggalah pesawat tersebut ditemui. Tak kiralah yang akan ditemui itu sabut ataupun batu. Kata peribahasa Melayu, “untung sabut timbul, untung batu tenggelam”. Itu kemudian kira.
Biarlah kita umpamakan macam orang beli tiket loteri. Sebelum sah bahawa tiket itu tidak mengena, bermacamlah angan-angan manis boleh dimainkan di dalam minda. Contohnya, “kalaulah tiket kali ni mengena, aku cadang nak pi duduk di luar negara beberapa bulan. Bukan apa, sekadar nak rasa mandi dengan salji saja, sebab di Malaysia mana ada salji. Ataupun nak pergi Makkah. Bukan apa, cuma nak buat umrah dan bertaubat tak mau beli lagi tiket loteri lepas ni”.
Jadi beginilah ceritanya Teori Mongolia tersebut:
Selepas puteri Mongolia yang bernama Altantuya datang ke Malaysia bersama seorang sepupunya diistiharkan hilang, macam-macam spekulasi pun timbul. Ada yang kata dia dibunuh, tapi bukti yang 100 % sahih tidak dapat ketemui.
Selingan 2 :
Sila KLiK –> https://www.facebook.com/photo.php?v=268861233292401
Malah ada pula pihak yang menafikan langsung kemasukan beliau ke Malaysia sebab dalam rekod pihak imigresen tak ada bukti yang beliau datang ke Malaysia. Cuma yang ada datang ke Malaysia mengikut rekod pihak imigresen hanya sepupunya. Maknanya yang turut datang bersama-sama sepupunya itu mugnkin “Karen” Altantuya saja. Bukanlah diri peribadinya atau fisikalnya yang sebenar.
Kononnya “Karen” Altantuya tak balik ke Mongolia sejak beliau dikatakan hilang dari bumi Malaysia dulu. Yang balik ke Mongolia hanyalah sepupunya saja.
Mengikut teori ini lagi, semasa perbicaraan terhadap DSAI berlangsung, beliau turut hadir sama dalam mahkamah. Beliau yakin sungguh-sungguh bahawa DSAI akan menang dalam perbicaraan tersebut. Beliau juga bercadang akan menyaksikan juga sessi perbicaraan terhadap YB Karpal Singh selepas DSAI menang kesnya itu.
Malangnya keputusan Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa DSAI bersalah dan dijatuhi hukuman penjara 5 tahun. Rupa-rupa Karen Altantuya itu penyokong tegar PKR. Sebab tu dia tersangat-sangat kecewa dengan keputusan tersebut.
Kalau kita yang bukan ahli PKR pun dah kecewa gila dengan keputusan tersebut, tak heranlah kenapa Karen Altantuya tu jauh lebih kecewa dari kita. Kita kecewa bukan apa, sebab kita percaya bahawa itu satu kezaliman yang melampau. Implikasinya nanti adalah tersangat besar.
Bukankah kita umat Islam percaya bahawa doa orang yang kena zalim itu amat makbul ? Jika orang yang kena zalim itu berdoa minta Allah balas kepada penzalim, maka bala akan turun. Dan bila bala turun, semua kita akan susah. Tak kiralah yang berdosa mahu pun yang tak berdosa.
Bagi yang berdosa ia akan merupakan satu balasan. Sebaliknya bagi yang tak berdosa ia akan merupakan satu ujian. Walaupun kita yakin kita tak terlibat sama melakukan dosa menzalimi sesiapa, namun takut juga kita dengan bala Allah. Bukan apa, takut kita tahan pula dengan bala tersebut walaupun ianya hanya ujian.
Rupa-rupanya (berdasarkan teori) Karen Altantuya tu pun percaya juga tentang bala Allah tersebut. Maka dia fikir, sebelum orang yang dizalimi itu memohon doa hingga turun bala, lebih baik dia meninggalkan Malaysia untuk pulang ke Mongolia ASAP.
Beliau nampaknya cukup cemas hingga niatnya nak tunggu sampai kes YB Karpal Singh diputuskan oleh Mahkamah pun dibatalkannya. Maka sebaik saja selesai mendengar hukuman ke atas DSAI dijatuhkan, beliau terus bergegas ke KLIA.
Kebetulan di KLIA beliau bertemu seorang warga Australia yang akan ke Mongolia. Maka beliau pun turut menaiki pesawat yang dinaiki oleh warga Australia tersebut. Beliau ingat itulah flight yang akan ke Mongolia.
Jika orang tak ada passport pun boleh bolos menaiki pesawat tersebut, maka jangan hairanlah jika Karen Altantuya pun boleh bolos sama menaiki pesawat tersebut tadi. Ya, kalau yang tak ada passport maka kenalah guna passport orang lain untuk bolos.
Tetapi bagi karen Altantuya, beliau boleh lalu di hadapan pegawai imigresen dengan selamba saja tanpa ditahan. Sebabnya ialah, beliau merupakan makluk yang tak nampak dipandang dengan mata kepala manusia, melainkan bila beliau menjelma menyerupai manusia.
Malangnya, bila dah berada di atas pesawat baru beliau tahu bahawa yang nak ke Mongolia hanyalah warga Australia itu saja. Sedangkan bagi pesawat MH370 itu, destinasinya ialah Bejing.
Masa nak menaiki pesawat tersebut tadi, beliau dalam keadaan yang amat tergesa-gesa. Jadi bila kebetulan warga Australia yang beliau temui itu memberitahu bahawa beliau nak ke Mongolia, maka Karen Altantuya terus anggap pesawat yang nak dinaiki itu nak ke Mongolialah. Rupa-rupanya tidak.
Tapi takpa. Beliau ada strategi tersendiri. Lalu beliaupun menjelma menyerupai wajah yang sebiji macam Altantuya. Maklumlah, Karen Altantuya kan. Jika seorang VVV VIP pun mampu digodainya, maka apalah sangat seorang pilot muda. Lebih-lebih lagi pilot yang tak berapa patuh kepada peraturan semasa dalam bertugas.
Jadi dengan mudah saja beliau bolos masuk ke dalam cockpit (ruang pilot) lalu menggoda pilot berkenaan. Pujuk punya pujuk akhirnya pilot tersebut pun bersetuju agar pesawat tersebut beralih destinasi. Maka arahtuju pesawat pun beralihlah. Kalau asalnya menuju ke Bejing, kini menuju ke Mongolia pula.
Mengikut teori ini lagi, alat tertentu (transponder) dalam pesawat telah sengaja dimatikan, konon untuk sementara saja. Mula-mula dimatikan yang utama saja. Tetapi selepas 14 minit kemudian dimatikan pula yang kedua.
Tujuannya ialah supaya perubahan arahtuju pesawat tidak dapat dikesan oleh mana-mana pihak. Khabarnya alat itu dimatikan kira-kira jam 1.00 pagi lebih sikit, waktu tempatan.
Walaupun pihak kawalan radar awam tidak dapat mengesani lagi pesawat tersebut mulai jam 1.00 pagi, namun pihak tentera udara yang lebih canggih dan power radarnya, masih dapat mengesan perjalanan pesawat tersebut. Pergerakan pesawat tersebut diperhati dengan penuh teliti. Masing-masing hairan, “ke manalah pula Mamat (pilot) ni nak bawa pesawat tu”, kata seorang dari yang memerhati.
Malangnya pada jam 2.40 am, tup-tup hubungan dengan radar pihak tentera udara pun terputus. Tapi sejak jam 1.00 am tadi, tidak pula ada laporan dari pihak tertentu bahawa pesawat tersebut telah hilang dari kawalan radar awam. Apakah mereka yang bertugas semuanya tidur ?
Entahlah, teori ni pun tak dapat memberi jawapan. Masa tu barulah seluruh Malaysia jadi kelam kabut. Barulah nak heboh sana sini bahawa pesawat tersebut telah benar-benar hilang dari kawalan radar. Baik kawalan radar pihak penerbangan awam maupun radar pihak Tentera Udara di Raja Malayasia (TUDM). Yang si Mamat pilot tu pula terlupa nak “on”kan balik transponder pesawat tersebut.
Selepas beberapa jam terbang di luar kawalan radar samada radar awam maupun radar TUDM tiba-tiba pilot jadi keliru dengan jalan nak ke Mongolia. Maklumlah jalan itu beliau tak pernah ikut. Walaupun telah berpengalaman terbang lebih dari 18 ribu jam, tapi jalan ke Mongolia agak asing bagi beliau.
Latihan beliau dengan menggunakan “flight simulator” di rumahnya sekian lama tidak dapat membantu. Lagi pun, manalah ada rancangan nak ke Mongolia. Jadi tak pernahlah ada keperluan nak berlatih terbang ke Mongolia dengan menggunakan “simulator” yang disimpan di rumahnya itu.
Kononnya, bukannya giliran beliau untuk memandu pesawat MH370 ke Bejing pada pagi bekenaan, sebab beliau sedang bercuti. Tetapi, oleh kerana diarahkan juga oleh pihak atasan untuk menerbangkan pesawat MH370 itu, maka beliau tidak ada pilihan lain. Mau tak mau terpaksalah juga beliau menunaikan hajat besar bossnya tanpa apa-apa prasangka. Tentulah besar implikasi buruknya jika menolaknya. Biasalah tu, jika makan gaji.
Tambahan pula, mencari arahtuju ke berbagai destinasi adalah satu kemahiran lain. Beliau belum lagi benar-benar menguasainya. Lagi pun selama ini penerbangannya sentiasa berada di dalam kawalan radar dan sentiasa menerima nasihat dari pihak penjaga radar di bumi. Bila jadi macam ni, maka gelabahlah pilot itu.
Kebetulan pula di saat-saat genting tersebut, karen Altantuya sedang tidur. Kut-kutlah beliau boleh tunjuk ke mana arahtuju negaranya. Malangnya, beliau yang dalam sifat asalnya tak nampak dipandang dengan mata kasar.Masing-masing tak tahu pula di mana beliau tidur. Jadi tak ada siapa lagi yang boleh dirujuk tentang arahtuju ke Manggolia.
Maka kedua-dua pilot menjadi bertambah gelabah. Hang tuduh aku, aku tuduh hang. Memang dari awal-awal lagi, bukan kedua-dua mereka setuju untuk ke Manggolia. Tapi sebab malu alah dan taat kepada bos, maka terpaksalah juga akur. Dalam keadaan tak tentu arah, dah tak pasti mana halatuju sebenar itu, akahirnya pesawat tersebut terus ghaib.
Tapi tak apa, kita semua tak perlu telalu bimbang. Bedasarkan Teori Mongolia ini seterusnya, kapal pesawat tersebut akhirnya telah berjaya meneruskan penerbangannya selama beberapa jam lagi selepas ianya lenyap dari kawalan radar.Apa yang sedang berlaku dengan pesawat tersebut hanya pilot saja yang tahu. Tak seorang penumpang pun sedar melainkan karen Altantuya.
Mujur akhirnya pesawat tersebut telah berjaya mendarat dengan selamat, tetapi tak tahu di mana. Barulah pilot buat pengumuman bahawa pesawat telah tersesat jalan akibat mengalami kerosakan alat komunikasi. Oleh itu ia terpaksalah membuat pendaratan cemas kat mana yang dan. Tempat pendaratan, pilot sendiri pun mengakui bahawa beliau tidak tahu menahu di mana lokasinya.
Ada di antara penumpangnya trauma, tetapi mengikut teori tersebut, semua selamat. Bila karen Altantuya terjaga, beliau telah sahkan bahawa itu bukanlah negaranya Mongolia. Tapi apa nak buat lagi, minyak pesawat yang masih berbaki pun dah terlalu sikit. Meter minyak pun dah tunjuk “E” (enough), bukan “F” (finish) lagi. Jadi, tak mungkin pesawat itu mampu terbang ke mana-mana lagi.
Yang menjadi kelemahan besar bagi Teori Mangolia ini ialah, ia langsung tidak memberi apa-apa maklumat mengenai lokasi pendaratan pesawat tersebut. Teori Mongolia ini hanya tammat di sini saja. Oleh itu mau tak mau kenalah juga kita mendapat bantuan Bomoh Kelapa berkenaan.
Tak mustahil, teropong ajaib mereka yang cukup power itu mungkin boleh nampak di mana pesawat itu telah mendarat. Jika kebetulan dekat lokasi pesawat itu mendarat ada sebuah KFC atau McD pun cukuplah. Bolehlah kita “Google saja”. Nanti tahulah kita lokasi sebenar pesawat tersebut.
Kalau kita boleh minta Bomoh Kelapa tu bawa PM dengan tikar terbang ke tempat pesawat tersebut mendarat, itu lagilah cantik. Tak payah menyusahkan lagi mana-mana rakyat yang dah pun tengah susah sekarang ni.
Demikianlah ceritanya Teori Mongolia yang Acik ingin persembahkan khas kepada pembaca-pembaca blog Acik saja. Mudah-mudahan ianya dapat melegakan sedikit stress yang sedang ditanggung masing-masing sejak beberapa hari lepas, akibat nahas MH370 itu.
Apapun, sama-samalahlah kita terus doakan agar Teori Mongolia ini menjadi realiti. Semoga, mereka yang hilang itu akan selamat semuanya. Jangan kita pertikaikan kuasa Allah. Jika Allah nak tunjukkan kepada kita semua kuasaNya dengan menyelamatkkan mereka yang hilang itu, tak siapa pun boleh menafikannya.
Jika kita baca al Quran, dalam surah Kahfi, ia ada menceritakan tentang orang yang pernah dihidupkan Allah lebih dari 300 tahun. Apa nak hairan jika penumpang yang hilang itu tak sampai pun sebulan. Bagi Acik, “no news is a good news“. Oleh itu teruskanlah doa tanpa putus asa.
AWAS !
Tolong sebarkan Teori Mongolia ini dalam apa juga cara. Mudah-mudahan tak timbul lagi selepas ini apa-apa teori konspirasi lain. Adalah dikuatiri teori-teori itu nanti akan mendatangkan pelbagai mudharat. Jika ia tak mudharat kepada negara pun, mungkin kepada mana-mana individu yang tak berdosa.
Dengar khabar dah ada pun ura-ura nak tuduh DSAI ada tangan dalam nahas MH370 tersebut. Sebab apa ? Sebab baru saja pihak berkuasa dapat maklumat bahawa pilot berkenaan seorang ahli PKR seumur hidup. Hari pesawat MH370 itu hilang, mereka belum tahu. Kemudian ada pula orang beritahu bahawa pilot itu pernah hadir di majlis yang dianjurkan oleh PR. Malah, pernah bergambar pula tu dengan seorang orang kuat PKR.
Acik bukan apa. Takut-takut DSAI akan kena aniaya lagi. Kata orang, “sudah jatuh ditimpa tangga”. Kesianlah kat beliau sama. Cukuplah tu buat aniaya kat dia, mentang-mentanglah hangpa berkuasa. Sementara beliau masih lagi kesian kat kita baik kita jangan lagi buat apa-apa kat dia. Nanti bila beliau dah tak sabar dan tak kesian kat kita lagi, apa nak jadi ?
Bukankah doa orang yang dianiayai sangat makbul, seperti yang dah Acik bagitahu tadi. Tak kiralah samada yang kena aniaya itu seorang Muslim ataupun yang bukan Muslim. Kan Allah itu Maha Mengetahui lagi Maha Adil ?
Takut-takut bala yang akan datang nanti berupa burung geruda, sepertimana yang disebut oleh Bomoh Kelapa itu. Bala burung geruda itu tentu jauh lebih besar dari bala nahas MH370 itu. Negara kita akan menjadi padang jarak padang terkukur nanti. Masa tu, menyesal pun dah tak ada guna lagi. Kata peribahasa Melayu, “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna”. Jadi, kata Mad Saleh, “look before you leap”. Kata Mat Melayu, “berjaga-jaga sebelum kena”. Janganlah pula, “sudah terantuk baru nak tengadah”
Wallahualam.
Eksklusif:
Flight MH370 Mystery – the Manifestation of the CLIMAX of BN’s failure in ruling the country
d a u l a t r a k y a t !
*** Untuk ke menu UTAMA sila KLiK: http://www.4uni2c.com