MH370 Mystery: Lari dari mulut harimau masuk mulut buaya

*** Untuk men CARI lain-lain PenCERAHan sila KLIK pada bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN, kemudian SKROL.

(Pengguna smartphone (SP) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda)

lari dari mulut harimau

masuk mulut buaya

Sebelum menyampaikan CEREKANA ini, terlebih dahulu Acik minta pembaca tidak kaitkan secara negatif dengan nahas MH370. Sebab apa ? Supaya kita tidak ditohmah sebagai tidak pandai menghormati sensitiviti famili mangsa.

Sebaliknya sama-samalah kita teruskan doa agar kesemua mereka yang menaiki pesawat tersebut selamat. Manalah tahu kalau-kalau mereka masih lagi panjang umur, walaupun diistiharkan mati di dalam lautan. Mati jika pesawat benar-benar jatuh dalam lautan tapi jika jatuh dalam hutan ?

Masa Acik masih budak-budak dahulu ada seorang jiran Acik bernama Abu Bakar. Kami budak-budak panggil dia Pak Bakar. Ikut cerita Pak Bakar ni, dia ada seorang saudara lelaki dalam pasukan navy.

Acik tak ingat samada adiknya ataupun abangnya. Anggota navy tersebut telah hilang dalam peperangan dunia kedua dulu. Sebab dah agak lama tak balik, ahli keluarganya pun menganggap beliau telah mati dalam peperangan.

Suatu hari, sedang mereka mengadakan majlis kenduri arwah untuk beliau, tiba-tiba beliau pulang. Wah, betapa terkejutnya mereka yang berada di majlis tersebut. Namun, rasa gembira di hati semua yang hadhir itu mengatasi segala-galanya.

Itulah antara kerja-kerja Allah yang kita tak boleh pertikaikan. Dalam Quran surah Kahfi, ada cerita tentang sebuah kumpulan yang Allah hidupkan hingga lebih 300 ratus tahun. Jadi apa nak hairan sekirannya mereka yang telah diistiharkan mati itu tiba-tiba pulang menemui keluarga masing-masing.

Supaya tidak dikaitkan dengan nahas MH370 maka biarlah Acik gunakan tajuk berikut bagi CEREKANA Acik ini, “Lari dari mulut harimau, masuk ke dalam mulut buaya”. Tajuk ni lebih menekan kepada aspek iktibar bukan tentang aspek peristiwa yang diceritakan.

Selingan :.      

Nahas Pesawat MH370:   Ketua Eksekutif MAS
https://www.facebook.com/photo.php?v=10152066698874998&set=vb.129843674997&type=2&theater

Kononnya di zaman awal-awal kapal terbang di rekacipta dahulu, ada seorang kaya bernama “Richman” (RM). Nak tahu lebih lanjut tentang individu RM ini sila rujuk CEREKANA yang bertajuk Pemandu Yang Bangang  (PenCERAHan:  https://4uni2c.com/2012/10/21/kisah-pemandu-yang-bangang-the-confused-driver/). Tuan RM memiliki sebuah pesawat kecil yang boleh memuat dalam lima atau enam penumpang sahaja.

Selain mengerjakan ladang gandum yang agak luas, tuan RM juga menjalankan sebuah sekolah kanak-kanak terencat akal. Sekolah ini terletak di sebuah pulau kecil kira-kira satu jam perjalanan dari pulau besar, jika menaiki pesawat kecil beliau itu. Pulau besar ialah tempat Tuan RM tinggal bersama-sama keluarganya.

Suatu hari, pesawat kecil milik RM terbang dari pulau besar ke pulau kecil. Di dalam pesawat tesebut ialah beberapa kanak-kanak terencat akal. Mereka ini baru habis cuti dan akan dihantar semula ke sekolah mereka di pulau kecil itu.

Pemandu pesawat tersebut adalah seorang pemandu yang sangat berpengalaman. Beliau ditemani seorang pilot lain yang bakal mengambil alik tugasnya sebagai pilot pesawat tersebut. Pilot lama bercadang nak bersara awal iaitu sebelum pesawat tersebut terhempas.

Sebaik sahaja pesawat terapung di udara, maka kanak-kanak terencat akal tersebut mulalah membuat hal. Ada yang menjerit-jerit macam orang masuk hantu, malah ada pula yang merudum di atas pesawat tesebut.

Bagi pilot lama itu, ianya adalah satu pengalaman biasa yang sering dihadapi. Akan tetapi bagi pilot yang baru itu ia merupakan satu provokasi terhadapnya oleh kanak-kanak terencat akal tersebut.

Sekali sekala, pilot lama akan pergi ke belakang menenangkan kanak-kanak tersebut. Maka tenanglah sekejap suasana dalam pesawat tersebut. Tetapi selang beberapa ketika, mula bising lagi di belakang pesawat tersebut. Kali ini pilot lama meminta agar pilot baru pula cuba tenangkan mereka. Selepas kanak-kanak tersebut ditenangkan oleh pilot baru, suasana terus menjadi tenang setenang-tenangnya.

Di dalam hatinya, pilot lama pun berkata, “pandai sungguh Mid tenangkan budak-budak tu, lega rasanya” . Maka beliau pun bertanya kepada pilot baru yang digelar Mid tu, “apa formula yang hang pakai Mid sampai senyap sepi mereka tu ?”

Maka jawab Mid, “aku tanya depa, awat yang hangpa duk bising dan merudum sangat ini ?”. “Depa kata depa seronok”. “Lalu aku habaq kat depa, di bawah sana lagi seronok”. “Lepas tu aku tengok depa pakat terjun sorang demi sorang”. “Aku tak suruh pun depa terjun”.

“Allah mak ! Awat hang biaq depa terjun Mid ?” “Mampuihlah kita Mid….. Hang tak taukah Mid, sorang tu anak tuan RM taukeh kita ?” jawab pilot lama dengan mengeluh. Kedua-dua mereka mulai gelabah. Walaupun pesawat dah hampir mendarat di pulau kecil tersebut tetapi mereka tak jadi mendarat. Sebaliknya mereka buat U turn dan terus berpatah balik ke pulau besar.

Malangnya dalam perjalanan antara pulau kecil dengan pulau besar tersebut, pesawat itu telah jatuh ke dalam laut akibat kehabisan minyak. Mengikut sebuah teori, berdasarkan siasatan ke atas kemalangan pesawat tersebut, kedua-dua pilot tersebut telah bergaduh sesama sendiri.

Hang tuduh aku buat hal , aku tuduh hang bodek, dan sebagainya. Ini menyebabkan pesawat terbang dengan tidak tentu arah. Kata orang Penang, “duk pi mai pi mai, tangtu. Bukan duk pi ke depan”. Akibatnya, minyak yang sepatutnya cukup menjadi tidak cukup.

Apabila berita pesawat tersebut terhempas diketahui, maka missi menyelamat (SAR) pun dijalankan. Akhirnya bangkai pesawat pun dijumpai kira-kira beberapa batu nautical dari pantai pulau besar. Malangnya seorang penumpang pun tak dijumpai. Semuanya hilang, termasuk kedua-dua pilot. Jadi tak ada siapa pun yang tahu punca sebenar yang menyebabkan pesawat tersebut terhempas. Kata Mad Saleh, “dead man tells no tale”.

Mula-mula semua orang menganggap semua penumpang dah mati. Kematian tersebut adalah semata-mata kerana kemalangan pesawat tersebut. Dan mayat tidak dapat dijumpai sebab semuanya sudah dimakan jerung yang banyak berkeliaran di dalam laut di antara dua buah pulau tersebut. Inilah yang dikatakan, “kapal pecah, yu kenyang”. Kapal terbang pun dikira kapallah juga.

Namun begitu, bagi tuan RM, kerana terlalu sayang kepada anaknya itu, beliau tak mau percaya bahawa anaknya telah mati. Beliau memerintah semua kakitangannya mencari anaknya itu di seluruh pulau kecil berkenaan. Mengikut spekulasi beliau, pesawat tersebut telah mendarat di pulau kecil sebelum terbang semula.

Rupa-rupanya harapan tuan RM menjadi kenyataan. Anaknya telah dijumpai terdampar di tepi sebuah tasik di atas pulau kecil tersebut. Mengikut teori lain, semasa terjun dari pesawat tersebut tadi bajunya tersangkut pada roda pesawat.

Beliau bergayut pada roda pesawat tersebut hinggalah pesawat tersebut sampai ke pulau kecil tersebut. Beliau lalu jatuh ke dalam sebuah tasik semasa pesawat tersebut terbang sangat rendah untuk mendarat. Tetapi pesawat itu tak jadi mendarat. Mujur anak tuan RM itu sangat mahir berenang dan menyelam. Beliau pun selamat dari mati lemas.

The moral of the story:

1. Tujuan Pilot baru tersebut membiarkan kanak-kanak terencat akal itu terjun dari pesawat ialah supaya mereka tidak lagi membuat bising. Dengan berbuat demikian, maka masalah yang sedang dihadapinya semasa di atas pesawat pun “settle”. Namun tindakannya itu mengundang masaalah yang jauh lebih besar. Inilah yang dikatakan, “lari dari mulut harimau, masuk ke dalam mulut buaya”

2. Kita wajar ikut sikap Tuan RM yang tidak mudah putus asa. Lepas mayat anaknya tak dijumpa di laut, dicarinya pula di darat. Padahal boleh saja jika beliau nak terus buat “presumption” bahawa anaknya itu dah mati akibat pesawat yang dinaiki anaknya itu terhempas. Namum tidak.

3. Jika dah jumpai pesawat pun Tuan RM tak terus buat “presumption” bahawa anaknya dah mati, apa lagi jika sekiranya bangkai pesawat pun belum ditemui.

Wallahualam.

Eksklusif

Teori Monggolia:  sila KLiK baris di bawah
https://4uni2c.com/2014/03/13/cerekana-14313-teori-monggolia/

d   a   u   l   a   t        r   a   k   y   a   t    !

OPajar # 14325

~ by OPajar on 2014-03-25.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: