4uni2c #14628 Lain Ulu Lain Parang
*** Untuk men CARI lain-lain PenCERAHan sila KLIK pada bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN, kemudian SKROL.
(Pengguna smartphone (SP) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda )
Lain Ulu Lain Parang
Jika dahulu seseorang individu itu BAIK, namun tidak mustahil di hujung2 usia dalam perjuangan hidupnya dia berubah. Begitu juga sebaliknya. Dalam dunia politik lebih2 lagilah.
Oleh itu jika dalam blog Acik ini, ada individu yang Acik puji dan sanjung berdasarkan dahulunya, maka tidak semestinya sekarang pun kekal demikian
Tidak mustahil beliau kini GAGAL istiqamah dengan sifat dan sikap baiknya itu hingga sekarang.
Begitulah juga individu yang sebaliknya.
Acik rasa belum masanya lagi untuk Acik sebut namanya di sini. Namun Acik percaya ramai pembaca sendiri sudah boleh TEKA siapa. Cuma Acik nak bagi sikit hint dengan soalan berikut:
Jika seseorang pemimpin itu, status rumah tangganya sendiri pun PORAK PERANDA, bolehkah kita terus percaya bahawa beliau masih boleh berjaya menjadi seorang pemimpin NEGARA yang disegani dan diteladani ?
Bagi Acik, status keluarga seseorang itu sangatlah penting. Negara bermula dengan keluarga. Oleh itu status dalam keluarga seseorang individu itu adalah manifestasi bakal kejayaan beliau (ataupun sebaliknya), sebagai pemimpin masyarakat dan negara di masa akan datang.
Acik agak simpati dengan MB Selangor sekarang. Jika ada pihak yang nak menggugurkan beliau, Acik sangat tak setuju. Jika beliau terbukti tak pandai takbir itu Acik boleh terima. Tetapi jika semata-mata kerana nak naikkan seseorang individu lain hingga beliau terpaksa di”PECAT”, maka itu Acik rasa agak zalim. Hilang hormat Acik kepada pihak yang berusaha menjatuhkan MB tersebut.
Selingan 1& 2
http://beritasetiap-hari.blogspot.com/2014/08/nilai-khalid-di-mata-ahli-dewan-dan.html
Apa reaksi seorang bekas ahli PKR
Tak kira siapa pun orang berkenaan. Walaupun nama bapa orang berkenaan serupa dengan nama bapa MB tersebut, namun bukan bermakna masing-masing kita tidak perlu perihatin apa yang sedang diusahakan itu. Hatta jika bapa masing-masing adalah individu yang sama pun, bagi Acik masih tak wajar MB berkenaan diganti. Acik percaya majoriti rakyat negeri Selangor masih mahu supaya MB mereka sekarang kekal sebagai MB. Jika beliau ada kelemahan sana sini, tegurlah dengan nawaitu yang baik. Bukan ambil kesempatan untuk mengeksploitasi kelemahan berkenaan bagi menjustifikasikan beliau (MB itu) wajar di”TENDANG”
Oleh sebab Acik dah tak tinggal dalam negeri Selangor lagi, maka rasanya tak layak pula nak cakap lebih-lebih tentang MB Selangor. Apa lagi, rasa sangat kurang sopan pula Acik ini jika menanam cita-cita untuk menjadi MB Selangor. Bukan kerana apa, tetapi semata-mata kerana yang menjadi anak kelhiran Selangor bukanlah Acik sendiri tetapi anak Acik yang kedelapan. Acik ni anak Penang tok-tok.
Selingan 3
Apa pandangan UAI wanita jadi pemimpin : http://www.youtube.com/watch?v=b5XT8yg_9fw
Bila memikirkan dilema yang sedang dihadapi MB Selangor itu, maka teringat Acik akan sebuah lagu. Dalam lagu tersebut penyanyinya berkata bahawa dulu dia diTENDANG tapi kini diSAYANG. Sedangkan bagi MB berkenaan statusnya adalah sebaliknya. Kalau dulunya beliau diSAYANG, tapi kini nampaknya macam beliau nak di”TENDANG”. Mudah-mudahan Allah selamatkan beliau.
Selingan 4
https://www.youtube.com/watch?v=r2scbnP6nbw
Wallahualam
Lain-lain tajuk yang relevan :
PRK Kajang # 003 DSAI Pejuang Rakyat Sebenar https://4uni2c.com/2014/02/11/prk-kajang-003-dsai-pejuang-rakyat-sebenar/
** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK : http://www.4uni2c.com
OPajar AS.