4uni2c # 14807 Anak Manusia atau Anak Lembu ?

*** Untuk men CARI  lain-lain PenCERAHan sila KLIK pada bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN, kemudian SKROL.

 (Pengguna smartphone (SP) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda )

Anak Manusia atau Anak Lembu ?

Salah satu perbezaan ketara antara seorang anak manusia dengan seekor anak lembu ialah anak lembu sebaik saja dilahirkan, dalam masa yang sengkat ia telah boleh bangun dan berjalan. Tetapi anak seorang manusia baru mula belatih berjalan selepas setahun lebih ia dilahirkan. Oleh itu anak seeokor lembu tidak banyak termakan budi ibunya. Manakala ibu kepada anak lembu berkenaan tidaklah teruk membesarkan anaknya hingga pandai berdikari.

.

Sebaliknya, anak seorang manusia perlu dijaga dengan rapi bagi tempoh yang agak lama sebelum si anak tersebut pandai berdikari. Ada anak manusia yang mulai berdikari ketika masih ramaja (belasan tahun), alhamdulillah. Namun ada pula yang mampu berdikari hannya setelah umurnya mencecah 30 tahun ataupun lebih, masyaAllah.

.

Oleh sebab anak manusia tidak terus boleh berjalan selepas baru lahir dan tidak cepat berdikari seperti seekor anak lembu, maka si anak ini terpaksa bergantung kepada budi baik ibunya atau orang dewasa lain untuk “survival”. Ia memerlukan pemeliharaan oleh orang lain bagi tempoh yang agak lama. Sejak dilahirkan lagi, segala aktiviti hidupnya dijaga dengan berhati-hati bagaikan menatang minyak yang penuh. Antaranya ialah segala kencing beraknya diuruskan oleh orang lain dengan sempurna.

.

Selingan 1: Nyanyian sunyi seorang ibu  

.

Bila si anak tersebut mencapai umur mumaiz iaitu telah tahu membezakan antara yang najis dengan bukan najis maka barulah ia dibenarkan membasuh kencing dan beraknya sendiri. Di peringkat ini terasa legalah sikit ibu atau penjaganya. Lebih lega lagi bila si anak tersebut telah pandai mengawal aktiviti kencing beraknya sendiri hingga tidak perlu lagi terus memakai “diaper” atau lampin pakai buang.

.

Apabila si anak dah agak pandai bercakap maka akan lebih mudahlah proses pembelajaran berlaku. Si anak akan belajar dengan lebih cepat. Si anak mula pandai mengenalpasti individu-individu yang boleh membantunya bagi mendapatkan sesuatu yang diingininya. Kadang-kadang si anak rasa agak kecewa kerana keinginan atau permintaannya itu tidak dilayan. Mungkin ibunya atau penjaganya menganggap permintaan itu tidak perlu atau tidak wajar ditunaikan demi kebaikan si anak itu sendiri.

.

Seorang anak manusia yang agak cerdik akan mudah memahami sebab-sebab kenapa setengah dari permintaannya tidak dilayan. Ia mula belajar menerima realiti bahawa tidak semestinya setiap keinginannya atau hajatnya akan kesampaian. Keinginan atau permintaannya yang tidak ditunaikan oleh ibu atau penjaganya itu adalah yang agak melampau dan memang tidak wajar dilayan.

.

Rengkasnya, seorang anak manusia yang cerdik akan insaf dan tidak menyalahkan ibu atau penjaganya sekiranya mereka tidak memenuhi sebahagian dari keinginan atau permintaannya.

.

Seorang anak manusia yang normal akan dapat memahami hakikat bahawa dirinya telah banyak termakan budi ibunya atau orang yang menjaganya sejak ia baru lahir. Anak manusia yang normal juga akan merasa bahawa budi yang diterima dari ibu atau penjaganya adalah tersangat tinggi nilainya

.

Ini kerana, bantuan yang diterima dari ibu atau penjaganya itu adalah ketika dirinya dalam keadaan yang sangat lemah, oleh itu sangat memerlukan pertolongan. Seorang yang sangat memerlukan air kerana tersangat dahaga, maka seteguk air ketika itu tentulah tersangat tinggi nilainya dibanding dengan ketika ia tidak dahaga.

.

Si anak manusia yang tahu menghargai nilai pertolongan tersebut itu, akan terasa ingin cuba berusaha membalasnya demi memuaskan hatinya sendiri. Hatinya akan merasa puas jika ia berjaya membalas budi ibu atau penjaganya itu. Sebaliknya ia akan kecewa jika gagal membalas budi-budi tersebut.

.

Namun bagi anak yang tidak normal, ia tidak akan tahu menghargai nilai budi yang ditabur ke atasnya. Ia menganggap budi yang ditabur ke atasnya itu adalah hak mutlak dirinya sendiri yang layak dinikmatinya secara percuma. Lagi pun bukan ia meminta supaya ibu atau penjaganya itu memberi pertolongan kepadanya. Sebaliknya ibu atau penjaganya itu sendiri yang suka memberi pertolongan itu secara sukarela.

.

Mungkin juga si anak tersebut menganggap bahawa tugas menjaganya hingga ia pandai berdikari adalah satu tanggungjawab mutlak atas ibu atau penjaganya. Oleh itu ibu atau penjaganya yang mejaga atau menabur budi ke atasnya adalah semata-mata bagi menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan.

.

Oleh itu tidak timbul apa-apa kewajipan atasnya untuk membalas budi-budi individu-individu berkenaan. Andaikata budi tersebut dibalasnya, maka ia lebih merupakan suatu “bonus”, bukan hak bagi penabur budi berkenaan untuk mengharapkan balasan.

.

Anda juga mungkin seorang anak remaja. Jika ya, adakah anda seorang anak manusia yang normal lagi rasionl ?

.

Jika anda seorang anak manusia yang normal dan rasional, maka anda juga akan tahu mengenang budi orang lain terhadap diri anda. Lebih-lebih lagi budi ibu anda yang telah mengandung, melahirkan dan membesarkan anda. Begitu juga budi penjaga anda yang lain, termasuk bapa, abang-abang dan kakak-kakak anda yang pernah berbudi kepada anda.

.

Anda yang normal tak perlu membalas budi-budi mereka itu dengan segera kerana anda belum mampu berbuat demikian ketika ini. Sedangkan mereka juga tidak mengharapkan apa-apa pun balasan dari anda. Mereka tahu akan ketidakmampuan anda ketika itu. Insya Allah mereka ikhlas menolong anda semasa anda sedang menempuhi tempoh kehidupan yang masih bergantung sepenuhnya kepada pertolongan orang lain.

.

Namun, tidak salah jika anda ingin membalas budi mereka tanpa melibatkan apa-apa kos. Caranya adalah tersangat mudah iaitu dengan membuat mereka gembira. Contohnya, jika mereka individu-individu yang pentingkan agama, maka tunaikan solat anda tanpa disuruh. Lebih cantik jika mengerjakannya secara berjemaah samada di rumah maupun di surau atau di masjid.

.

Sekiranya anda tak sanggup atau tak pandai membuat mereka gembira, sekurang-kurangnya janganlah melakukan sesuatu yang membuat mereka sedih atau benci. Contohnya membuka aurat anda di hadapan mereka. Jika mereka tidak suka mendengar perkataan-perkataan tertentu, maka janganlah menyebutnya. Misalnya perkataan “babi”, “haram jadah”, “bodoh” dan sebagainya.

.

Begitulah juga, jika mereka orang yang menghormati kumpulan-kumpulan atau individu-individu tertentu maka janganlah anda mengutuk gulungan atau individu-induvidu tersebut di hadapan mereka. Dengan lain-lain perkataan, hormatilah mereka dengan menahan diri anda dari melakukan apa-apa jua yang mereka tidak suka.

.

Ada anak-anak manusia yang memegang kuat kepada prinsip “tidak ada paksaan dalam agama”. Berdasarkan prinsip tersebut, mereka menganggap mereka bebas melakukan apa saja yang mereka suka, tak kira di mana jua mereka berada. Sesiapa juga, termasuk ibu bapa mereka tidak ada hak untuk menyuruh ataupun menghalang mereka melakukan apa-apa juga. Misalnya tidak ada hak untuk “memaksa” mereka menunaikan solat fardu atau secara paksa “menghalang” mereka dari mendedahkan aurat.

.

Anak-anak manusia berkenaan sebenarnya tersalah faham tentang prinsip “tidak ada paksaan dalam agama” itu. Prinsip tersebut ditujukan khusus bagi orang Islam yang cuba menarik orang belum Islam ke dalam Islam dengan menggunakan unsur-unsur paksaan. Misalnya dengan cara mengugut ataupun “memerangkap” mereka dengan bantuan keperluan hidup, sehingga mereka tidak ada pilihan lain lagi melainkan terpaksa memeluk Islam.

.

Tetapi ke atas seseorang yang sudah Islam, prinsip tersebut tidak terpakai lagi. Paksaan telah boleh dikenakan ke atas setiap penganut agama Islam berhubung dengan banyak perkara. Contohnya, seorang Islam yang wajib membayar zakat tetapi enggan menunaikannya maka ia boleh dipaksa oleh penguasa Islam supaya membayar zakat. Adalah menjadi kewajiban atas setiap pihak yang berkuasa untuk memastikan setiap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa dipatuhi dengan sewajarnya.

.

Prinsip “tidak ada paksaan ….. “ itu juga tidak terpakai dalam banyak situasi dalam kehidupan harian kita. Misalnya anda tidak dipaksa memakai apa-apa uniform untuk bekerja mencari makan. Tetapi sekiranya anda dengan sukarela memilih untuk menjadi seorang polis atau askar maka anda tidak boleh salahkan institusi tersebut kerana memaksa anda memakai uniform.

.

Begitulah juga, jika anda tidak mahu dihalang dari merokok secara paksa, maka janganlah menumpang pesawat yang mensyaratkan penumpangnya supaya tidak merokok di dalam pesawat. Carilah mana-mana pesawat lain yang tidak mengenakan syarat tersebut sebelum membuat tempahan tiket penerbangan anda.

.

Kerana terlalu ghairah mempertahan hak sendiri berlandaskan prinsiap “tidak ada paksaan dalam agama” itu, ramai anak manusia dengan tidak sedar menafikan hak orang lain. Contohnya, seorang anak mengengkari arahan ibunya supaya pulang malam sebelum jam 12. Si anak ini menganggap hak kebebasannya cuba dirampas oleh si ibu. Pada hal ia belum mengetahui bahawa si ibu juga mempunyai hak ke atas diri si anak tersebut.

.

Hak Si ibu ke atas anaknya adalah suatu anugerah Allah terhadap si ibu yang tidak pernah dipertikaikan oleh mana-mana agamawan. Si ibu berhak menyuruh anak melakukan apa saja selagi tidak membawa anaknya itu ke arah kerosakan. Apa lagi menyuruh atau melarang melakukan sesuatu demi menyelamatkan si anak dari kemungkinan jatuh ke dalam sesuatu kerosakan.

.

Anak anak yang suka pulang rumah di lewat malam hingga awal pagi akan mendedahkan diri kepada pelbagai kerosakan. Kajian yang pernah dilakukan mendapati anak-anak yang rosak hidupnya di masa akan datang bermula dengan kebebasan yang “dinikmati”nya semasa remaja. Ini termasuklah bebas untuk pulang lewat malam hingga ke awal pagi.

.

Penafian hakikat di atas oleh si anak supaya bebas untuk terus melakukannya adalah simptom bagi kerosakan yang bakal dialaminya. Oleh itu ibu bapa atau penjaga harus tegas dan tidak membiarkan si anak bebas untuk mengamalkan tabiat suka pulang rumah lewat malam hingga awal pagi. Kegagalan ibu bapa dari melaksanakan tanggungjawab ini akan membawa implikasi buruk yang lebih besar terhadap masa hadapan si anak itu.

.

Dalam Al Quran ada satu ayat yang melarang si anak dari menyebut “uh !” terhadap ibu bapanya. Bagi anak yang normal lagi rasional, ia akan faham maksud tersirat ayat tersebut. Lantaran itu ia tidak berani bercakap kasar dengan kedua ibu bapanya. Apa lagi membantah keras nasihat-nasihat mereka.

.

Sebaliknya bagi seseorang anak yang bengap, ia hanya faham apa yang tersurat pada ayat tersebut saja. Oleh itu ia hanya akan mengelakkan diri dari menyebut perkataan tersebut. Sedangkan dalam masa yang sama ia sanggup melakukan perbuatan yang jauh lebih buruk dari itu terhadap ibu bapanya kerana dianggapnya tidak salah. Amat malanglah bagi ibu bapa yang memiliki anak yang bengap sebegini.

.

Satu lagi contoh seorang anak bengap ialah yang tidak dapat memahami sepotong ayat lain dalam Al Quran yang melarang mendekati zina. Mengikut tafsiran si anak yang bengap itu, yang dilarang melakukannya ada “mendekati zina”. Tapi “melakukan zina” tidak pula dilarang. Ini kerana perbuatan mendekati zina adalah lebih bahaya sebab ia lebih terdedah kepada pandangan mata orang ramai.

.

Sebalikanya perlakuan zina dilakukan secara sembunyi-sembunyi. Oleh itu fitnah akibat dari melakukan zina tidaklah seburuk fitnah akibat dari mendekati zina. Maka mengikut fikiran si anak bengap tersebut, larangan mendekati zina tanpa larangan melakukan zina adalah rasional. Nauzubillah !

.

Maka tanyalah diri anda sendiri, “adakah aku ini seorang anak manusia atau seekor anak lembu ?”

.

Jika anda seorang anak manusia, fahamilah dan tunaikanlah tanggungjawab anda sebagai seorang anak yang telah banyak terhutang budi dengan ibu kandung anda dan orang lain.

.

Jika anda seekor anak lembu, maka tunggulah masanya anda akan disembelih oleh keburukan yang telah anda lakukan ke atas diri anda sendiri akibat mengingkari nasihat-nasihat ibu dan orang-orang yang telah banyak menabur budi ke atas anda.

.

Selingan 2: Lembu siapa dia   

.

Wallahulam.

.

** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK:   

.

http://www.4uni2c.com

.

@OP ajar

Advertisements

~ by OPajar on 2014/08/06.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: