Ali’s SAGA # 11 : Menyantuni PROVOKASI
Tujuan Acik menulis PenCERAHan ini sebenarnya adalah sekadar menyantuni provokasi yang dicetuskan oleh individu-individu tertentu seperti Sdr/i Giustizia Spada De ..& Ali Sbhh. Semoga PenCERAHan ini, akan dapat menyedarkan mereka bahawa pribadi seorang anak tidak ……
.
*** Semoga dgn PenCERAHan ini, maka seluruh rakyat Malaysia tidak lagi memberi apa-apa respon kpd FB Ali Abd Jalil. Samada memberi LIKE, atau membuat apa-apa komen samada POSITIF maupun NEGATIF. Mungkin itu saja cara yang berkesan utk menghentikan Ali dari menulis kenyataan yang tak sepatutnya dalam FB nya. Kerjasama semua pihak memulau (boycot) FB Ali Abd Jalil sangatlah dihargai dan diucapkan terima kasih yang tak terhigga.
Wallahua’lam
.
Menyantuni Provokasi
.
Sejak Acik (Ayah/Abg+cik) diketahui ramai sebagai ayah kandung kepada Ali Abd Jalil, maka ramailah yang memohon nak menjadi rakan Facebook Acik. Pemohon-pemohon tersebut menggunakan bermacam-macam nama. Memang boleh diagak bahawa itu semua nama-nama samaran belaka.
Tapi Acik tak kisah jika nak pakai nama apa pun. Bagi Acik, setiap yang memohon itu adalah berniat baik. Oleh itu tanpa banyak songeh Acik terima saja mereka menjadi rakan Facebook Acik dengan husnulzan (sangkaan yang baik). Maka terpulanglah kepada masing-masing samada nak memunafaatkan hubung rakan Facebook dengan Acik itu ataupun sebaliknya (memudharatkannya).
Dalam ramai-ramai rakan Facebook Acik tak mustahil ada musang berbulu ayam, yang berniat serong. Jika tidak, masakan timbul teguran-teguran yang bemotif negatif, bukan untuk membina. Acik faham bahawa yang mereka sasarkan ialah Ali, anak Acik yang berhijrah ke Sweden itu. Beliau telahpun dilabelkan dengan bermacam-macam label.
Kata peribahasa Melayu, “tak dapat tanduk, telinga dipulas”. Kaedah ini bukanlah kaedah baru yang digunakan oleh orang-orang yang rendah tamadunnya. Dalam kes ini bukannya mereka tak “accessible” dengan Ali hingga Acik & isteri pula yang dijadikan sasaran alternatif. Agaknya, mungkin mereka takut mengadap Ali kerana menyedari kelemahan diri sendiri.
Macam-macam istilah dan gaya bahasa yang digunakan bagi menyampaikan mesej negatif mereka kepada Acik & isteri. Rumusan popular mereka ialah Acik & isteri adalah seorang ayah/ibu yang tak pandai mendidik anak-anak. Bagi mereka, jika pandai mendidik anak-anak tentulah tak ada seorang pun dari 10 orang anak Acik & isteri menjadi “kacang hantu” macam Ali.
Tak kan begitu kut cara kita menilai seseorang ayah/ibu. Jika seorang pelajar berjaya mendapat A bagi 9 mata pelajarannya, tiba-tiba satu mata pelajaran saja beliau gagal, adilkah jika beliau dianggap sebagai pelajar yang gagal. Sengkat sungguh rupanya fikiran individu-individu begini.
Sebenarnya Ali bukanlah anak tunggal Acik & isteri. Selain Ali, ada 9 (sembilan) lagi anak Acik & isteri yang lain. 9 dari mereka telah pun memiliki ijazah (termasuk seorang doktor perubatan dan 4 orang memiliki “master degree”).
Dua dari yang memiliki master degree kini sedang menuntut di peringkat PhD pula. Manakala seorang telah tamat pengajian PhD nya pada hujung tahun 2019 lepas. . Cuma Ali seorang saja yang belum beroleh apa-apa ijazah atau diploma.
Sebelum ini, Acik tak ingin menceritakan apa-apa kejayaan anak-anak. Acik lebih suka mentauladani “sikap penyu, telur beribu tiada yang tahu”. Dalam masa yang sama tak mau pula mencontohi “ayam betina, bertelur sebiji heboh sedunia”.
Bagi Acik, semua kejayaan itu berlaku adalah dengan kehendak dan izin Allah. Begitulah juga dengan sebaliknya. Oleh itu, jika dengar Ustaz berkata, “yang baik itu dari Allah, yang tidak baik itu adalah dari kelemahan diri ana sendiri”, maka itu adalah sebagai adab sahaja, bukan hakikat.
Lagi pun yang lebih berjaya mendidik anak-anak Acik itu sebenarnya ialah isteri Acik. Beliaulah yang sentiasa memantau pendidikan anak-anak ketika diperingkat tadika lagi. Beliau telah berjaya menanam kecintaan yang kukuh terhadap ilmu pengetahuan, ke dalam jiwa anak-anak kami.
Hasil kegigihan isteri Acik itulah, maka 7 dari 10 orang anak kami telah berjaya mencapai gred A bagi semua mata pelajaran masing-masing di peringkat UPSR dan PMR. Di peringkat SPM pula 8 darinya berjaya mencapai gred A bagi 4 mata pelajaran atau lebih. Ini termasuklah yang mencapai 11A (seorang), 8A (dua orang), 6A (3 orang), 5A (seorang) dan 4A (seorang).
Yang agak menarik ialah kesemua anak-anak Acik berjaya mendapat gred A bagi mata pelajaran bahasa Inggeris bagi UPSR dan PMR. Semua mereka mahir bertutur dan menulis dalam bahasa Inggeris. Sebagai seorang guru bahasa Inggeris, maka sudah tentulah isteri Acik berasa amat gembira dengan kejayaan anak-anaknya itu.
Anak-anak kami juga berjaya memasuki sekolah-sekolah yang agak sohor di negara kita ini. Sekolah tersebut adalah seperti berikut, Maktab Tentera di Raja (4 orang), SMA Naim Lil Banat, Kelantan (2 orang), Maahad Muhammadi, Kota Bharu (2 orang) dan Kolej Melayu Kuala Kangsar (seorang).
Jika ayah/ibu yang menghasilkan anak-anak sedemikian pun masih dikira gagal mendidik anak-anak, macam mana agaknya wajah seorang ayah/ibu yang dikatakan berjaya. “Curious” dan teringin sangat Acik nak renung wajah ayah/ibu mithali tersebut. Malangnya, masing-masing sentiasa “bertopeng” ketika berkomunikasi dengan Acik samada melalui Facebook, WhatsApp, Telegram, Mesenger dan sebagainya.
Contohnya ialah bapa/ibu yang bernama Ali Sbhh dan Giustizia Spada De … Beliau (GSD) beberapa kali mengirim mesej kepada Acik melalui Messenger menghukum Acik sebagai ayah yang gagal mendidik anak-anak. Bagi memuaskan hati beliau jawapan terakhir Acik kepadanya ialah, “semoga anda berjaya mendidik anak2 sendiri lebih dari Acik dan semua orang yang anda kenal. Wsllm. 14Dis14”
Tujuan Acik menulis PenCERAHan ini sebenarnya adalah sekadar menyantuni provokasi yang dicetuskan oleh individu-individu seperti Sdr/i Giustizia Spada De …. di atas. Mudah-mudahan PenCERAHan ini akan dapat menyedarkan mereka bahawa pribadi seorang anak itu tidak semestinya melambangkan pribadi ayah/ibunya. Begitulah juga sebaliknya.
Peribahasa Melayu yang mengatakan “bapa borek anaknya rintik, kuah tumpah ke nasi” dan sebagainya adalah merupakan kebarangkalian yang tinggi saja. Ia bukanlah satu kemestian.
Sebagai seorang Islam, besar kemungkinan kita telah pernah mendengar atau membaca cerita tentang nabi Ibrahim a.s.. Baginda bukanlah lambang kepada bapanya. Bapanya adalah seorang yang menolak agama yang benar sedangkan anaknya itu (Nabi Ibrahim) adalah pembawa agama yang benar.
NBegitulah juga dengan nabi Noh a.s.. Anak baginda bukanlah lambang diri baginda. Anak baginda adalah seorang yang engkar kepada ajaran baginda. Anak tersebut telah mati tenggelam bersama-sama ibunya dalam banjir besar yang diturunkan Allah sebagai hukuman kepada umat baginda yang menolak agama yang dibawa baginda.
Pengajaran yang dapat diambil dari cerita-cerita di atas ialah, tidak adil sama sekali untuk menghukum seorang anak jika yang bersalah adalah bapa/ibunya. Begitu juga sebaliknya. Masing-masing kita akan dipertanggungjawabkan hanya atas apa kita kerjakan. Bukan atas apa yang orang lain kerjakan, selepas kita telah menasihatinya.
Teringat pula Acik akan satu hadith yang diriwayatkan oleh Ahmad bermaksud, “termasuk dosa-dosa besar ialah apabila seseorang itu memaki kedua-dua orang tuanya”. Para sahabat bertanya, “bagaimanakah seseorang itu memaki kedua-dua orang tuanya ?” Baginda s.a.w. lalu bersabda, “Dia memaki ayah orang lain, lalu orang itu memaki ayahnya pula”.
Mengambil hadith tersebut sebagai pedoman, maka inginlah Acik menasihatkan mereka yang berkenaan agar tidak lagi membuat kenyataan-kenyataan berunsur negatif terhadap ayah dan ibu Ali. Bukan apa, takut ianya menjadi provokasi kepada Ali dan saudara-saudara kandungnya yang lain. Akibatnya nanti, ibu bapa mereka pula yang akan menerima balasan yang berupa maki hamun atau kutukan dari Ali dan saudara-saudaranya, nauzubillah.
Walaubagaimana pun, ingin juga Acik mengucapkan terima kasih kepada individu seperti Sdr/i Giutizia itu. Sebab apa ? Sebab mereka telah mencetuskan idea dan justifikasi kepada Acik untuk menghasilkan PenCERAHan ini.
Acik juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada setiap individu yang pernah menjadi mangsa makian dan kutukan Ali. Sebagai ayah kandung kepada Ali, maka Acik tetap rasa bersalah dengan apa juga negatif yang Ali lakukan. Mudah-mudahan Allah memberi hidayah kepada Ali hingga beliau kembali menjadi individu yang normal seperti saudara-saudara kandungnya (siblings) yang lain.
Bahawasanya saudara kembar Ali yang dahulunya pernah disabitkan dengan kesalahan menghina sultan kini adalah seorang yang bakal bergelar doktor (PhD) tidak berapa lama lagi, insya Allah.
Wallahua’lam. 🌹
.
PenCERAHan yg relevan ⬇️
Kutuk mengutuk bukan budaya Melayu https://4uni2c.com/2017/09/06/kutuk-mengutuk-bukan-budaya-melayu/
Bahaya penyakit riyak dan takabbur https://4uni2c.com/2019/04/22/tasauf-bahaya-penyakit-riyak-dan-takabbur/
🌷
Ali pernah ditahan reman selama lebih dari 20 hari sebelum beliau meninggalkan Malaysia
.
Selingan 1 :
.
Video : Antara TIGA perkara yang tak mungkin dapat dielakkan ialah “apa orang kata”
.
.
d a u l a t r a k y a t !
PenCERAHan yang relevan :
.
Ali’s SAGA # Index :
. http://4uni2c.wordpress.com/2014/12/04/alis-saga-index/
.
Ali’s SAGA # 01 Ali Adalah Manifestasi Jenerasinya
. https://4uni2c.com/2014/09/11/alis-saga-01-ali-adalah-manifestasi-jenerasinya/
.
Ahmad’s SAGA #201 A Catalyst of Change (Pemangkin Perubahan) https://4uni2c.com/2012/12/24/ahmads-saga-201-a-catalyst-of-change/
.
Lain-lain PenCERAHan berkaitan ⬇️
Bahaya penyakit riyak….. https://4uni2c.com/2019/04/22/tasauf-bahaya-penyakit-riyak-dan-takabbur/
PenCERAHan terbaru http://www.4uni2c.com
.
@ OPajar (# 14z19)