PRU14: Kutuk mengutuk bukan budaya Melayu
2017 Sept 06
Entahlah… kot budaya tetamu tetap kot
.
π²πΎ Acik telah bertikam perkataan dgn seorang sahabat lama Acik selama beberapa hari yang lepas melalui whatsapp. Beliau adalah seorang penyokong tegar PH. Tapi dulu beliau pun macam Acik juga, kuat PAS.
Melalui hujah-hujahnya Acik nampak beliau tersangat marah kpd PP (Presiden PAS) kerana berbaik-baik dgn PU (Presiden UMNO). Nampaknya beliau terlalu yakin dengan dakwaan Tun DM bahawa PU (Presiden Umno) itu perompak, pencuri dan macam-macam lagi dakwaan negatif.
Yang agak kelakarnya ialah, dengan Acik-acik sekali dituduhnya bersubahat dengan kedua-dua presiden parti Melayu tersebut. Cuma semata-mata kerana Acik enggan untuk turut sama mengutuk kedua-dua pemimpin Melayu itu.
Acik cuma kata kat beliau, jika Tun DM kata PM sekarang ni perompak beliau (Tun DM) pun serupa juga ketika berkuasa dahulu. Cuma ketika tu belum ada smartphone, maka terselamatlah beliau.
Bagi Acik, dakwaan Tun DM terhadap PM itu tak lebih ibarat Kata dulang paku serpih, kata orang aku yg lebih. Likes pot says that the kettle is black.
Sebenarnya Acik tak gamak utk kutuk sesiapa. Itu sebabnya Acik tak suka dengar cara Tun DM mengutuk orang yang beliau meluat. Dulu dia kutuk DSAI kaw kaw. Kini giliran PM @ PU pula.
Yang agak menarik bagi Acik ialah PM cool saja. Beliau tak “react” macam DSAI dahulu. Maka tertanyalah dalam hati Acik apa yang membuat PM begitu cool. Kawan-kawan Acik kata, PM tak berani respon itu tandanya bahawa segala dakwaan terhadapnya itu adalah berasaskan kebenaran.
Namun pendapat Acik, lain sikit. Bagi Acik, memang budaya Melayu tidak suka kaedah kutuk mengutuk tu. Walaupun PM dari keturunan Bugis, namun Bugis adalah juga dari rumpun Melayu tulen.
Mungkin ramai orang tertanya-tanya kenapa anak-anak Acik juga asyik mengutuk je dalam Facebook masing-masing. Sedangkan kata peribahasa Melayu, “kuah akan tumpah ke nasi jua” atau “bapa borek, anaknya rintik”.
Sebenarnya Acik dah pernah bertanya sendiri kepada anak-anak Acik yang berkenaan, dari siapa mereka belajar bahasa kutuk mengutuk tersebut. Rupa-rupa mereka mencontohi pemimpin-pemimpin parti politik pembangkang. Itulah dakwaan mereka.
Acik tak boleh salahkan mereka 100% sebab Aciklah yang rajin membawa mereka menghaziri ceramah-ceramah parti pembangkang sejak mereka masih kecil. Kalau anak-anak kita asyik diperdengarkan lagu “aci aci buka pintu” sejak kecil, lalu bila depa besar depa pun asyik mendendangkan lagu yg sama, nak hairan apa.
Jika depa tak pandai langsung menyanyi lagu “Negaraku“, sebab dok asyik diperdengarkan lagu “aci aci buka pintu” je ke telinga depa, nak salah depa 100% jugakah ? Acik rasa rakyat wajar mentauladani PM dari aspek “c o o l” beliau ketika menghadapi kutukan. Namun, jangan pula mendakwa bahawa Acik juga menyuruh beliau ditauladani dalam aspek- aspek yang lain.
Kadang-kadang tindakan paling baik adalah berdiam diri. Inilah yang dianjurkan Islam terhadap jemaah solat Jumaat ketika khatib sedang berkhutbah. Walaupun niat kita berkata “diam !” adalah supaya remaja di sebelah kiri kita itu berhenti dari berkata-kata, namun itu pun dilarang oleh Islam.
Jadi Acik percaya bhw berdiam diri ketika diri dikutuk adalah lebih baik dari membalas kutukan. Pernah satu ketika Saudina Abu Bakar r.a. dikutuki seorang individu di hadapan Nabi s.a.w. Mula-mula beliau (AB r.a.) diam dan Nabi s.a.w. terus menemani beliau. Tapi apabila AB r.a. membuka mulutnya membalas kata kpd individu tersebut, Nabi s.a.w. segera menjauhkan diri dari mereka berdua.
Nabi s.a.w. kemudiannya memberitahu kepada AB r.a. bahawa, ketika beliau (AB r.a.) sedang dikutuki, beliau (Nabi s.a.w.) nampak ada malaikat sedang melindungi beliau (AB r.a.). Tapi sebaik saja beliau (AB r.a.) membalas kutukan individu tersebut, maka malaikat itu pun beredar meninggalkan beliau (AB r.a.).
Agaknya PU menerima nasihat PP kut maka beliau (PU) tidak membalas kutukan Tun DM. Mungkin juga sebab kedua-dua mereka adalah Melayu tulen, yang mematuhi amalan budaya Melayu sejati.
Wallahualam πΊ
.
πππ
PenCERAHan yang relevan :
SENARAI PenCERAHan2 yg relevan
https://4uni2c.com/2018/04/15/pru14-pencerahan2-yg-relevan/
.
Rasuah : Salah Siapa ?
https://4uni2c.com/2017/08/27/rasuah-salah-siapa/
.
Asal usul makna Melayu
https://4uni2c.com/2017/01/15/asal-usul-makna-melayu/
.
Menyantuni provokasi :
https://4uni2c.com/?s=menyantuni&=Search
.
PenCERAHan terakhir β¬οΈ :
http://www.4uni2c.com
.
.