4uni2c # 14915 : Krisis Kejujuran dan Implikasinya
*** Untuk men CARI lain-lain PenCERAHan sila KLIK pada bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN, kemudian SKROL.
(Pengguna smartphone (SP) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda)
Krisis kejujuran dan implikasinya
Kebocoran soalan UPSR baru-baru ini menghebohkan satu Malaysia. Ia menyusahkan hampir setengah juta murid dan lebih sejuta ibu bapa kepada murid-murid yang terlibat. Entah berapa puluh ribu pula guru-guru dan anggota-anggota kerajaan turut susah. Ini sudah tentunya menimpakan kerugian yang bukan kecil terhadap negara.
Mengikut ingatan Acik (Ayah/Abang + cik), ini bukanlah kali pertama kita dikejutkan oleh berita kebocoran soalan-soalan peperiksaan utama di Malaysia. Cuma di masa-masa yang lepas kes ini ibarat “hangat-hangat tahi ayam saja”. Sekejap saja panas lepas tu sejuk begitu saja. Kita pun tak tahu apa tindakan yang diambil dan atas siapa yang dikenakan tindakan.
Namun untuk kali ini, kita lihat satu tindakan tegas lagi keras telah diambil. Dua orang individu telah dikenalpasti sebagai bertanggungjawab ke atas kebocoran soalan UPSR tersebut. Mereka ini bukan calang-calang orang. Kedua-dua mereka adalah individu bekelulusan tinggi yang memakai gelaran Dr di pangkal nama masing-masing.
Dengan tindakan tegas dan keras itu tentulah kita mengharapkan sesuatu hasil positif akan dapat diperolehi. Jika tidak untuk kebaikan sekarang, sekurang-kurangnya akan menghalang perkara yang sama dari berulang di tahun-tahun mendatang. Seperti kata Mad Saleh, “prevention is better than cure”
Acik harap tindakan tegas dan keras yang dikenakan terhadap individu-individu berkenaan adalah tepat mengenai sumber masaalahnya. Maksud Acik ialah, jika pening di kepala maka minyak angin pelega pening itu pun dilumur di kepala. Janganlah hendaknya dilumur di kepala lutut, walaupun ia juga mungkin dikira sebagai kepala. Bukan apa, agar supaya tidak melakukan kezaliman kepada mana-mana individu yang tak bersalah, tanpa kiralah dia tu siapa.
Jangan macam kata orang bahasa, “lain yang makan nangka, lain pula yang kena getahnya”. Ataupun, “lain yang bengkak lain pula yang menanah”. Kemudian ada pula yang mendapat kredit percuma dari kesusahan pihak lain. Seperti kata peribahasa kita, “lembu punya susu, sapi dapat nama”. Sama-samalah kita harapkan agar tidak ada pihak yang tergamak “menangguk di air keroh” dari isu kebocoran soalan tersebut.
Andaikata yang terhukum itu adalah pihak yang tak bersalah ataupun tak sepatutnya diperslahkan, takut-takut masaalah asal bukan akan berjaya diatasi, malah sebaliknya mengundang pula masaalah baru yang lebih khusut. Seperti kata orang bahasa, “lari dari mulut harimau, masuk ke mulut buaya”. Serupa macam isu MB Selangor yang sampai la ini pun masih belum boleh tutup buku.
Sekadar untuk membanding sedikit senario politik di negara kita dengan beberapa negara maju, apa yang Acik dapat lihat ialah begini. Jika di negara kita, yang bakal hilang jawatannya ialah kakitangan awam. Tetapi di negara maju lain, yang akan hilang jawatannya ialah menterinya. Menteri berkenaan bukan hilang jawatannya kerana dipecat, tetapi beliau sendiri yang dengan rela hati secara terhormat mengundur diri.
Kerana apa dia sendiri yang meletakkan jawatannya ?
Jawapannya ialah kerana menteri berkenaan berani dan jujur. Oleh itu beliau sanggup mengorbankan kepentingan dirinya sendiri demi menjaga dan mengutamakan kepentingan umum. Sebagai seorang menteri, perasaan tanggungjawabnya sangat tinggi. Jauh mengatasi mana-mana penjawat awam yang berkhidmat di bawahnya. Mungkin baginya, “apa guna aku menjadi menteri sekiranya aku hanya membawa sial untuk rakyat melalui jawatan yang sedang aku sandang ini ? ”
Jika di negara Jepun lagi lah. Ada pemimpin hingga sanggup melakukan hara-kiri (membunuh diri) semata-semata kerana tak sanggup menahan perasaan amat bersalah apabila gagal melaksanakan sesuatu tugas yang diamanahkan ke atasnya. Sebaliknya di Malaysia bukan melakukan hara-kiri selepas gagal melaksanakan sesuatu amanah, malah sebaliknya naik-kanan lagi. Mungkin tujuannya ialah agar beliau mudah ditukarkan ke jawatan lain pula dan kesnya dapat ditutup buku.
Harap-harap Acik tidaklah pula sampai nak dituduh menghasut mana-mana individu rakyat Malaysia supaya melakukan hara-kiri seperti di atas. Kerana, itu bukanlah hasrat Acik. Namun jika masih ada yang nak lakukan juga hara-kiri, tolonglah jangan salahkan Acik.
Pengalaman tinggal di negara luar mungkin memberi banyak “advantage” atau kelebihan kepada kita. Lebih-lebih lagi tinggal di negara maju. Namun ia bergantung juga kepada cara dan dengan siapa kita bergaul ketika berada di negara berkenaan. Jika pergaulan kita masih serupa macam rakan-rakan kita yang di dalam negara sendiri, advantage tersebut agak kurang. Misalnya belajar di England selama 4 tahun tetapi rakan bukan Malaysian langsung elek (tiada).
Apa pun, pengalaman tinggal di negara maju sikit sebanyak masih dapat membuka mata kepala dan hati kita terhadap fenomena negara tersebut. Itulah yang Acik sendiri dapat rasakan. Jika nak dicatitkan semuanya di sini tentulah tak larat nak membacanya nanti kerana terlalu banyak dan pelbagai. Oleh itu biarlah Acik ambil dan focus terhadap satu aspek saja untuk perbincangan kita di sini. Aspek yang Acik yakin tersangat penting malah “indispensible” itu ialah tentang kejujuran.
Kadang-kadang Acik sendiri rasa pelik kenapa negara maju mampu mencapai kemajuan ke tahap sekarang. Jika nak dikatakan faktor usia negara tersebut, negara kita lebih tua usianya dari Amerika Syarikat. Jika nak dikatakan kekayaan sumber alam sebagai faktor, Malaysia lebih kaya berbanding dengan beberapa negara Eropah yang lebih maju dari kita. Entahlah kut betul Malaysia ni rakyatnya pemalas kerana didominasi oleh orang Melayu yang sinonim dengan Pemalas. Bukan Acik kata ya, tapi TDM mantan PM kita yang kata.
Apa pun bagi Acik, faktor utama yang membuat Malaysia ketinggalan dalam aspek kemajuan ialah krisis kejujuran. Krisis kejujuran telah membawa banyak implikasi buruk kepada kita semua. Malah ia juga berpotensi mendatangkan natijah-natijah yang jauh lebih buruk dari apa yang pernah kita alami setakat ini. Oleh sebab itu krisis ini tidak harus dibiarkan begitu saja berkembang dengan begitu leluasa.
Jika tanpa krisis kejujuran, mungkin tidak berlaku kebocoran soalan USPR yang menjadi begitu riuh rendah sekarang. Tanpa krisis kejujuran, tentu tidak berlaku pecah amanah yang menyebabkan puluhan malah ratusan juta wang negara lesap, yang kita pernah terbaca dalam akhbar-akhbar tempatan. Tanpa krisis kejujuran, mustahil boleh berlaku dakwat yang digunakan semasa PRU13 yang lepas mampu bertukar statusnya dari “kekal” menjadi “tanggal”.
Kejujuran adalah umpama air. Setiap hidupan memerlukan air agar tidak mati. Tanpa air yang cukup tanam-tanaman tidak akan dapat subur. Kesuburan adalah penting kerana ia akan menentukan bahawa pertanian negara mengeluarkan hasil yang jenuh. Bagi sesebuah negara pertanian, kesuburan sektor pertanian menjadi sumber kemakmuran negara.
Begitulah juga dengan kejujuran. Tanpa kejujuran, kita tak akan dapat menikmati kemakmuran. Kerana kita susah mencapai kejayaan dalam segala aspek kehidupun. Apa yang dirancangkan tidak akan berjaya dilaksanakan dengan sempurna jika ada individu yang tidak jujur terlibat. Kos untuk menghasilkan sesuatu sudah tentu bertambah mahal kerana terpaksa menanggung kos pemantauan yang tinggi.
Di negara maju yang pernah Acik tinggal, kawasan perumahan mewah mereka tidak berpagar. Mereka bukan saja tidak perlu berbelanja untuk mendirikan pagar malah tidak payah menggajikan pasukan keselamatan untuk mengawal kawasan kediaman mereka. Namun demikian kawasan kediaman mereka jauh lebih selamat dari di negara kita.
Sebaliknya di negara kita, kita akan berasa lega hanya jika dapat tinggal di dalam kawasan perumahan yang berpagar atau “gated”. Kita rela membayar lebih, asalkan dapat menikmati suasana yang selamat ketika berada di rumah kita. Malah ada juga kita yang merasa bangga dapat tinggal di dalam kawasan berpagar kerana meresa dirinya golongnan berada.
Untuk itu, kita terpaksa menanggung kos mewujudkan system kawalan keselamatan bagi taman tempat kita tinggal itu. Pada hal, di negara kita sudah pun ada lebih dari 100 ribu anggota Polis yang gajinya dibayar dari hasil cukai yang dipungut dari poket kita. Walaupun begitu, kes pecah masuk rumah kediaman kita masih tak habis-habis berlaku. Sejarah tangkapan yang boleh dibanggakan oleh pihak Polis adakah pernah kita dengar ?
Acik yakin tanpa krisis kejujuran kos hidup kita akan dapat dikurangkan dengan ketara sekali. Hasil mahsul negara kita sebenarnya sudah cukup untuk menampung seluruh kehidupan kita satu negara. Kita tidak memerlukan lagi tenaga kerja asing bagi menambahkannya pengeluaran negara kita. Malangnya fakta-fakta dan maklumat penting jarang diumumkan dengan jujur buat pengetahuan kita.
Mari kita tanya diri kita sendiri, sepanjang hidup kita sudah berapa kalikah kita temui dengan kes-kes penipuan. Tak kiralah dalam bentuk apa sekali pun. Malah sudah berapa kalikah kita rasa diri kita tertipu atau ditipu. Yang lebih buruk lagi ialah penipuan yang serupa berulangkali berlaku terhadap kita. Namun kita tidak boleh berbuat apa-apa sebab penipu kita adalah pihak yang jauh lebih berkuasa dari kita.
Contohnya, setiap hari kita membuat panggilan menggunakan telefon mudah alih kita. Panggilan kita gagal, namun caj tetap juga dikenakan ke atas kita. Alasannya, kita pun tidak tahu. Cuma yang kita akan diberitahu ialah, semua syarikat telekomunikasi serupa. Masing-masing menggunakan kaedah atau caj yang serupa terhadap pengguna-penggunanya.
Sebenarnya kita tidak patut membayar apa-apa caj bagi sebarang panggilan yang gagal. Seperti juga kita tidak wajar membayar kos penghantaran sesuatu barang jika barang yang kita pesan itu tidak sampai kepada kita. Pihak penghantar tidak wajar mendakwa berhak menuntut sebarang upah bagi perkhidmatan penghantaran yang gagal. Malah sepatutnya menggantikan barang yang telah hilang dalam penghantarannya itu.
Walaupun jumlah wang kita seorang yang ditipu itu tidaklah banyak, tetapi cuba kita jumlahkan berapa ramai pengguna telefon mudah alih yang senasib dengan kita. Berapa banyak wang rakyat diambil secara tidak bermoral oleh syarikat telekomunikasi setiap hari. Adakah pihak berkuasa peka terhadap penipuan seumpama ini ?
Namun, bukan sekadar jumlah kewangan yang terlibat saja kita harus peka. Yang jauh lebih penting untuk kita perihatin ialah prinsip kejujuran dan keadilan . Semestinyalah, dalam setiap transaksi peniagaan, prinsip kejujuran dan keadilan tidak harus dicabuli sama sekali. Lebih-lebih lagi dizaman teknologi tinggi sekarang di mana transaksi perniagaan dilakukan di atas talian. Faktor kejujuran langsung tidak boleh dikompromi.
Mungkin juga di antara kita ada yang pernah mengalami penipuan yang lebih besar dari itu. Anataranya ialah terlibat dengan urusan pembelian rumah. Gaji bulanan dipotong tiap-tiap bulan kerana membayar pinjaman rumah, sedangkan rumah yang dibeli tak siap-siap hingga bertahun-tahun.
Bukan peminjam bank saja yang menjadi mangsa, malah ramai juga kakitangan kerajaan sendiri juga turut dimangsakan. Mereka ini (kakitangan kerajaan) meminjam dari dana kerajaan iaitu duit rakyat. Namun, gaji mereka juga tetap dipotong walaupun dalam masa yang sama mereka terpaksa menyewa rumah kediaman.
Kerajaan sepatutnya mengambil tanggungjawab ke atas kegagalannya menguatkuasakan undang-undang sedia ada. Contohnya dengan menangguhkan dahulu pemotongan gaji anggota kerajaan berkenaan yang tertipu itu. Akibat kegagalan kerajaanlah maka ada rakyat menjadi mangsa penipuan, tak kiralah oleh siapa pun. Apabila menghadapi masalah kewangan akibat tertipu, maka seseorang itu akan mudah terdorong untuk menerima rasuah jika berpeluang berbuat demikian.
Mari kita kembali kepada kes kebocoran soalan UPSR yangmana telah menjadi pencetus utama kepada penulisan rencana ini, Acik tidak percaya bahawa kejadian yang sama tidak akan berulang lagi. Selagi negara kita terus mengalami krisis kejujuran, bermacam-macam kes pecah amanah seumpama itu akan tetap berlaku dan terus berlaku.
Sebagai seorang ayah yang sangat mementingkan pendidikan anak-anaknya, beliau tentu berminat mengambil tahu segala perkembangan yang berlaku di sekolah-sekolah. Acik pun demikianlah juga. Lebih-lebih lagi kerana berteman-sebantalkan seorang guru penolong kanan yang dianggap sangat berdisiplin oleh rakan-rakan sejawatnya.
Sejak menemani isteri Acik yang telah pernah berkhidmat di 10 buah sekolah kerajaan itu, berbagai persepsi yang dapat Acik ukirkan terhadap dunia persekolahan. Acik tidak boleh kata environment persekolahan didominasikan oleh factor-faktor yang negatif. Tetapi apa yang nak Acik tegas ialah bahawa factor yang negative, walaupun hanya satu dua saja sudah cukup untuk menghakis keberkesanan segala usaha baik yang telah dilakukan.
Bersambung ……………….