Masjid # 001 – Kunjungan YAB MB Selangor

wpid-20150320_145600.jpgwpid-20150320_142809.jpg

Pada 20 hb Mac 2015 yang lepas, YAB Datok Menteri Besar Selangor (Azmin Ali) telah sudi menunaikan Solat Jumaat bersama-sama anak-anak khairah Islam Damansara Damai. Bagi Acik inilah pertama kali dapat melihat secara dekat insan yang bergelar Datok Menteri Besar Selangor. Kalau di negeri Acik (Pulau Pinang) jangan harap Ketua Menterinya akan bersama-sama rakyat seperti tersebut. Faham-faham sajalah apa sebabnya.

*** Untuk menCARI  lain-lain PenCERAHan sila KLIK pada bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN, kemudian SKROL.

(Pengguna smartphone (SP) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda)

 

Kunjungan MB ke Masjid Damansara Damai

Ada dua perkara penting yang dapat Acik rakamkan dalam minda Acik tentang kunjungan MB berkenaan. Pertama tentang kereta Kancil anak Acik yang ditampalkan perekat “amaran” kerana didakwa sebagai kenderaan buruk yang terbiar di tempat awam. Tempat awam yang dimaksudkan itu ialah di dalam kawasan yang kononnya telah dikira sebagai kawasan jajahan Masjid berkenaan.

Faktor kedua ialah tentang isi ucapan YAB MB tersebut yang disampaikan beliau selepas tamat solat Jumaat. Beliau berucap selama kira-kira lima belas minit, menyentuh beberapa isu.  Bagi Acik isu-isu tersebut memang sangat penting. Antaranya ialah tentang fungsi utama sesebuah masjid.

Mengikut Datok MB tersebut, masjid adalah tempat melakukan hubungan kita kepada Allah (hablul minallah) dan hubungan kita sesama manusia (hablul minannas). Masjid dibina atas dasar takwa bagi menyatukan ummah, bukan sebaliknya.  Oleh itu, Nabi s.a.w. pernah memerintahkan supaya sebuah masjid dimusnahkan apabila baginda dapati bahawa ianya dibina bagi memecahbelahkan umat ketika itu.

Ucapan Datok MB tersebut telah mencetuskan idea untuk menulis beberapa isu mengenai masjid. Sebagai seorang Muslim yang sering berkunjung ke masjid Acik rasa ada benda-benda yang wajar Acik kemukakan untuk pengetahuan umum. Umum merangkumi seluruh bangsa dan agama yang menjadi penduduk Malaysia. Ini kerana bagi setiap masjid ada ada, tak dapat tidak akan ada penduduk di sekeliling masjid berkenaan yang bukan berbangsa Melayu dan bukan penganut agama Islam.

Namun wajar ditegaskan bahawa, apa yang akan disentuh nanti adalah merupakan persepsi peribadi Acik semata-mata. Sebagai seorang ahli jumaah biasa, Acik tentulah tak banyak tahu tentang perkara-perkara yang tidak nampak dilihat oleh mata kasar. Contohnya tentang dasar-dasar tertentu yang mencorakkan suasana yang membentuk persepsi Acik dan juga ahli-ahli jumaah yang lain. Apa pun, yang penting ialah bagaimana sesuatu itu boleh diperbaiki atau ditambahbaikkan lagi bagi meraih perubahan-perubahan positif.

bersambung …….

d a u l a t    r a k y a t   !

 

Lain-lain PenCERAHan yang relevan :

*** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK:   www.4uni2c.com

@ OPajar (# 15227)

~ by OPajar on 2015-03-20.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: