Buang yg keruh …. demi negara dan bangsa

C & P dari status FB seorang rakan FB #170303

Apabila Tun Dr Mahathir mengajak semua lupakan peristiwa lama, dan memberikan tumpuan untuk menjatuhkan BN dan Najib, ramai yang masih tidak berpuas hati.

Mereka mahu Mahathir mengucapkan, maafkan saya, saya mengaku saya menganiaya Dato Seri Anwar Ibrahim… dan sebagainya.

Pada pendapat aku, cukuplah setakat itu. Seorang negarawan yang telah berjasa dan membangunkan Malaysia semampu beliau sehingga rakyat dapat hidup agak selesa, tidak wajar untuk kita menekan sebegitu selekeh sehingga boleh menggagalkan usaha penyatuan gerakan menjatuhkan pemerintah korup.

Mahathir telah mengadap Anwar, dan Anwar dengan begitu besar hati menerima Mahathir seraya menyambut seruan untuk menerima idea penyatuan bagi melakukan reformasi sepenuhnya kepada negara ini. Siapa Anwar kepada kita? Beliau pemimpin ulung yang terpenjara. Beliau berkorban diri demi melihat perubahan yang lebih baik kepada negara ini, tapi beliau dipenjara, tapi apa natijahnya? Lihat sambutan dan sokongan terhadap Anwar, adakah ada berlaku kekurangan?

Mahathir mungkin telah menyesali apa yang telah berlaku. Beliau membuang ego untuk mengadap para reformis. Beliau membuang pakaian Umno seumpama membuang baju di badan. Beliau tidak lelah menjelajah ke seluruh pelusuk negara untuk menerang tentang masalah teruk pemerintah sekarang dan apa yang terjadi kepada negara ini terutama dari sudut ekonomi.

Kalau dahulu beliau keluar dari Umno, tapi tiada desakan untuk membina wadah baharu, namun kini beliau menggerakkan Bersatu bersama gerombolan yang mempunyai aspirasi yang selari dengan Pakatan Harapan iaitu untuk menang dalam pilihanraya, mendapat kuasa dan memerintah negara ini.

Adakah anda fikir bahawa Mahathir mahu kembali bersama Umno?

Selingan :

https://www.youtube.com/shared?ci=g4zV5EU4IxM



Utk ke PenCERAHan terkini sila tab

http://www.4uni2c.com

~ by OPajar on 2017-03-03.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: