Maahad Tahfiz utk penuhi citarasa siapa ?
Tulisan tangan di atas adalah rintihan adik Thaqif sebelum meninggalkan kita untuk selama-lamanya. Al-fatihah untuk beliau.
Maahad Tahfiz Al Quran untuk memenuhi citarasa siapa ?
Tidak berapa lama dahulu kita digemparkan oleh suatu berita sedih yang amat memalukan institusi pendidikan Islam.
Seorang ibu kepada murid telah melaporkan bahawa anak beliau telah dicabul penghormatannya oleh anak mudir Maahad Tahfiz tempat ia belajar.
Khabarnya kes tersebut masih lagi dalam siasatan pihak berkuasa. Sekiranya didapati ada prima facie maka barulah akan dijalankan pembicaraan di Mahkamah keatas kes tersebut. Semuanya bergantung kepada pihak berkuasa berkenaan samada hendak kes tersebut diadili ataupun sebaliknya.
Sama-samalah kita tunggu jika kita masih peka dan prihatin terhadap nasib anak-anak kita di pusat-pusat pengajian tempat mereka kita tempatkan.
Dalam masa kita sedang menunggu apa perkembangan seterusnya terhadap kes pencabulan di atas, tiba-tiba tercetus pula satu insiden baru yang lebih trajis, juga di sebuah maahad tahfiz. Kalau dulu di Perak, kali ni di Johor pula. Kalau dulu sekadar memalukan, namun kini membawa kepada kematian. Sedih, sedih dan memang tersangat sedih.
Bersambung …..
**P*E*N*G*E*T*A*H*U*A*N**D*I**L*U*A*R**K*O*T*A*K**
🇲🇾 Crimea, Rusia : Tak kenal maka tak cinta 💕