Tetamu : pembawa rahmat

Setiap kali akan datang hari lembaran, maka ketua bagi setiap keluarga akan terpaksa membuat persedian untuk menerima tetamu. Hari lembaran paling besar bagi masyarakat Melayu di Malaysia ialah Aidil Fitri atau hari raya puasa. Oleh itu persedian bagi menyambut Aidil Fitri adalah yang paling mencabar dilakukan setiap tahun oleh masyarakat Melayu di Malaysia yang rata-ratanya beragama Islam.

Menyambut tetamu di hari raya telah menjadi tradisi bagi masyarakat Melayu sejak dahulu kala lagi. Boleh dikatakan setiap rumah orang Melayu pada hari tersebut adalah rumah terbuka. Dengan kata lain, siapa-siapa pun boleh mendatangi mana-mana rumah orang Melayu pada hari raya puasa walaupun tidak diundang.

Namun demikian, dari segi praktiknya, tetamu kepada sesebuah rumah itu adalah mereka yang dikenali oleh tuan rumah atau mana-mana ahli dalam rumah berkenaan. Contohnya, kawan-kawan sekolah Abang Long (anak sulung), Kak Lang (anak ketiga), Pak Su (anak bongsu) dan sebagainya. 

Setiap kita mempunyai perasaan yang berbeza terhadap semua benda. Begitulah juga, dari segi menyambut tetamu. Ada orang rasa sangat besarhati terhadap tetamu. Sebaliknya ada juga yang kurang besarhati. Malah mungkin juga ada yang menyampah terhadap tetamu.

Bagi mereka yang rasa sangat besarhati terhadap tetamu, persedian untuk menyambut tetamu tentulah yang terbaik dan termampu baginya. Bagi yang kurang besarhati persediaannya pun tentulah sikit kurang. Bagi yang menyampah terhadap tetamu, faham-faham sajalah.

Acik ingin mengucapkan syabas kepada golongan pertama. Bagi golongan kedua pula Acik harap akan meningkat ke golongan pertama. Manakala bagi golong ketiga, Acik doakan agar terbuka hatinya untuk mengambil iktibar dari hadith berikut.

Hikmah Rumah Didatangi Tetamu


💐💐💐💐💐💐💐💐💐💐
Seorang perempuan mengadu kepada Rasulullah s.a.w.  tentang perihal suaminya yang suka menjemput tetamu ke rumah. Si isteri sangat penat menghidangkan makanan dan melayan tetamu.

Perempuan tadi pun pulang ke rumah tanpa sebarang jawapan daripada Rasulullah s.a.w.. 

   
Tidak berapa lama kemudian Rasulullah s.a.w. memberitahu kepada suami perempuan tadi bahawa dia akan ziarah ke rumahnya. Lalu suami tadi pun memberitahu kepada isterinya bahawa pada hari ini kita ada tetamu istimewa yang akan datang. 

Isterinya bertanya:
Siapakah tetamu itu?”

Maka dijawab olehnya bahawa tetamu itu adalah Rasulullah s.a.w.. Isteri tadi sangat gembira mendengar berita tersebut. Lalu dia pun menyediakan makanan yang lazat dan sedap-sedap untuk Rasulullah s.a.w.. 

Ketika Rasulullah s.a.w. hendak pulang. Baginda memberitahu kepada suami tadi supaya memberitahu isterinya supaya melihat dipintu ketika baginda keluar.

Kemudian isterinya pun melihat ke pintu semasa Rasulullah s.a.w. keluar.  Dilihatnya binatang-binatang seperti lipan, kala jengking dan segala yang memudaratkan ikut keluar bersama Rasulullah s.a.w.. 
Beliau sangat terkejut lalu Rasulullah Sallallah ‘Alaihi Wasallam berkata kepadanya: Demikianlah yang berlaku setiap kali tetamu menziarahi rumah seseorang.”

Apabila tetamu kita pulang, akan keluar dari rumah kita segala bentuk bala, kemudaratan, binatang-binatang yang menyakitkan dan penyakit dari rumah kita. 

Rumah yang sentiasa diziarahi tetamu ialah rumah yang disukai oleh Allah s.w.t.. Turunnya rahmat dan barakah dari langit.

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ” إذا أراد الله بقوم خيراً أهدى لهم هدية. قالوا: وما تلك الهدية؟ قال: الضيف ينزل برزقه، ويرتحل بذنوب أهل البيت “. فيااحبتي ” الضيف دليل الجنة “. وقال رسول الله صلى الله عليه وسلم من كان يؤمن بالله واليوم الآخر فليكرم ضيفه …

صل الله عليه وعلى آله وصحبه أجمعين..
ALHAMDULILLAH, TETAMU ADALAH PEMBAWA RAHMAT.


Memuliakan Tetamu
عَنْ أَبِي شُرَيْحٍ الْكَعْبِيِّ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ جَائِزَتُهُ يَوْمٌ وَلَيْلَةٌ وَالضِّيَافَةُ ثَلَاثَةُ أَيَّامٍ فَمَا بَعْدَ ذَلِكَ فَهُوَ صَدَقَةٌ وَلَا يَحِلُّ لَهُ أَنْ يَثْوِيَ عِنْدَهُ حَتَّى يُحْرِجَهُ
Dari Abi Syuraih al-K’bi, Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaknya ia memuliakan tamunya dan menjamunya siang dan malam, dan bertamu itu tiga hari, lebih dari itu adalah sedekah baginya, tidak halal bagi tamu tinggal (bermalam) hingga mengeluarkannya.” (HR Bukhari No:  5670) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1.  Orang yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat sentiasa beradab terhadap tetamu yang datang ke rumahnya
2.  Memuliakan tetamu yang datang adalah dituntut antaranya dengan menyediakan jamuan atau makanan untuknya walaupun seteguk air. 
3.  Tetamu yang berkunjung tidak boleh terlalu lama menjadi tetamu. Jika bermalam tidak boleh melebihi tiga malam.
4. Bulan Syawal menjadi kebiasaan dalam masyarakat untuk kunjung mengunjungi dan ziarah menziarahi. Ambillah peluang untuk mengukuhkan hubungan ukhuwah. 
Terimalah tetamu dan muliakan mereka dengan menyediakan makanan dan minuman sebaiknya untuk tetamu.
#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#

#Malaysia Menuju Negara Rahmah#

Pertubuhan IKRAM Malaysia 
01hb Julai  2017

07hb Syawal 1438H
Dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia

~ by OPajar on 2017-07-01.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: