PRU14: Aspirasi PH

.

Demi masa hadapan anak cucu !

🇲🇾 Tempoh persaraan bukan tempoh untuk relaks 100 % dan meninggalkan langsung usaha ke arah menentukan kesejahteraan generasi anak cucu kita yang akan datang, terpelihara.

Sebaliknya, dengan sumber (pencen, masa, tenaga, pengetahuan dan kemahiran) yg masih berbaki, setiap kita harus meneruskan usaha murni tersebut. Khususnya usaha membasmikan segala bentuk amalan rasuah di semua tempat dan peringkat.

Usaha ini tak akan mampu kita lakukan bersendirian. Oleh yang demikian marilah kita samasama memberi segala bentuk sokongan yang termampu kepada mereka yg sedang gigih berjuang ke arah mencapai aspirasi murni tersebut.

KENYATAAN MEDIA MAJLIS PRESIDEN PAKATAN HARAPAN
13 JULAI 2017

Menyedari bahawa rakyat mengharapkan perubahan politik negara ke arah pemerintahan yang lebih demokratik, adil dan sejahtera serta sebuah kerajaan yang komited untuk melaksanakan reformasi institusi, menjalankan tadbirurus yang baik dan mengutamakan kebajikan rakyat; dan

Menginsafi bahawa Malaysia di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional sedang berada di dalam keadaan krisis yang tenat, terpalit dengan skandal rasuah dan salah guna kuasa yang amat luar biasa, dan rakyat menanggung beban;

Maka, Pakatan Harapan mengambil tanggungjawab untuk membela rakyat dan membina semula negara yang dirosakkan oleh pentadbiran Dato Sri Najib Tun Razak. Melalui kesatuan politik di antara KEADILAN, DAP, AMANAH dan PPBM, kami akan menggembleng seluruh kekuatan rakyat untuk memenangi pilihanraya umum ke-14 dan membentuk kerajaan.

Oleh yang demikian, Pakatan Harapan mendokong matlamat-matlamat berikut:

1) Menurunkan kerajaan pimpinan kleptokrat yang diketuai oleh Dato Seri Najib Tun Razak;

2) Memulihkan kedaulatan dan keluhuran undang-undang seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia;

3) Membatalkan dan memperbetulkan semua tindakan yang melanggar undang-undang dan menggadaikan kepentingan rakyat di bawah pentadbiran Dato’ Seri Najib termasuk mendapatkan kembali wang rakyat yang hilang melalui skandal besar seperti 1MDB;

4) Membebaskan semua tahanan politik dan menggugurkan semua dakwaan politik;

5) Reformasi undang-undang dan institusi yang telah disalahgunakan terutamanya berhubung kuasa Perdana Menteri; dan

6) Menghadkan penggal perkhidmatan Perdana Menteri kepada dua penggal sahaja.

Sebagai tanda kesatuan politik yang lebih jitu, segar dan dinamik, Majlis Presiden Pakatan Harapan bersetuju menerima struktur kepimpinan Pakatan Harapan yang baharu iaitu:

Ketua Umum:

Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Pengerusi:

Tun Dr Mahathir Mohamad

Presiden:

YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

TimbalanTimbalan Presiden:

YB Tan Sri Muhyiddin Yassin

YAB Lim Guan Eng

Tuan Haji Mohamad Sabu

.

NaibNaib Presiden:

YAB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali

YB Dato’ Seri Mukhriz Mahathir

YB Chong Chieng Jen

Tuan Haji Salahuddin Ayub

.

Ketua Setiausaha:

Datuk Saifuddin Abdullah

.

Bendahari:

YB M. Kula Segaran

.

Sejurus mendapat mandat rakyat dalam PRU-14, dalam tempoh 100 hari pertama setelah membentuk kerajaan, Pakatan Harapan komited untuk melaksanakan perkara-perkara berikut:

.

• Menghapuskan GST;

• Menstabilkan harga petrol;

• Memberi fokus kepada usaha meringankan beban rakyat;

• Memulakan proses reformasi institusi secara menyeluruh;

Memerangi rasuah hingga ke akar umbi;

• Menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di-Raja Skandal 1MDB; dan

• Memulihkan FELDA.

.

Pakatan Harapan memberi komitmen bahawa proses memohon pengampunan dan pembebasan Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan dimulakan dalam tempoh seminggu selepas Pakatan Harapan membentuk kerajaan. Permohonan yang dikemukakan mengikut proses undang-undang ini, dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, akan membolehkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim kembali mengambil bahagian semula dalam politik negara sepenuhnya.

.

Ditandatangani oleh:

YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad

Pengerusi PPBM

YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

Presiden KEADILAN

YB Tan Sri Muhyiddin Yassin

Presiden PPBM

YB Tan Kok Wai

Pemangku Pengerusi DAP

YBhg Tn Hj Mohamad Sabu

Presiden AMANAH

💊💊

.

Lain-lain PenCERAHan yang relevan :

Utk ke PenCERAHan terkini sila tap alamat berikut ⬇️ :

http://www.4uni2c.com

.

~ by OPajar on 2017-07-14.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: