YB Rafizi : Senasib H.Nadim ?
.
Memandang kepada wajah YB Rafizi Ramli, teringat Acik akan Hang Nadim. Siapakah dia Hang Nadim itu ?
.
Untuk mengenali Hang Nadim maka kita kenalah baca PenCERAHan berikut :
.
https://4uni2c.com/?s=strategi+ikan+todak&submit=Search
.
Baru-baru ni YB Rafizi dikenakan hukuman denda oleh mahkamah, berkaitan dengan pendedahan beliau tentang isu kegagalan projek lembu oleh kroni BN. Projek tersebut telah menggunakan dana kerajaan melebihi RM200 juta. Jumlah denda yang dikena ke atas YB Rafizi itu ialah RM300 ribu.
Bila YB Rafizi memohon derma dari orang ramai untuk menolong beliau membayar denda tersebut, derma yang diperolehi beliau adalah lebih dari RM 1.5 juta. Hukuman yang ditimpakan ke atas YB Rafizi itu rupa-rupanya adalah satu blessing in disguise buat beliau. Malah mungkin juga ia manifestasi bahawa nasib YB Rafizi taklah semalang nasib Hang Nadim.