ECRL : Subuh di Kpg Baru, zuhur di Kota Bharu

Acik memang amat teruja dengan projek ECRL. Walaupun banyak pihak mempunyai persepsi agak negatif terhadap projek tersebut, namun bagi Acik ia adalah suatu projek yang wajar dilaksanakan sebagaimana yang telah dirancang. Sesuatu yang diyakini baik tak harus ditangguh-tangguhkan lagi.

Dengan adanya teknologi canggih sekarang, projek ECRL bukanlah lagi ibarat mimpi di siang hari. Lebih-lebih lagi dengan kemampuan yang Msia ada sekarang. Acik yakin ianya akan menjadi realiti sebagaimana yang dijanji. Janji ditepati, insyaAllah !

Era Tun Dr. Mahathir (TDM) sebagai PM dahulu rakyat Msia boleh berbangga dengan projek kereta nasional Proton Saga. Kini ketika era DS Najib sebagai PM rakyat Msia boleh berbangga pula dengan projek MRT dan ECRL. Kedua-dua projek tersebut adalah untuk meningkatkan kualiti pengangkutan untuk seluruh rakyat Malaysia.

Cuma yang membezakan faktor MRT dan ECRL dari faktor Proton Saga ialah, faktor awal mengurangkan kos pengangkutan ke atas isi keluarga, sedangkan faktor kedua pula menambahkan hutang isi keluarga. Jika anda terpaksa membeli kereta akibat sistem pengangkutan awam yang unreliable (tak boleh diharap), maka bukankah ia menambahkan hutang anda.

Ketika kereta Proton Saga pertama dipasarkan di dalam negara, harganya ialah RM17,000. Sebelum lahirnya jenama Proton Saga, harga kereta-kereta jenama lain jauh lebih murah. Contohnya, kereta Toyota dan Dutsun 1.3cc tak sampai pun RM15,000. Tapi dengan kelahiran Proton, tiba-tiba harga kereta jenama lain naik mendadak.

Sepatutnya bila dah ada jenama yang dibuat di dalam negara sendiri, maka rakyat dapatlah menikmati harga kereta yang lebih murah. Namun realitinya tidaklah pula begitu. Walau bagaimana pun, supaya kereta Proton nampak lebih murah dari kereta-kereta jenama lain, maka kerajaan telah menaikkan cukai import ke atas kereta-kereta jenama asing. Ini menambahkan hutang isi rumah rakyat kerana terpaksa membeli kereta dengan harga yang lebih tinggi.

Semasa Acik berkhidmatan di Kelantan dahulu, Acik sering juga ke Kuala Lumpur atas urusan rasmi. Pengangkutan yang paling selesa dan efisyen hanyalah kapal terbang. Namun ramai yang tak mampu menaiki kapal terbang.

Keretapi tak boleh diharapkan. Kualiti perkhidmatannya sangat menyedihkan. Perjalanannya antara KL dan Kota Bharu sangatlah lama. Begitulah juga kereta dan bas. Perjalanannya juga menjemukan kerana terlalu lama.

Samasa Acik menemani isteri yang bertugas di SKKKKK (Sek Keb Kemubu, Kuala Krai, Kelantan), keretapi menjadi kenderaan penting. Dengan keretapilah Acik pergi ke bandar Kuala Krai dan bandar Gua Musang dari Kampung Kemubu. Kadang-kadang dengan keretapi juga Acik ke Kota Bharu.

Keretapi yang berjalan adalah jauh lebih teruk dari keretapi 20 tahun sebelumnya. Kipas ada di bumbung gerabak. Tapi kebanyakannya dah tak berfungsi. Lampu pun tak semua menyala. Pernah suatu pagi Acik naik dari Kota Bharu ke Kemubu, pemeriksa tikit menggunakan lampu picit untuk membaca tiket Acik.

Dalam hati, Acik sering bertanya, ” Bilakah lagi kerajaan BN nak naikkan taraf pengangkutan awam di Kelantan ? “. Bukanlah BN selalu mendakwa bahawa merekalah juara penjaga kepentingan orang Melayu ? Sedangkan lebih dari 90% rakyat Kelantan adalah orang Melayu.

Bila projek ECRL dilancarkan Acik rasa seolah-olah keluhan hati kecil Acik dahulu itu kini telah mendapat perhatian Ilahi. Alhamdulillah dan tahniah kepada seluruh rakyat Kelantan. Semoga mereka semua akan turut menyumbang ke arah kejayaan projek ECRL tersebut, insyaAllah.

Rakyat Kelantan yang tinggal di luar, sejak sekian lama telah terpaksa bersabar di atas jalan raya, bila pulang ke kampung halaman masing-masing setiap musim perayaan. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu dan sebaliknya boleh memakan masa tidak kurang dari 10 jam. Jika mereka meninggalkan Kuala Lumpur sebaik selepas Subuh, dah masuk waktu asar baru sampai Kota Bharu.

Keadaan akan jauh berbeza bila projek ECRL itu siap nanti. Rakyat Kelantan yang bersolat Subuh di Masjid Kampung Baru KL akan sempat berjemaah zuhur di masjid di Kota Bharu sekiranya menaiki tren laju hasil dari projek ECRL itu.

Wallahua’lam 💊

PenCERAHan yg popular ⬇️

.

PenCERAHan yg relevan ⬇️

.

Lain-lain PenCERAHan ⬇️

~ by OPajar on 2017-08-20.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: