ECRL : Kenapa kompeni China ?
.
Dunia kagum dengan kejayaan Negara China.
.
.
Ramai rakyat Malaysia kini sedang mepertikaikan kewajaran projek ECRL. Bukan saja dari segi kosnya yang dianggap terlalu mahal. Tapi yang lebih dipertikaikan adalah kerana ianya akan dilaksanakan oleh syarikat dari negara China.
Yang mungkin agak pelik bagi setengah dari kita ialah, bukan orang Melayu saja yang mepertikaikan projek ECRL itu, malah orang China pun ramai yang turut mempertikaikan tindakan kerajaan memberi projek mega itu kepada syarikat dari negara China.
Acik percaya bahawa sekiranya rakyat mengetahui fakta-fakta yang betul, maka tak kan ada lagi kut yang akan terus mempertikaikan projek ECRL itu. Malah mungkin majoriti rakyat akan mengharap agar BN terus memerintah selepas PRU14 nanti, demi menjamin kesinambungan pelaksanaan projek tersebut. Lebih-lebih lagilah rakyat di pantai timur Semenanjung Malaysia.
Mungkin dalam minda kebanyakan rakyat Malaysia (terutama Melayu), bangsa China itu semuanya sama. Di mana juga mereka berada mereka tetap sama. Termasuklah China yang telah lama bermustautin di Malaysia malah yang di Amerika Syarikat sekali pun.
Tanggapan itu sebenarnya adalah salah. China yang sudah lama tinggal di Malaysia maupun di mana-mana, tidaklah sama dengan China yang masih kekal di negara asal mereka itu. Walaupun dari aspek fisikal mereka masih serupa, namun dari aspek pemikiran dan ideologi mereka adalah berbeza.
China yang berada di luar negara asal mereka adalah China yang memiliki kualiti. Lazimnya orang yang berkualiti saja yang berani merantau dengan sukarela. Mereka ini sanggup mengambil risko yang tinggi untuk berdepan dengan berbagai-bagai halangan dan dugaan, demi mencari kehidupan yang lebih baik dari yang sedia ada di dalam negara asal mereka.
Namun, tidaklah bermakna bahwa semua atau majoriti orang China yang masih kekal di benua China itu sekarang, adalah China-China yang tidak berkualiti belaka. Bagi Acik, mereka itu adalah terdiri dari rakyat yang semangat patriotiknya tinggi. Kata peribabasa Melayu, walaupun hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, mereka tetap memilih untuk kekal di negeri sendiri.
Sejak memasuki sekolah menengah di dalam tahun 60an dahulu, Acik mula berkawan dengan anak-anak China. Dalam kelas Acik itu, majoriti pelajar adalah anak-anak China. Pelajar-pelajar yang pandai kebanyakannya adalah budak-budah China.
Acik hairan mengapa fenominanya begitu. Sejak dari itu Acik mula mencari jawapannya. Selain dari pelajar China, ada juga rakan sekelas dengan Acik itu yang dari keturunan India. Tapi mereka adalah minoriti dan taklah sepandai budak China.
Acik sedikit pun tidak merasa dengki kepada mana-mana rakan sekelas Acik kerana mereka pandai. Samada mereka China maupun India. Sebaliknya Acik mengambil munafaat dari kepandaian mereka. Agak kesal juga Acik sekarang kerana tidak berusaha untuk belajar bercakap dalam bahasa China dengan mereka.
.
.
.
China di negara asal mereka adalah pengamal ideologi komunis. Sedangkan China di luar negara China rata-ratanya adalah pengamal ideologi kapitalis. Rakyat China di negara asal mereka tidak boleh hidup terlalu kaya seperti China di luar negara China. Ini sejajar dengan prinsip ideologi rasmi negara mereka itu.
Oleh sebab itu, orang China yang nak hidup kaya raya terpaksalah berhijrah ke nagara-negara kapitalis. Di negara kapitalis mereka dapat mengumpul kekayaan dengan semau-maunya. Malah ada yang menjadi kaya raya dengan cara yang tidak halal. Tidak halal baik dari segi agama dan moral, maupun dari segi undang-undang.
Satu kebaikan negara yang berideologi komunis ialah, seluruh rakyatnya mempraktikkan kehidupan secara sederhana. Dalam Islam ia diistilahkan sebagai wasatiah. Oleh itu tidak ada yang terlalu kaya dan tidak ada pula yang terlalu miskin. Tidaklah seperti di negara kapitalis dimana kewujudan ramai peminta sedekah adalah fenomina harian. Contohnya di India, Indonesia bahkan di negara kita Malaysia ini sendiri.
.
.
Bersambung ……
.
.
Lain-lain PenCERAHan yg relevan :
.
.
https://4uni2c.com/?s=Kisah+Melaka+nak&submit=Search
.