Guru ke mahkamah
Guru ke mahkamah, pelikkah ?
.
Video Pertama
.
Vedio Kedua
🇲🇾 Acik terpanggil untuk menulis sedikit komen dalam blog Acik ini tentang kes guru dibawa ke mahkamah.
.
Sebagai seorang bapa kepada 10 orang anak, tentulah Acik pernah terlibat dengan urusan persekolahan anak-anak. Dalam urusan tersebut faktor paling penting buat Acik ialah guru. Kerana guru merupakan pemain utama dalam bidang pendidikan.
.
Semasa di sekolah dahulu, Acik juga bercita-cita untuk menjadi seorang guru. Bahkan Acik telah pun mengikuti kursus diploma pendidikan di Universiti Malaya. Namun dukacita sebab cita-cita Acik itu tidak kesampaian. Acik gagal mendapatkan pembiayaan untuk terus mengikuti kursus tersebut sehingga tamat. Akhirnya Acik terpaksa berkerja pejabat.
.
Walaubagaimana pun kepedulian Acik terhadap profesyen guru berterusan apabila berkahwin dengan seorang guru. Isteri Acik pernah mengajar di 9 buah sekolah sebelum memohon pesaraan awal. Sekolah yang pernah diajari beliau termasuklah sekolah di Bandar dan luar bandar. Hatta beliau juga pernah mengajar di sekolah dimana 100% muridnya adalah anak Orang Asli.
.
Sepanjang bersama isteri yang seorang guru Acik melihat guru dalam bermacam-macam wajah. Ada yang tersangat baik. Ada yang biasa-biasa saja. Malah ada juga yang Acik tak boleh approve sebagai individu yang layak menjadi guru. Namun hakikatnya beliau adalah seorang guru.
.
Acik pernah melihat dengan mata kepala Acik sendiri bagaimana seorang guru muda merotan murid-murid dengan begitu kejam sekali. Sedangkan kesalahan mereka bukanlah serius pun. Acik hampir-hampir menerpa kepada guru tersebut untuk menghentikan tindakan gila beliau itu.
.
Sebenarnya memang ada guru yang wajar dihukum, demi menjaga kemurnian profesyen perguruan. Masyarakat guru harus rasional dalam menilai kesalahan yang dilakukan oleh rakan sejawat masing-masing. Mereka harus lebih berlapang dada apabila ada rakan mereka yang dibawa ke mahkamah atas tuduhan melakukan apa-apa juga kesalahan.
Acik sangat teruja dengan sebuah peristiwa yang pernah berlaku agak lama dahulu. Ceritanya dikirim ke WA peribadi Acik oleh seorang pupu Acik. Arwah bapa pupu Acik ini adalah seorang guru pelawat.
.
Acik kira itu adalah respon beliau kepada tulisan Acik dalam blog ini tentang isu guru. Elok juga Acik C & P di sini kiriman pupu Acik itu untuk kita sama-sama berkongsi baca.
Contoh melalui tauladan
Susulan kes Cikgu Azizan
Parent ni..patutnye ikut contoh yg telah dilakukan oleh Tun Hussin Onn pada anak dia Datuk Hishamudin….masa tu D.Hishamudin bersekolah di VI….Tun Hussein Onn pulak menjadi perdana menteri dan Tun Dr.Mahathir pulak menjadi Menteri Pelajaran….Alkisah….suatu hari D.Hishamudin telah membuli beberapa org pelajar….mereka mengadu para guru disiplin…Hishamudin terus dirotan oleh guru disiplin… Esoknya, Tun Hussein Onn dgn diringi Tun Mahathir..telah dtg ke sekolah VI berjumpa dgn pengetua. Tun Hussein meminta pengetua memanggil Hishamudin dan guru disiplin yg telah merotannya ke pejabat pengetua…lepas tu Tun Hussein minta pengetua bagi dia rotan paling besar …Dr Mahathir ingatkan Tun Hussin nak rotan guru disiplin tu..tapi..rupa-rupanya..dia hayunkan rotan tu di punggung anaknya, Hishamudin…terkejut Tun Dr.Mahathir … kasihan Datuk Hishamudin… kononnya bila mengadu kat ayah dia, PM pd masa tu..ayah dia akan marah kat cikgu yg merotan dia tu…tapi..dia pula yg kena balun..😊…itulah kisah dan teladan yg dpt dipetik dr buku ‘A Doctor in the House’..tulisan Tun Dr.Mahathir.
Merujuk kepada kes di atas, bukan semua ibu bapa mampu bertindak seperti Tun Hussin Onn. Lagi pun, bukan semua hukuman guru ke atas murid, wajar sepertimana dalam kes tersebut. Sebaliknya, ada juga tindakan guru yang melampaui had yang sepatutnya. Contohnya dalam video pertama di atas.
.
Acik tidak boleh bertoleransi dengan guru yang suka bertindak melampau terhadap mana-mana muridnya. Bagi Acik, biarlah guru berkenaan dikenakan tindakan disiplin. Tak harus beliau dibiar melakukan apa-apa juga kekerasan secara berterusan tanpa dihentikan.
Akibat kekerasan yang dilakukan oleh seseorang guru Itu, implikasi buruknya mungkin sangat besar. Ia boleh mengakibatkan kerosakan yang serius terhadap anggota penting murid yang berkenaan. Akibatnya, nama baik profesyen perguruan akan turut tercemar.
.
Video kedua di atas adalah menggambarkan senario yang agak ekstrim. Oleh itu ia tidak wajar dijadikan rujukan, samada untuk ditauladani maupun disempadani.
.
Acik percaya, tidak ada ibu bapa yang suka bersemuka dengan guru semata-mata kerana guru berkenaan telah menghukum anaknya. Namun, kebiasaannya ialah kerana hukuman guru tersebut ke atas anaknya adalah keterlaluan. Ibu bapa yang bertindak begitu wajar dipuji bukan dikeji.
.
Sebaliknya, guru berkenaanlah wajar insaf apabila ada bantahan keatas tindakan beliau itu dari pihak ibu bapa. Tidak patut ada pula pihak lain yang menafikan kesalahan guru berkenaan, hingga cuba melepaskannya dari apa-apa tuduhan negatif. Biarlah sesuatu kes kekerasan guru Itu diadili oleh pihak mahkamah jika ada dakwaan dibuat ke atasnya.
.
.
Bersambung ….
.
.