Cinta Yang Sejati
🇲🇾 Cinta saukan (saudara kandung) …
Di sini Acik ingin kongsikan sebuah cerita. Cerita ini sangat menarik lagi mudah difahami. Cerita ini Acik petik dari sebuah video yang Acik terima melalui whatsap.
Video itu adalah dalam bahasa Inggeris. Bagi anda yang mahir bahasa Inggeris boleh terus saja mengikuti video berikut ini : . . .
Bagi yang kurang mahir dengan bahasa Inggeris, maka Acik terjemahkannya cerita tersebut ke dalam bahasa Melayu. Mudah-mudahan selepas ni, lebih ramai pembaca yang akan dapat mengambil iktibar dari cerita tersebut.
Berikut adalah terjemahan dari cerita tersebut. Selamat membaca !
⬇⬇⬇⬇⬇⬇⬇⬇⬇⬇⬇⬇⬇⬇⬇⬇ . .
Aku dilahirkan di sebuah kampung terpencil di suatu kawasan pergunungan. Hari demi hari ibu bapaku membajak tanah kering berwarna kuning, dengan menadahkan belakang mereka ke langit.
Satu hari aku ingin membeli sehelai saputangan yang semua wanita lain di sekelingku kelihatan memilikinya. Maka aku mencuri 50 Sen dari laci bapaku.
Bapa segera menyedari tentang kecurian duit tersebut. “Siapa yang mencuri duit Itu ?” beliau bertanya kepada adikku dan aku. Aku tergamam, terlalu takut untuk bercakap. Tak siapa pun diantara kami mengaku bersalah.
Jadi bapa aku berkata, “Jika tiada siapa nak mengaku, kedua-dua kamu akan dihukum”.
Tiba-tiba adikku berkata, “abah, adiklah yang melakukannya.” Adikku menerima pertuduhan dan hukuman kerana aku.
Di tengah malam, dengan tak semena-mena aku menjerit dengan kuat. Adikku menutup mulutku dengan tangannya yang kecil itu lalu berkata, “Kak, jangan menangis lagi, segalanya telahpun berlaku.”
Aku tak akan lupa wajah adikku itu ketika beliau melindungi aku. Pada tahun itu umur adikku itu 8 tahun dan umurku 11 tahun.
Ketika adikku di tahun akhir sekolah menengahnya, beliau telah diterima masuk ke sekolah tinggi di pertengahan bandar raya. Pada masa yang sama aku telah diterima masuk ke sebuah universiti di negeri tersebut.
Bapa, sambil bertinggung di halaman berkata, “Kedua-dua anak kita telah mendapat keputusan yang baik ! Sangat baik keputusan mereka !”
Emak sambil mengesat air mata menyahut, “Apalah gunanya ? Bagaimana mungkin kita mampu membiayai kedua-dua mereka ?”
Adikku muncul lalu bercakap kepada bapa, “Abah, adik tak nak sambung belajar lagi. Adik dah cukup membaca buku” .
Bapa naik marah, “Kenapa kamu memiliki semangat yang begitu lemah ? Sekali pun abah terpaksa meminta sedekah di lorong-lorong, abah akan hantar juga kamu berdua ke sekolah !”.
Selepas itu, beliau (bapaku) pun mula mengetuk setiap pintu rumah bagi meminjam wang.
Aku mengusap tanganku ke muka adikku selembut mungkin dan memberi tahunya, “Seorang budak lelaki kenalah terus belajar. Jika tidak, ia tidak akan boleh mengatasi kemiskinannya”.
Aku sebaliknya, telah memutuskan tidak akan meneruskan pengajianku.
Tiada siapa pun yang tahu bahawa pada hari berikutnya, sebelum terbit matahari, adikku telah meninggalkan rumah. Beliau membawa bersamanya beberapa helai pakaian terpakai dan sedikit kacang kering.
Adik lelakiku itu menyusup di sebelah katilku dan meninggal sedikit catatan di atas bantalku. “Kak, masuk ke universiti bukannya senang. Adik akan mencari kerja dan akan hantar kak duit”. Aku pegang catatan itu dan menangis hingga hilang suaraku.
Dengan duit yang bapa pinjam dari orang-orang kampung itu, dan duit yang adikku dapat sebagai upah mengangkut simin di atas belakangnya di tapak pembinaan, akhirnya aku berjaya masuk ke tahun akhir pengajianku di universiti tersebut. Pada tahun itu umur adikku itu ialah 17 dan umurku 20 tahun.
Satu hari sedang aku belajar, rakan bilikku datang memberitahuku, “Di luar sana ada seorang budak kampung menanti kau”. Aku pun keluar lalu ternampak adikku dari jarak jauh.
Seluruh badannya disaluti kekotoran oleh habuk, simin dan pasir. “Kenapa tak beritahu rakan kakak tu bahawa kau adik kakak ?”.
Adikku menjawab dengan senyuman, “Pandanglah kelihatan adik ni. Apakah yang mereka akan fikir jika mereka tahu bahawa aku ni adik kak ? Tidakkah mereka akan ketawakan kak ?”
Aku nyahkan kekotoran dari baju adikku itu, dan memberitahunya dengan suara yang tersekat-sekat, “Kakak tak peduli apa orang lain akan kata ! Kau adalah adikku, tak kira bagaimana kelihatan dirimu !”.
Dari poketnya, adikku mengeluarkan sebuah pengepit rambut berbentuk rama-rama. Lalu diletaknya ke atas rambutkku sambil berkata, “Adik nampak semua wanita dalam bandar memakai ini. Adik fikir kakak juga patut memiliki satu”. Pada tahun itu umur adikku itu 20 tahun dan umurku 23.
Selepas berkahwin aku tinggal di bandar. Banyak kali suamiku menjemput ibubapaku supaya datang tinggal bersama kami. Tetapi mereka tidak mahu. Kata mereka, sebaik meninggalkan kampung, mereka tidak akan tahu nak berbuat apa-apa.
Adik lelakiku itu pula berkata, “Kak, kak jaga saja mertua kak tu, biar adik jaga emak dan abah kita”.
Suamiku menjadi pengarah di sebuah kilang. Kami menyuruh adikku Itu menerima tawaran untuk menjadi pengurus di Jabatan Penyelenggaraan. Tetapi adikku menolak tawaran tersebut. Sebaliknya beliau bertegas untuk mula bekerja sebagai jurubaiki (repairman).
Satu hari, ketika adikku sedang di atas tangga membaiki wayar, beliau terkena kejutan letrik, lalu dihantar ke hospital. Aku pun merungut,
“Kenapalah adik tolak tawaran sebagai pengurus ? Pengurus tak perlu melakukan kerja yang merbahaya macam tu. Lihat sekarang – adik sedang menderita kecederan yang parah. Kenapa tak dengar saja cakap kami ?”
Dengan wajah yang serius, adikku tu mempertahankan keputusannya, “Abang iparku adalah pengarah. Jika adik yang tak berpelajaran ni menjadi seorang pengurus, apa pula khabar angin yang akan tersebar di sekeliling nanti ?”
Mata suamikan bercucuran dengan air mata. “Tapi adik kurang pelajaran sebab kakak !” kataku. Pada tahun itu umur adikku ialah 26 sedangkan umurku 29 tahun.
Umur adikku 30 tahun bila beliau berkahwin dengan seorang wanita petani dari kampung. Semasa dalam majlis perkahwinan tersebut beliau telah ditanya, “Siapakah individu yang anda paling hormati dan cintai ?”. Dengan spontan adikku menjawab, “Kakakku !”.
Seterusnya beliau menceritakan satu kisah yang aku langsung tak boleh ingat. “Satu hari saya kehilangan sebelah dari sarung tangan saya. Kakak saya memberi sebelah dari sarung tangan beliau kepada saya. Beliau cuma memakai sebelah sarung tangan sahaja dan terpaksa berjalan jauh”. “Bila kami sampai di rumah, tangan kakak saya menggigil akibat terlalu kesejukan. Beliau langsung tak boleh memegang kayu penyepit (chopsticks) nya”.
“Mulai dari hari itu, saya bersumpah bahawa selagi saya masih hidup, saya akan menjaga kakak saya dan akan sentiasa berlaku baik terhadap beliau”.
Dalam suasana yang gembira itu, di hadapan orang ramai, sekali lagi air mata aku mengalir turun dari pipiku.
Cinta sejati adalah pengorbanan dan sentiasa memikir fasal orang lain sebelum memikir tentang diri sendiri.
Cinta bukanlah mementingkan diri sendiri, tetapi adalah sebalik. .
Pengajaran dari cerita di atas:
Kasih sayang sesama saudara kandung bermula sejak masih kecil lagi. Sedangkan kasih sayang antara dua kekasih hanya bermula ketika baru berjumpa. Ketika itu masing-masing telah pun remaja atau dewasa.
Bila kita berkahwin dengan seseorang individu, maka hormati dan hargailah hubungan kasih sayang pasangan kita itu terhadap saudara-saudara kandungnya. Perkahwinan bukanlah suatu alasan untuk kita memutuskan atau merenggangkan hubungan kasih sayang pasangan kita itu dengan mereka.
Wallahua’lam 🌹
.
PenCERAHan yg relevan ⬇️
Cinta yang ikhlas https://4uni2c.com/2020/06/10/cinta-yang-ikhkas/
.