PRU14: bodoh macam lembu ?

2018 Feb 26

🇲🇾 video klip di atas Acik terima dari seorang rakan WA Acik.

Rakan WA Acik ini sangat kuat mempertahankan PH dari segala kritikan Acik terhadap PH. Nampak sangat beliau amat taksub dengan PH. Malah penuh yakin dengan kepimpinan Tun M.
.
Acik dengan rakan WA ini macam timur dengan barat. Kami ibarat hitam dengan putih mengenai persepsi politik masing-masing. Beliau penuh yakin bahawa PH adalah lebih layak memerintah negara dari BN. Namun Acik pula sebaliknya.

Masing-masing kami mempunyai hujah sendiri bagi mempertahankan persepsi politik kami. Bagi Acik, tidak perlu dirisaukan sangat tentang keadaan negara sekarang. Kalau BN terus perintah pun tak jadi masalah, malah lebih baik.
.
Tetapi sebaliknya, rakan Acik itu nampaknya tersangat bimbang terhadap nasib negara. Seolah-olah negara diambang keruntuhan. Bagi beliau, jika sekiranya rakyat gagal menyerahkan mandat untuk memerintah negara kepada PH dalam PRU14 ini, negara akan runtuh.
.

Video klip yang dikirimkan kepada Acik itu mengingatkan Acik suatu CEREKANA (CErita REKaan ANAlogi). Cerekana ini Acik baca masa di sekolah rendah dahulu. Ceritanya adalah kira-kira begini :

⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️
.
Pada zaman dahulu ada seekor Sang Kancil yang cerdik. Satu hari Sang Kancil itu telah terjatuh ke dalam sebuah lobang yang agak dalam. Kudrat yang ada dengannya tidak cukup untuk membolehkannya melompat keluar dari lobang tersebut.
.
Sang Kancil itu pun memikir, mencari jalan untuk melepaskan diri dari lobang tersebut. Tiba-tiba ternampak ia kepala seekor lembu menjenguk ke dalam lobang tersebut. Dengan spontan ia pun menjerit kepada lembu tersebut, “hai kawan tunggu apa lagi, kan langit dah nak runtuh. Cuba langut ke atas, langit dah bergerak-gerak sekarang. Cepat turun ke sini jika mau Selamat !”
.
Si lembu pun segera melangut ke langit. Dia pun nampak awan yang sedang bergerak. Awan itu disangkanya langit. Tanpa menunggu lebih lama lagi maka lembu itu pun terjun ke dalam lobang itu.
.

Lega rasa Sang Kancil tersebut kerana berjaya mempengaruhi sang lembu itu. Setelah beberapa ketika berada di dalam lobang tersebut, maka berkatalah pula Sang Kancil itu kepada si lembu, “agaknya langit tak jadi runtuh kut. Biar saya keluar tengok, adakah dia masih bergerak macam tadi”.
.
Sang Kecil pun meminta si lembu duduk supaya ia dapat naik ke atas belakang lembu tersebut. Kemudian disuruhnya si lembu itu berdiri. Sebaik saja si lembu berdiri tegak, maka Sang Kancil pun melompat keluar dari lobang tersebut lalu menghilangkan diri.
.
Kasihan kepada si lembu. Rupa-rupa ia tertipu oleh kebodohannya sendiri. Sekiranya dia tidak bodoh masakan Sang Kancil dapat menipunya dengan begitu mudah. Maka tinggallah si lembu yang bodoh itu di dalam lobang itu sehingga diselamat oleh takdir.

🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷
.

Kempen PRU14 oleh pendokong-pendokong PH juga memberi gambaran seolah-olah langit dah nak runtuh. Barang siapa yang nak selamat cepat-cepatlah bersama PH. PH tu ibarat Sang Kancil dalam cerekana di atas.
.
Selepas PRU14 selesai nanti, tak siapa pun boleh duga apa yang akan dilakukan YB-YB PH sekiranya PH menang. Jangan pula jadi macam Sang Kancil dalam cerekana di atas. Bila dah menang nanti pengundi-pengundi diabaikan langsung.

Lebih teruk lagi, jika perubahan yang dilakukan nanti lebih menyusahkan pengundi-pengundi PH. Ia seperti melepaskan anjing tersepit. Bila dah dilepaskan, orang yang melepaskannya pula yang menjadi mangsa.

Isu paling popular yang digunakan oleh pendokong-pendokong PH sekarang ialah 1MDB. Isu ini sedang dieksploitasi secara gila gila bagi membuktikan bahawa dakwaan negara akan runtuh itu adalah satu kebenaran.

Namun bagi Acik, kerugian yang dialami oleh 1MDB memanglah besar. Tapi jika dibandingkan dengan kerugian yang pernah dialami oleh BNM (Bank Negara Malaysia) suatu ketika dahulu, akibat spekulasi dalam forex, rasanya isu 1MDB taklah setara mana sangat.
.
Masa Bank Negara kerugian USD10 bilion dulu, reserve Bank Negara hanya ada kira-kira USD20 bilion saja. Tapi ketika isu 1MDB meletup, reserve Bank Negara adalah lebih dari USD100 bilion. Itulah apa yang Acik dimaklumkan. Mana lebih kritikal, ada RM20 hilang RM10 dengan ada RM100 hilang RM20 ?
.
Satu lagi faktor yang dijadikan isu bagi menakutkan rakyat ialah tahap hutang negara. Kononnya hutang tersebut akan menyebabkan negara akan bankrap. Betulkah negara boleh bankrap ?
.
Setahu Acik, negara taklah sama dengan seorang individu, sebuah keluarga atau syarikat. Ketiga-tiga institusi ini memanglah tertakluk kepada undang-undang bankrap yang digubal oleh kerajaan.
.
Yang menentukan kretiria bankrap ialah undang-undang. Yang membuat undang-undang pula ialah ahli-ahli Parliamen. Bodohkah ahli-ahli Parliamen hingga membuat undang-undang dimana kerajaan pun boleh diistiharkan bankrap.
.
Pendokong PH juga menentang projek-projek pembangunan yang sedang dilaksanakan kerajaan. Alasan yang diberi ialah pembaziran, belum ada keperluan dan kemampuan dan juga rasuah. Contohnya projek ECRL (Jaringan Keretapi Pantai Timur).
.
Bagi Acik, projek itu sepatutnya disokong oleh semua pihak terutama pembangkang. Sebaliknya pemimpin PH berjanji akan batalkan projek ECRL tersebut jika PH berjaya menjadi pemerintah selepas PRU14 nanti.
.
Acik pernah berkhidmat di Kelantan seketika, semasa arwah Tuan Guru Nik Aziz sebagai MB. Acik dapati bahawa Kelantan wajar ada satu sistem pengangkutan yang lebih cekap. Malangnya negeri yang majoriti besarnya adalah orang Melayu Islam itu macam dianak-tirikan oleh kerajaan pusat.

Berdasarkan bilangan kenderaan yang masuk keluar negeri itu ketika Itu, sudah wajar dibina lebuh raya antara KL dan KB 15 tahun dahulu lagi. Lebuh raya antara Alor Setar dan Bukit Kayu Hitam boleh pula dibina walaupun amat kurang penggunanya ketika itu.

Bila projek ECRL dilancarkan, Acik bersyukur kepada Allah. Rupa-rupanya harapan Acik agar negeri-negeri di pantai timur mendapat projek pembangunan dari kerajaan pusat bakal menjadi realiti. Dengan adanya ECRL pembangunan di pantai timur akan berlaku dengan lebih pesat. ECRL adalah sebagai pemangkin kepada pembangunan tersebut.

Penumpang-penumpang antara KB (Kota Bharu) dan KL (Kuala Lumpur) pula akan dapat menikmati perjalanan yang lebih selesa. Masa perjalanan juga dapat dijimatkan. Mereka yang berjemaah Subuh di Kampung Baru (KL) akan sempat berjemaah Zohor di Kota Bharu (Kelantan)

Projek MRT fasa pertama di Lembah Kelang membuat Acik amat teruja. Ia sudah cukup sebagai testimoni kemampuan kerajaan menyediakan pengangkutan awam yang cekap. Itu baru fasa satu. Bila dah siap fasa kedua dan ketiga nanti, pasti bertambah lega lagi penduduk Lembah Kelang.

Sejak sekian lama penduduk Lembah Kelang menderita setiap hari akibat kesesakan jalan raya. Walaupun sistem jalan raya dinaik taraf dari masa kesemasa, namun tol baru pula yang menjadi beban tambahan kepada penduduk-penduduk Lembah Kelang.

Dengar khabar PH akan mengkaji semula projek MRT fasa kedua dan ketiga bila ia memerintah nanti. Malah mungkin dibatalkan fasa ketiga projek tersebut. Ini mencetuskan kebimbangan di hati ramai penduduk-penduduk Lembah Kelang yang sedang menikmati perkhidmatan MRT.
.
Apa kewajaran bagi membatalkan fasa ketiga projek MRT ? Bukankah MRT itu sangat baik untuk majoriti warga Lembah Kelang. Terutama bagi mereka yang belum mampu membeli kereta untuk ke tempat kerja masing-masing setiap hari.

Rakyat Malaysia yang pernah belajar di England tentu dapat menilai keperluan sistem pengangkutan awam seperti MRT. PM kita (DS Najib) adalah antara mereka yang pernah belajar di England dahulu. Jadi tak peliklah jika beliau membina MRT di dalam negara bermula di Lembah Kelang, demi kemudahan rakyat Malaysia.

Tun DM, walaupun telah pernah melawat ke seluruh pelusuk dunia, namun pernahkah beliau tinggal (bagi tempoh yang agak lama) di mana-mana bandar raya besar di negara maju ?

Wallahua’lam

💎💎💎

PenCERAHan yg relevan ⬇️

https://4uni2c.com/2018/04/15/pru14-pencerahan2-yg-relevan/

.

PenCERAHan terakhir⬇️ http://www.4uni2c.com

.

.

~ by OPajar on 2018-02-26.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: