PRU14 : Nasihat utk semua

.

Nasihat kepada pengundi :

.

🇲🇾 Seluruh rakyat Malaysia sekarang sedang menanti PRU14. Ada yang dah tak sabar lagi nak turun mengundi parti yang diyakini terbaik. Yang dikatakan terbaik ialah yang mampu melakukan perubahan positif lagi ketara kepada negara, jika diberi mandat untuk memerintah nanti.

PRU14 ini merupakan PRU yang paling luar biasa buat Acik. Mungkin ini kali, Acik tak turun mengundi kot. Bukan sebab anti PRU, tapi sebab tak tau siapa yang wajar diundi.

Sejak layak mengundi dahulu, Acik tidak pernah mengundi selain dari parti pembangkang. Sebab dulu Acik penuh yakin dengan persepsi sendiri, bahawa parti pembangkang lebih layak memerintah dari BN. Tapi persepsi Acik kini nampaknya dah berubah 180°.

Bagi Acik, dalam PRU14 ini, yang nak dipilih bukan lagi antara yang baik dengan yang buruk. Tetapi antara yang buruk dengan yang lebih buruk. Buruk yang Acik maksudkan di sini ialah dalam aspek kualiti memerintah negara. Samada BNkah yang lebih buruk memerintah negara ataupun PH.

Sebelum ini Acik memang bias kepada parti yang Acik sokong iaitu PAS. Namun bila parti itu terbelah dua, Acik tak tau nak masuk sebelah mana. Cuma, mula-mula tu dah agak condong ke arah Amanah.

Walaubagaimana pun, belum sempat menyertai Amanah, berlaku perkara yang menyebabkan Acik tersentak. Bekas Presiden parti yang Acik perangi dulu kini diangkat menjadi tunggak pakatan pembangkang. Faktor ini amat Acik tak setuju dan tak boleh kompromi.

Rasa-rasa jika menyertai Amanah seolah-olah Acik menjilat balik segala ludah Acik di masa-masa dahulu. Ketika dalam barisan pembangkang dahulu, Acik sama-sama “meludahi” pemimpin UMNO yang berkenaan itu. Sebabnya ialah kerana yakin bahawa beliau telah menganiayai pemimpin pembangkang, khususnya DSAI.

Tiba-tiba mereka berdua kini telah berdamai. Kononnya, apa yang dialami dahulu hanya luka kecil. Acik terasa sangat bahawa rakyat telah dipergunakan oleh pemimpin-pemimpin parti pembangkang untuk kepentingan peribadi mereka. Rakyat dipergunakan untuk merebut kuasa sesama mereka. Bila kuasa dapat dikongsi sesama mereka, maka penyokong malu sendirilah.

Yang “meludah” kepada bekas Presiden UMNO dulu pun mulalah menjilat balik ludah-ludah mereka dahulu. Melihat keghairahan mereka berbuat demikian, tekak Acik rasa meloya. Tak sangguplah Acik nak buat sepertimana mereka tu.

Ada orang kata Acik ni pendendam. Tak sama macam pemimpin-pemimpin PH sekarang. Mereka itu isan mulia lagi pemaaf belaka. Musuh mereka hanya yang sekarang dan akan datang, bukan yang dahulu.

.

Nasihat kepada yang merebut kerusi

.

.Memang Acik akui bahawa pemimpin-pemimpin PH adalah pemaaf yang mulia. Kalau tak berciri demikian masakan layak mereka menjadi pemimpin. Walaubagaimana pun, di sepanjang mengikuti kempen PRU-PRU yang lepas, banyak juga dakwaan-dakwaan pemimpin pembangkang yang Acik anggap remeh. Maĺah ada yang nampak benar sekadar ikut pandangan mata kasar sahaja.

Sebagai analogi, seorang guru tadika menuding jarinya ke langit lalu berkata kepada anak-anak tadikanya, “nu yang besar tu ialah bulan. Bintang pula yang kecil-kecil tu ! “ Maka percayalah anak-anak tadikanya itu bahawa bulan itu lebih besar dari bintang.

Dalam kempen PRU banyaklah dakwaan pembangkang yang menggambarkan kelemahan dan kebodohan kerajaan. Pada hal hakikatnya yang didakwa itu bukanlah satu kebenaran.

Suatu masa dahulu, Acik telah mengamalkan pemasangan lampu motorsikal Acik di siang hari. Tujuan Acik ialah semata-mata supaya pengguna-pengguna jalan raya yang lain mudah ternampak Acik. Acik percaya bahawa amalan tersebut boleh mengurangkan kemalangan bermotorsikal.

Tidak lama selepas itu amalan Acik itu dijadikan peraturan jalan raya yang wajib dipatuhi oleh setiap penunggang motorsikal. Maka pemimpin pembangkang pun menjadikan ia satu modal PRU bagi membuktikan kepada rakyat betapa bodohnya kerajaan.

Bagi kempen PRU14 ni, isu yang dieksploitasikan secara gila-gila ialah 1MDB. Acik tak nafi bahawa isu tersebut adalah satu isu yang besar. Namun jika sampai nak dakwa bahawa kegagalan 1MDB itu akan memusnahkan negara sepenuhnya, maka ini akal Acik belum boleh terima.

Bila kes 1MDB meletup, Acik tidak terkejut langsung. Walaupun kononnya negara kerugian puluhan bilion ringgit akibat 1MDB, namun ia tetap juga tidak menghairankan Acik. Sebaliknya 1MDB mengingatkan Acik tentang kerugian puluhan bilion ringgit yang pernah dialami oleh BNM (Bank Negara Malaysia) di awal 90an dahulu

Ketika BNM kerugian sejumlah wang yang begitu besar, kita belum lagi ada telefon pintar. Kita belum ada Facebook. Whatsapp juga belum ada. Begitu juga twitter dan sebagainya. Jadi tak ramai rakyat yang tahu tentang kes itu. Lebih-lebih lagi apabila beritanya digelapkan dalam media massa perdana ketika itu.

Namun bagi rakyat yang biasa dengan majalah Aliran terbitan CAP (Consumer Association of Penang), mereka mungkin pernah terbaca tentang kes kerugian BNM tersebut. Tapi berapa kerat saja rakyat yang biasa dengan majalah berbahasa Inggeris itu.

Bagi Acik 1MDB bukanlah satu satunya usaha kerajaan untuk memajukan negara. Banyak lagi usaha-usaha lain yang telah dan sedang dilaksanakan demi membangunkan negara dan memajukan rakyat.
.
Isu 1MDM ini kini digambarkan sebagai sesuatu yang amat menakutkan. Seolah-olah Malaysia akan lumpuh sepenuhnya akibat kegagalan 1MDB. Seolah-olah langit akan runtuh bila melihat awan bergerak.

Oleh itu, (kononnya) rakyat tiada pilihan lain selain dari memberi mandat kepada PH untuk memerintah negara melalui PRU14 akan datang. Kononnya, itulah satu-satunya pilihan yang masih ada sekarang jika rakyat mahu negara selamat.
.
Wallahualam.

💎💎💎

Lain-lain PenCERAHan yg relevan :

https://4uni2c.com/2018/04/15/pru14-pencerahan2-yg-relevan/

.

Untuk PenCERAHan terkini, sila tap alamat berikut ⬇️ :

http://www.4uni2c.com

.

~ by OPajar on 2018-03-12.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: