PRU14 : Jasa PSM kpd rakyat

PSM akan bertanding 17 kerusi

https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/02/10/psm-to-contest-16-seats-during-ge14/

C & P

.

10 perkara yang anda mungkin tidak tahu tentang Parti Sosialis Malaysia (PSM)

Kadang-kadang adanya orang mempunyai persepsi bahawa PSM parti baru. Ada yang ingat PSM hanya buat beberapa kerja kawasan, lawan penindasan di sana sini, dan langsung tidak ada sumbangan di peringkat nasional. Ramai pula suka ejek PSM sebagai parti nyamuk dan kerja macam NGO. Ada yang merasakan kewujudan PSM tidak relevan langsung dan mendesak PSM supaya gulung tikar. Di bawah ini, adalah senarai 10 perkara yang anda mungkin tidak tahu tentang PSM

**********

1. Berjuang 10 tahun untuk pendaftaran

Tahukah anda bahawa PSM mengambil masa selama 10 tahun sebelum didaftarkan sebagai sebuah parti politik? Kenapa? Ini kerana PSM adalah sebuah parti yang disertai oleh aktivis daripada tiga buah organisasi masyarakat (iaitu SWP, CDC dan Alaigal), mempunyai sejarah dalam memperjuangkan isu-isu rakyat biasa. Menteri Dalam Negeri pada masa PSM menyerahkan permohonan untuk pendaftaran, Abdullah Ahmad Badawi, memberi alasan bahawa PSM adalah satu ancaman kepada keselamatan negara. PSM kemudiannya menjadi parti politik yang pertama dalam sejarah Malaysia untuk mengheret kerajaan ke mahkamah kerana tindakan kerajaan telah mencabul kebebasan berpersatuan.

**********
2. Parti pertama menentang GST

Tahukah anda bahawa PSM adalah parti yang pertama menentang pelaksanaan GST? Protes pertama kali membantah GST telah diadakan seawal tahun 2004, empat tahun sebelum PSM didaftarkan sebagai sebuah parti politik. Sehingga kini, PSM masih kekal sebagai parti politik yang paling tersusun dan paling berani serta mengambil tindakan radikal dalam menentang GST, dengan aksi kemuncak lebih 100 aktivis menduduki Bangunan Kastam seminggu sebelum pelaksanaan GST pada 23 Mac 2015. Seramai 79 orang yang ditahan semasa aksi membantah GST di Kompleks Kastam Kelana Jaya didakwa di mahkamah. Daripada 79 orang ini, seramai 44 orang adalah ahli PSM. PSM parti kecil tetapi ramai ahlinya terlibat dalam aksi langsung ini.

**********
3. Perintis perjuangan perumahan pekerja ladang

Tahukah anda bahawa parti yang mempunyai kejayaan tertinggi dan sukar ditandingi oleh parti politik lain dalam penyelesaian masalah perumahan pekerja perladangan adalah PSM? Perjuangan PSM dalam hak-hak perumahan untuk pekerja perladangan telah membolehkan pekerja-pekerja ini memperolehi rumah kediaman dan tanah secara percuma. Yang paling utama, hari ini telah wujud polisi di peringkat kebangsaan yang menyatakan bahawa pekerja tidak boleh diarahkan keluar sebelum isu kediaman mereka diselesaikan. Ini adalah satu kejayaan besar untuk masyarakat pekerja ladang.

**********
4. Satu-satunya parti yang gigih memperjuangkan pelaksanaan Akta Gaji Minimum dan Skim Insurans Pekerjaan

Tahukah anda bahawa PSM telah memainkan peranan utama untuk memastikan Akta Gaji Minimum dilaksanakan untuk semua pekerja pada hari ni. Sejak tahun 2013, pekerja di Malaysia diwajibkan untuk dibayar gaji minimum RM 900, dan bermula tahun 2016, paras gaji minimum telah dinaikkan ke RM 1000 untuk Semenanjung dan RM 920 untuk Sabah dan Sarawak. Ramai yang tidak tahu bahawa kumpulan yang memainkan peranan paling penting dalam memperjuangkan Akta Gaji Minimum selain MTUC adalah PSM. PSM telah melancarkan kempen sejak tahun 2003 melalui JERIT, di mana JERIT bersama PSM telah menghantar lebih 50,000 poskad menuntut Akta Gaji Minimum ke Parlimen dalam satu aksi massa pada 21 September 2006 dan telah menyerahkannya kepada Perdana Menteri masa itu Abdullah Ahmad Badawi di Parlimen. PSM melancarkan dan menggerakkan kempen tanpa mengenal penat. Banyak forum, demonstrasi besar-besaran, piket umum di seluruh negara dan ‘roadshow’ telah diadakan sehingga Akta Gaji Minimum menjadi realiti pada hari ini dan dapat dinikmati semua orang. Bukan sekadar itu saja, PSM juga adalah satu-satunya parti politik yang memperjuangkan Tabung Pemberhentian Kerja. Adalah bangga untuk PSM mengatakan pada hari ini, bahawa apa yang dituntut telah menjadi satu akta dipanggil Sistem Insurans Pekerjaan.

**********
5. PSM paling konsisten dalam mempertahankan sistem kesihatan awam

Tahukah anda bahawa PSM memegang rekod sebagai parti yang memainkan peranan secara berterusan dalam memperjuangkan isu penjagaan kesihatan awam? Pada 23 Disember 2004, PSM telah menggerakkan 81 organisasi dan ratusan orang untuk melakukan protes terhadap penswastaan dispensari hospital kerajaan. Pada 4 Disember 2004 sebelum itu, Menteri Kesihatan masa itu Chua Soi Lek telah mengumumkan bahawa kerajaan akan menswastakan perkhidmatan dispensari di hospital kerajaan bermula tahun 2005, tetapi disebabkan protes besar-besaran oleh PSM, cadangan itu telah dihentikan. Selain itu, PSM juga menubuhkan satu gabungan yang dipanggil Gabungan Menentang Penswastaan Perkhidmatan Kesihatan (GMPPK). Antara kempen yang dilakukan oleh GMPPK adalah protes terhadap rancangan mewujudkan sayap swasta dan Skim Pesakit Bayar Penuh di hospital kerajaan. PSM juga menjadi parti pertama yang mengheret kerajaan ke mahkamah apabila mereka ingin menaikkan caj perubatan untuk pekerja migran ke 300% kerana langkah tersebut adalah langkah yang akan memudaratkan kesihatan awam bagi seluruh negara. PSM kekal sehingga hari ini sebagai parti yang paling konsisten dalam memperjuangkan isu kesihatan awam dan menentang konsep pelancongan kesihatan yang menjadikan kesihatan sebagai satu bentuk perniagaan.

**********
6. Parti politik pertama yang berusaha menggabungkan tenaga untuk memperjuangkan sistem pengangkutan awam yang lebih baik

Pada 3 November 2012, PSM menjadi parti pembangkang yang pertama untuk menganjurkan Forum Kebangsaan untuk Pengangkutan Awam di Malaysia yang telah diuruskan melalui satu jawatankuasa kerja bersama yang diselaraskan oleh PSM. Gabungan ini dipanggil Kumpulan Kerja untuk Pengangkutan Awam di Malaysia, merangkumi organisasi-organisasi seperti CETDEM, TRANSIT, Damai Association, KL Selangor Assembly Hall, PPBM dan SABM. Pada tahun 2015, satu memorandum telah dihantar ke SPAD untuk memberi cadangan bagi penambahbaikan sistem pengangkutan awam di Malaysia.

**********
7. Parti pertama menerajui usaha melakar dasar komprehensif tentang pekerja migran

Tahukah anda bahawa dalam persoalan pekerja migran, PSM telah menerajui usaha untuk mendalami isu ini ketika parti politik lain hanya merungut tentang situasi ini tanpa berbuat apa-apa? Pada 4 Ogos 2016, Gabungan Menuntut Hak Pembelaan untuk Pekerja Migran (Right to Redress Coalition), satu usahasama yang dimulakan dan dibentuk oleh PSM, telah menganjurkan siri perbincangan meja bulat dengan berbagai pihak yang terlibat dalam isu ini dan dihoskan oleh Jabatan Pengajian Pembangunan, Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya. Inisiatif ini telah menghimpunkan wakil-wakil daripada pihak kerajaan, majikan dan pekerja, termasuk pihak kedutaan negara yang berkaitan, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan organisasi-organisasi masyarakat. Cadangan paling signifikan adalah motif keuntungan seharusnya dielakkan semasa pengambilan dan pengurusan buruh migran. Pengambilan sepatutnya berdasarkan keperluan tenaga kerja negara yang sebenar, seharusnya mengutamakan tenaga kerja tempatan, dan juga lain-lain sumber buruh yang sedia ada, termasuk buruh tanpa dokumen dan juga pelarian. Sehingga hari ini, laporan ini kekal sebagai laporan paling komprehensif dalam mengetengahkan isu migran di Malaysia.

**********
8. Satu-satunya parti yang mempunyai pelan induk tentang perdagangan antarabangsa yang lebih adil

PSM mungkin adalah satu-satunya parti yang mempunyai polisi dan “pelan induk” (blueprint) tentang perdagangan antarabangsa. PSM dengan kerjasama organisasi-organisasi lain, telah menentang Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengan Amerika Syarikat. Baru-baru ini, PSM telah memulakan usaha melakar Piagam Rakyat Mengenai Perjanjian Perdagangan Antarabangsa (People’s Charter on International Trade Agreements). PSM menegaskan pendirianya bahawa akan berjuang melawan segala perjanjian perdagangan yang tidak adil dan hanya menguntungkan syarikat-syarikat besar, termasuk perjanjian perkongsian ekonomi serantau yang akan menggantikan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) tajaan Amerika Syarikat. Kebanyakan parti politik lain hanya mementingkan pelaburan luar (FDI), tetapi PSM melihat perkara ini melalui sudut kemanusiaan.

**********
9. Pengisytiharan harta wakil rakyat secara tahunan

Tahukah anda, satu-satunya ahli parlimen PSM, iaitu Dr Jeyakumar Devaraj, memegang rekod pengisytiharan harta selama 10 tahun berturut-turut? Dr. Jeyakumar mungkin satu-satunya ahli parlimen yang paling banyak mengemukakan usul ahli persendirian di Dewan Rakyat berkenaan banyak isu seperti isu tanah, jaminan makanan, pertukaran, akta perhubungan industri, akta keterangkuman sosial dan sebagainya. Beliau juga telah mengemukakan usul tergempar berkenaan keperluan bantuan kemanusiaan di Rohingya. Pada tahun 2008, ahli majlis tempatan dari PSM juga mengisytihar harta, menjadikan PSM sebagai satu-satunya parti politik yang mensyarakatkan semua ahli majlisnya juga mengisytihar harta.

**********
10. Jaguh perjuangan untuk hak perumahan

PSM sering kelihatan menerajui perjuangan untuk hak perumahan. Pengerusi PSM, Dr Nasir Hashim, adalah orang yang memperkenalkan istilah “Peneroka Bandar”, sebagai alternatif kepada gelaran “setinggan” yang digunakan oleh kerajaan dan pemaju. PSM telah berjuang dengan berjayanya untuk menyelamatkan rumah-rumah kediaman golongan miskin dan membantu mereka mendapatkan tanah dan rumah gantian. PSM juga membentuk gabungan untuk memperjuangkan hak perumahan dan rumah mampu milik. Hari ini, sekiranya berlaku pengusiran, tidak kiralah orang asli, petani, peniaga kecil, PSMlah yang dicari untuk membantu.

**********
Bonus

11. PSM adalah parti politik yang pertama di Malaysia yang menentang penggunaan tenaga nuklear sebagai sumber tenaga alternatif. PSM juga mempunyai satu jaringan untuk meningkatkan kebajikan dan trraf hidup penduduk rumah pangsa kos rendah. Selain itu, PSM juga mempunyai analisis mengenai perusahaan kecil dan sederhana (SME) dan menangani isu lelong rumah yang dihadapi golongan berpendapatan rendah.

🌷🌱

.

Lain-lain PenCERAHan yang relevan :

https://4uni2c.com/2018/04/15/pru14-pencerahan2-yg-relevan/

Utk ke PenCERAHan terkini sila ke alamat berikut. ⬇️ :

http://www.4uni2c.com

💎💎💎

Advertisements

~ by OPajar on 2018/04/08.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: